Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Isnin, 29 Jun 2009

Cuti panjang di Kelate

Salam blogger..

Rindunya pada blogku memang tak dapat dibendung2.Cuti sebulan memang best tapi rindu pada blog tak dapat digambarkan.Tapi rindu pada hubby lagi mendalam.He3..


Aku balik ke kelantan masa cuti sekolah 2 minggu.Aku ditinggalkan oleh hubby bersama2 anak2 di rumah ayah n ma aku.Mula2 balik ke rumah abah hubby pada hari kamis 28Mei.Pastu esoknya bertolak balik ke Kelantan dengan kete abang long hubby.Abang Long yang drive nissan frontier nye.Penat melompat2 macam kijang dah keta jenis camtu memang melompat2.Sebenarnya pun aku tak tau sangat yang hubby nak tinggalkan aku ngan anak2 di sana.Aku ingat dia pun nak stay ngan aku di kampungku tapi dia bertolak balik ke kedah pada keesokannya pada hari sabtu.

Hubby kata dok la kat kampung lama sikit.Hubby ada keje nak tolong abah buat projek abah.Lagipun hubby ada juga projek ngan kawannya bila buka sekolah nanti.Hemm memang sedih tapi ini lerrr peluang aku nak bersama ma ngan ayah.Hanya mereka berdua je di rumah.Adik beradik yang lain dah ada famili sendiri kecuali 2 orang adik aku yang belum kawin tapi mereka kerja kat Ganu kite ngan Kolumpo.

Memang seronok balik kampung.Lagipun kampung aku tersusun dan cantik.Sebuah kampung yang kecil tapi permai, berbukit2 sikit dan sejukkk bila waktu subuh sampai gigil2 dalam selimut. Lagi seronok rumah kakak aku yang no 2 dok dekat rumah ma ayah tapi rumah sewa.mereka tengah plan buat rumah sendiri dah.Seronok sebab kakak aku ramai anak 7 orang sumenye.Yang bongsu baby safiyyah baru 2bln lebih.Emm seronok layan baby kecil2 ni walaupun aku ni boleh digolongkan dalam kelompok garang n tegas dengan budak2.

Ma pulak mengasuh budak2.Inilah kerjaya sepanjang usia ma aku.Dari aku kecik sampai aku beranak dua ma x pernah puas mengasuh anak orang.Ma ma...dirimu begitu hebat dan tabah kerana tidak pernah mengharapkan bantuan dari anak2mu.

Banyak masa di kampung aku isi dengan membaca.Library di rumah kakak aku tu la.Memang asyik bila membaca.Eh nape la lambat sangat nak menghabiskan perenggan ayat2 ni ha?Mungkin kerana terlalu lama tak menulis mula la idea tu jadi kucar-kacir.bukan x de idea, idea memang banyak sebab berebut2 nak keluar tu yang jadi tak tersusun ayat.Apapun nanti aku sambung lagi pasal cuti aku di kelate semula.Kepala tengah pening ni.Lagipun nak gosok baju kemeja hubby plak.Nasib baik hubby tak guna laptop ni bule la aku jengah sekejap blog aku ni.

Ok lah kita sambung len kali ek dalam cuti panjang di kelate episod dua.Kuang kuang kuang...
Baca Selanjutnya

Dah balik langkawi dah...


Dah 3 ari kawe balik smula ke langkawi.Kawe cuti sebulan je x sampai 2 bln pun.Meme cadang 2 bln tapi ada hal yang perli dibereskan.Banyak weh kawe nak citer tapi x bule g sebab hubby kawe meme nak guna sgt2 laptop ni.Nanti kawe kongsi citer kawe sepanjang bercuti di negeri kawe.Kelate gomo kelate...
Baca Selanjutnya