Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Sabtu, 24 Oktober 2009

I'm back!!!!


Slm...lama juga aku tak post apa2 entry..masa amat terhad sekarang, maklum la dah jd student balik.Bukan masuk U pun tapi just belajar menjadi seorang yang halus dan menghalusi lagi fokus memfokus dan teliti lagi menteliti, mengukur lagi mengukuri, potong dan cantum...alaaa belajar seni jahitan la apa lagi..

Banyak betul yg nk kena buat,macam2 la...cakap la apa aja, Insya Allah aku boleh buat.Tapi kepakaran belum lagi aku kuasai masih byk lg yg perlu aku kuasai.Wish me the best of luck!

p/s-gmbr di atas sekadar hiasan sahaja, tidak ada kene mengena dengan citer di atas.Gambar anak2 aku le tu...



Baca Selanjutnya

Rabu, 16 September 2009

Tarawikh oh tarawikh

Slm ramadhan...

Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur di bulan ramadhan yang mulia ini.Ramadhan bakal tiba di penghujungnya, maka tibalah nanti syawal. Di penghujung ramadhan, maka kebiasaannyalah(walaupun tak semua), masjid2 atau surau, makin susut bilangan jemaah, ye lah, masing2 sibuk buat persiapan nak sambut raya, nak balik kampung n so on lagilah.

Aku tidak mahu mempersoalkan mengenai hal tersebut sebab yang itu hak peribadi nak solat tarawikh ke tak, tapi di sini aku ingin kongsi la sikit pasal tarawikh masa aku budak2 dulu...chewah terkenang semasa dulu la plak! Dulu masa famili aku masih menetap di kuaters kerajaan, aku ramai kawan2 yang sebaya dengan aku.Duduk di kuaters memang syok, ye lah rumah bercantum sederet, memang havoc la, riuh rendah dengan suara kami semua.Kami dulu, asal habis berbuka, memang pintu rumah terbuka luas.Apa lagi pakat2 dok luar la kami.Sempat lagi main2 ngan kawan2 sebelum p tarawikh.Surau agak jauh juga la, kami jalan kaki ramai2 dengan pakaian telekung sembahyang takut tak sempat jemaah isya' bila sampai di surau.Kadang2 berlari2 kami ke surau.Lampu jalan pun tak banyak, agak kelam le jalan,walaupun bulan puasa kami takut juga.He3.

Di surau, selalu penuh dengan jemaah.Surau kecik je, so berhimpit2 le kami solat.Mula2 ok lagi masa rakaat awal tarawikh, bila masuk pertengahan mulalah ada yang 'tuang'(sama maksud macam ponteng lerr).Tapi alhamdulillah, aku habiskan juga sampai akhir rakaat.tapi ada juga kawan2 yang 'tuang' tapi diaorang bising dan gelak2 kat belakang.Yang paling kurang ajar, ada yang buat kacau masa jemaah solat.Selalu budak laki la yang buat hal.Ada ke patut masa jemaah ruku' dia p sondol bontot kawan dia dengan jari.Kurang ajar betul...nakal sungguh budak2 laki..

Habis aje, tarawikh ada makan2..moreh.Bes la macam2 ada.Dah kenyang, kelam kabut kami kemas2 telekung nak balik, dah tengah malam takut la walaupun balik ramai2.Berlari2 lagi la kami.He3.Sampai rumah zzzzzz...tdo..

p/s..mata aku ngantuk ni, so citer diringkaskan je laa.letih tadi kemas2 rumah.Esok nak balik kg dah(kg hubby).

Baca Selanjutnya

Khamis, 10 September 2009

Biskut lagi...



He3..entah apa2 la aku ni...gambar yang tak berkaitan pun nak dimasukkan.Kesian si teddy bear tu terpaksa jadi undercover pada aku. Nak buat camne,nak amik gambar ni cukup susah, dah aku tak ada kamera digital.Sungguh aku ketinggalan zaman.Bukan tak suka kamera, tapi tiap kali plan nak beli slalu tak jadi.Ada saja benda yang lebih penting untuk dibeli.Maka terpaksala menggunakan webcam laptop ni untuk amik gambar.Naseb baik ada gak webcam di laptop ni kalu tak susah le nak bergambar.Patung bear ni tolong cover la tangan2 aku kat belakang yang sedang memegang pinggan biskut dan menekan punat2 keyboard tu.He3..
Gambar bear je yang besar dari gmbr biskut.He3.Apa yang penting, biskut butter berperisa oren+mangga siap untuk hidangan di hari lebaran.Adios!
Baca Selanjutnya

Rabu, 9 September 2009

Bunga-bunga cinta

Bunga-bunga cintaku kembang mewangi...keh3 nak jiwang2 plak.Ni biskut bunga cornflakes yang aku buat dekat tengah ari tadi. Apa yang penting aku suka walaupun korang tak suka...ish x der apa nak tulis tapi bunga-bunga cintaku kembang mewangi...adios!





Baca Selanjutnya

Selasa, 8 September 2009

Dah lama tak buat sendiri...



Salam pertengahan Ramadhan...

Lamanya aku tak mengepost entry kat blog aku ni...Rasanya dah lebih 2 minggu la juga.Bukan tak mau atau tak de cerita tapi aku tak sempat sungguh di bulan puasa yang mulia ni nak mengepost apa2 entry pun. Bukan sebab dok buat biskut raya macam gambar di atas tapi hubby sungguh2 menggunakannya dengan tekun jadi macam tukun. He3.Lagipun bulan puasa aku sibuk urus bahagian dapur lerrr.he3.

2-3 hari yang lepas semasa bulan penuh(khas untuk kaum hawa yang dah cukup umur), aku mengambil kesempatan la buat biskut raya dengan tekun sampai jadi tukun.Dah bertahun2 tak buat maka tahun ini dengan rasminya aku menggodek2,menguli2,mencanai2,tekan-menekan tepung lalu jadilah hasil seperti yang di atas.Almond London,samperit,biskut aiskrim,tart nanas gulung,biskut nestum dan biskut sarang semut.Tu pun ada g plan nak buat.Ada juga mula2 buat tak menjadi macam samperit.Sebelum masuk oven, bunga cantekk..bila tengah dalam oven bunga mula layu menjadi kembang setaman.Tapi gmbar di atas, bunga dia jadi cantekk tapi gambar tak berapa sharp...he3.Betul tak tipu memang cantik bunga dia(bulan puasa mana leh tipu2 kan?).Terima kasih pada teman2 dan jiran2 yang sentiasa bekerjasama dalam memberi ilmu dan pendapat.

Dalam banyak2 biskut, almond london la yang aku cukup puas hati.Memang tip top nyerrr.So jemput la ke rumah aku tahun ni sambil makan biskut raye...



Baca Selanjutnya

Sabtu, 22 Ogos 2009

Tak puasa berenang dalam air liur basi



Bila tiba bulan Ramadhan, teringat la masa kecik2 dulu...


Baru nak belajar puasa masa sekolah rendah lagi.Masa darjah 1 & 2 aku tak puasa g, tengok abang2 dan kakak2 puasa je.Time tu 2 orang adik aku kecik g diorang memang la tak puasa.Selalu aku kena kuarantin(macamkuarantin H1N1) masa waktu berbuka.Takleh campur ngan orang berbuka.Kena dok luar dari kawasan dapur.Hu3.Dulu masa aku sekolah rendah aku dok di kuarters JKR so rumah kami ngan umah jiran2 bercantum la.Time buka puasa aku keluar rumah jap main kat depan laman rumah.Tapi adik2 aku yang kecik 2 plak ble joint diaorang makan!Jeles tol...

Mau tak jeles, orang lain makan sedap2,minum air cendol aku makan mana yang lebih je.Sisa2 je.Sedih tol.Tapi itu menjadikan aku berkobar2 nak puasa.Ala masa budak2 pikir sronok nak makan je la, so nak puasa sebab nak dapat makan yang sedap2.Lagipun dulu selalu dimomokkan kalo tak puasa tak boleh raya, tak dapat duit raya, takde baju raya dan kasut raya.Dan juga tak de tas tangan yang comel2 tuk isi duit raya.He3.Sampai gitu sekali. Tapi yang membuatkan aku lagi takut kalo tak puasa ialah bila kawan2 sebaya aku kata kalo tak puasa nanti di akhirat berenang dalam air liur basi. Yakk! Yang ni lagi aku tak sanggup...masa tu imagine gambaran yang cukup menakutkan bila berenang dalam lautan air liur yang eee busuk...dari mana hukum kawan2 aku dapat fatwa ni aku pun tak tau.He3.


Bila darjah tiga aku mula berpuasa penuh satu hari.hari pertama memang mencabar kekuatan fizikal aku.Bukan apa aku ni dulu jenis tak kuat makan.Time sahur memang tak selera.Dah le mata pejam masa makan, nasi memang aku takleh telan pagi2 yang sejuknya mencucuk tulang-temulangaku.Gagah juga la aku telan nasi yang tak sampai pun setengah senduk je.Minum air je yang banyak.Lepas tu terus sambung tido.Syoknye tido...


Time sekolah aku maintain dan tak ler rasa lapar.Ye la budak2 nak main aje, rasa lapar ilang la.Masa tu ada juga kawan2 yang tak puasa.Tiap2 ari cikgu kelas aku yang nama Cikgu Zaharah(oh cikguku di mana kau berada sekarang?) tanya sape yang puasa ari tu.Pakat2 angkat tangan yang puasa.Cikgu cakap sapa yang puasa cikgu bagi duit raya.Yahoo!seronok la aku.Tapi hari pertama memang letih.Nak2 plak bila masuk waktu asar.Tahap kelembikan aku sudah mencapai tahap maksima sampai aku tak leh bangun, dok mengerekok atas kerusi je sebab tak larat sangat.Ayah aku kata tahan2 nanti nak masuk waktu dah.He3.Time berbuka apa lagi, abis segelas air cendol yang lemak2 tu aku minum.Tambah segelas lagi sampai nasi pun aku tolak tepi.tapi mak marah suruh makan nasi juga.So telan la nasi sampai perut pun dah rasa macam nak meletop.Bila dah terlampau kenyang(sebab minum air banyak), mula la aku rasa badan berat semacam je.He3 solat magrib memang terlepas.Jahilnya aku dulu!


Nak masuk isya', kawan2 aku panggil pegi musalla solat isya' dan tarawikh.Part ni yang seronok juga ni.Ada citer juga...He3
Baca Selanjutnya

Isnin, 17 Ogos 2009

Hapy belated bday to me

Untuk muslimin dan muslimah, coretan ini bukan semata2 tentang hari kelahiran tapi intipati dari itu.Bacalah sampai habis baru kita faham.Ia ringkas tetapi penuh makna pada diriku...

Selasa lepas aku dah genap umur 31 tahun pada 11 Ogos.Oh bila masuk angka 30an rasa diri ni dah nak jadi tua dah.He3.Tapi maintain g rasaa muda sentiasa.

Tak sempat nak tulis entry pada hari kelahiranku minggu lalu lantaran kesibukan diriku.Anak2 masa tu asyik demam selesema je.Dah le musim H1N1 melanda begitu hebat sekarang, tu yang membuatkan aku lupa pada hari kelahiran aku.Bukan lupa tapi tak sempat nak buat apa2.Malam nak masuk 11hb hubby wish aku selamat hari jadi.Terima kasih,walaupun tiada hadiah(kerana hubby aku tak ikut timing nak bagi adiah), ucapan itu sudah cukup.Tapi malam tu juga kami kuar makan malam kat kedai makan dekat rumah kami.Ala konon2 sambut bday aku la.He3.Tak de kek hari jadi cuma makan bihun sup ala siam dan anak2 makan kentang goreng je.Ok la tu dari tak de apa2.

Malam tu juga dapat hadiah special dari seorang lelaki.Ops hanya yang kawin aje faham.He3.Bukan nak blue minded tapi layanan dari seorang suami dan balasan kasih-sayang dari seorang isteri itu juga merupakan satu hadiah yang tak ternilai di sisi manusia dan para malaikat juga berdoa kepada suami isteri sepanjang malam tersebut dan Allah juga menjanjikan pahala yang berlipat ganda kepada suami isteri pada malam tersebut.

Hakikatnya, hadiah berupa fizikal bukanlah tanda yang hakiki selamanya walaupun itu amat digalakkan dalam mempamerkan rasa cinta seorang suami kepada isteri mahupun sebaliknya.Tetapi hadiah yang aku kira tiada tolok bandingnya bila hubby menyedarkan aku dari lamunan.Bukan lamunan mimpi tapi lamunan realiti tentang kehidupan manusia dalam perhubungan antara Allah.Hubby kata ringkas, cuba ayang buat 100 hari atau memang kalau boleh setiap hari Solat sunat Dhuha.Semoga Allah buka pintu rezeki kepada ayang dan juga kita semua.Semoga dilapangkan dada dan diberi ketenangan yang aman damai.Terkesima juga aku.Dulu aku pernah buat tapi bila acap kali ditinggalkan ia semakin dilupakan dan terus lupa.

Kini, Alhamdulillah, aku mula merendahkan diri kepada Allah s.w.t dan aku makin mendekatkan diri dengan kalam Allah.Bukan aku lupa sebelum ini tapi aku tidak istiqamah.Aku insan biasa.Subhanallah,Walhamdulillah,Wallahuakbar.

Pesanan untuk diriku dan sesiapa saja
Baca Selanjutnya

Ahad, 16 Ogos 2009

Ramadhan atau Syawal?

Masih lagi tengah panaskan mood...

Sambil2 tu belek2 majalah SDK(Seri Dewi & keluarga) keluaran Ogos.Tema pulak persediaan ramadhan & syawal. Oh! nak hampir dah ke bulan ramadhan al-mubarak.Senario biasa bila nak masuk bulan puasa ni ialah muncullah segala macam iklan2 sempena ramadhan dan syawal.Tapi yang lagi hangat tentulah iklan yang berkaitan syawal@raya...

Perabot
Jualan murah sempena nak raya sebenarnya dah mula.Jualan murah ni bukanlah merujuk kepada julan murah di shopping kompleks semata2 tapi juga merangkumi seluruh jualan murah yang kadang2 tak de kaitan sangat dengan syawal.Masakan belum je ramadhan bermula, penuh iklan2 dalam surat khabar dan juga apa saja bahan bercetak tentang jualan murah perabot2 rumah.Dari sofa ruang tamu,kerusi meja makan sampailah katil pun nak diturunkan harga sebegitu mendadak potongannya dengan tawaran yang cukup memukau dan boleh plak dibayar ansuran yang dikatakan mudah(padahal tak semudah yang disangka pon).

Kalau nak dikira sangatlah kalau perabot yang dah sedia ada masih lagi elok rupa parasnya tak perlulah ditukar baru waima sekalipun potongan harga yang ditawarkan memang cukup membuatkan nafsu membeli melonjak ke tahap impak maksima.Kalau dibeli juga nak letak katne la perabot lama tu.Kalau rumah besar boleh la juga ditolak ke sana ke mari perabot tapi kalau rumah cukup2 je bergesel punggong je apa la faedahnya.Kalau didermakan perabot lama tu ke rumah orang yang x berkemampuan membeli perabot ada juga pahalanya, tapi tu lah nak derma sayang plak perabot lama tu plak nostalgia masa mula2 kawin dulu.He3.

Tapi kalau yang belum ada perabot lain la plak ceritanya bolehlah menunggu masa potongan ni dengan membeli perabot2 baru; nak2 plak yang baru kawin tentu lah nak merasa duduk rumah sendiri(walaupun rumah sewa je)dan dihiasi plak dengan perabot yang serba baru semua.

Kain baju
Itu cerita pasal perabot.Kalau pasal kain baju raya toksah citer la.Sebulan dan mungkin lebih awal dari tu lagi, pakat berduyun-duyun para mak-mak ke kedai kain nak cari kain pasang nak buat baju raye.Ikut tema tiap tahun kaler ape;merah,biru,kuning,hijau,kelabu asap atau kalau bule nak kaler pelangi.Sume nak sedondon anak beranak suami isteri barulah lah syok dan meriahnya raya.Ada plak fesyen macam2, kerawang meng'awan',pesak sana-sini,kebarung(kebaya+kurung ),kebatat(kebaya ketat),sulam sana-sini dan macam2 pesen lagilah.Tak larat nak mengetuk keyboard.

Kalau tak dapat beli cash kain raya,utang pun jadi la.Tak dapat utang ngan kawan@jiran2 yg mengambil kesempatan menjual kain, dengan mamat Pakistan yang dok jual ngan motor pon jadi la janji tahun ni melaram dengan baju baru.Pakat beli awal tu bukan apa takut tak sempat nak antar kat tukang jahit je, ye lah kalau tukang jahit tu sorang dia je mana la nak menang tangan nak jahit baju2 yang menimbun tu.Masa ni la rezeki tukang jahit memang murah sampaikan nak jahit baju raya untuk diri sendiri pun tak sempat sebab sibuk dok siapkan tempahan pelannggan.Sampaikan malam raya pun masih lagi terbongkok menjahit...

Kuih raya@biskut raya@juadah raya
Bab ni pun syok untuk diperkatakan.Musim macam ni la,para pembuat biskut raya berebut2 dok promosi jualan biskut raya.Macam2 ada, dari nama tempatan sampailah nama oversea pon ada.Tak caya?Tu biskut almond London, tak ke nama oversea?Tu tak kira kueh raya tempatan lagi.Kueh bangkit, kueh tak bangkit, baulu jangan baumu@bauku, batang buruk, batang baru, samperit asal tak merempit dan bermacam2 lagilah nama yang dah komersial atau yang baru dicipta.Dan para mak2 juga la yang sibuk buat biskut itu,biskut ini pada malam2 hari.Yelah nak buat masa siang2 ari tak de le peluang nak merasa kecuali time bulan mengambang aje.Sibuk la suruh anak2 bantu buat itu ini.Sampai suami pun jadi kuli tukang beli barang atau tukang atur biskut masuk dalam balang.Bagi para suami yang memang kaki dapur tak de masalah tapi kalau yang memang payah nak ke dapur(kecuali time dijemput makan)toksah dok paksa2 nanti puasa ke mana,loyang acuan biskut ke mana, dok masam muka merajuk suami tak mau bantu.He3.

Tu x masuk lagi juadah di pagi raya.Lemang,rendang,ketupat nasi,ketupat pulut,lontong,soto,ayam masak merah,nasi beriani,kurma daging,laksa,soto,lontong dan macam2 g hidangan penuh meja. Yang jadi kepala meja biasanya kek yang dihiasi cantik x kisah lah kek coklat ke,ke span ke atau kek apa2 laj yang dibuat sendiri atau dibuat di kedai.Masa ni la nak hentam semua menu sampai kenyang tak boleh bangkit dan bernafas!Seronoknya bab makan...

Duit Raya
He3 part ni yang paling sonok terutama kanak2(tapi kalau orang dewasa pun dapat lagi la sonok).La ni tak main dah kupang2 atau sen2 tapi la ni sume nak yg berkaler2.Paling kurang kaler biru.Kalu bule nak yg hijau dan merah sume.Dulu zaman aku dapat seposen pun dah kira syok sgt2.Nak2 plak dapat Kumpul2 dapat le rm5 hinggit.Wah banyak tu bagi zaman aku.Zaman sekarang cukup mewah.Anak2 dapat kumpul beratus2 duit raya.Oh jelesnya!Tapi tu la zaman kian berubah nilai mata wang pun makin tinggi.Tak boleh salahkan anak2 sekarang.Cuma bagi yang termampu sedia la duit lebih dengan niat bersedekah.Lagipun lebih mudah bagi duit kertas kalau nak dibandingkan duit syiling.Nak usung duit syiling leceh arr berat nak banding duit kertas.Oh! bila teringat zaman kanak2 dulu memang bes ramai2 g rumah ke rumah nak kumpul duit raya.Tuan umah jemput makan minum pakat2 kata kenyang dah.Snrnya tak sbr nak tunggu tuan umah hulur duit raya.He3.Niat..niat..

Bunga Api@mercun
Dulu tiap2 malam bila mulanya puasa dam-dam dum bunyi mercun sana-sini.Sapai bergegar rumah kalo bunyi tu kuat sangat.Masa ni la nak rasa feel suasana perang macam kat Iraq dan Palestin.Takut pun ada suka pun ada.Esoknya masuk berita ada yang buta, kudung jari tangan, kaki dan kalau nasib malang mati pun ada.Aku dulu main yang biasa2 je.Bunga api macam batang lidi tu je.Tu pun seronok tak terkira!

Begini la senario bila nak mula puasa tapi yang lebih teruja dok pikir pasal raya.Bukan aku nak mengata pada sesiapa hatta kepada penjual perabot,penjual kain baju,kueh mueh raya atau tukang jahit sekalipun.Tak salahkan mereka, kerana mereka sebenarnya memenuhi permintaan dan kegunaan pengguna atau pelanggan.Semakin banyak permintaan maka bertambahlah penawaran.Itu hukum ekonomi.Tapi hukum Allah puasa adalah wajib bagi yang berdaya.

Dan aku juga bukanlah seorang yang warak untuk memberi nasihat sebab aku pun teruja juga bila time nak raya.Seronok semacam aje cuma tahap keseronokan itu mula berbeza seiring dengan usia.Semakin meningkat usia dan bila sudah menjadi isteri dan punya anak2, tahap kematangan semakin tinggi.Berpuasa lebih untuk mencari keredhaan antara diriku dan Allah manakala hari raya merupakan hari yang penuh keindahan dan kebahagiaan.Aku juga tak berpikir sangat pasal 'turn' mana nak balik kampung.Ikut kata suami, selagi suami masih hormatkan keluarga aku, aku tak kisah sangat kalau tahun ini aku tak balik beraya di kampungku.Lagipun tak ada keberkatan puasa dan hilang keindahan hari raya bila aku mula berkira2 nak balik ke kampung aku dan tak pasal2 boleh bermasam muka plak.Lagipun cuti raya tak lama, tak padan nak balik.Tambang feri lagi, pastu nak kena bawa keta g.Habis masa perjalanan di atas jalan raya je.Hari raya atas jalan raya je..

Apapun Selamat Berpuasa kepada semua bloggers.Semoga kita mendapat keampunan dan keberkatan di bulan Ramadhan yg akan tiba x lm lagi.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadahan!


Baca Selanjutnya

Testing new label...


Salam...

Bukan apa sonok bila teringat citer2 masa dulu.Dari aku kecik sampai jadi mak budak macam2 citer ada.So ruangan ni aku akan kongsi kisah suka-duka aku..take your time!
Baca Selanjutnya

Sabtu, 1 Ogos 2009

Saja nak bebel...

Lamanya aku tak post di blog ni.Seminggu juga lah blog aku tak de ape2 entri.Jari2 rasa tak tau nak ketuk2 apa2 perkataan pun.Bukan mati idea tapi tak tau nak mula ngan apa.Lagipun mood pun tak berapa nak ada sekarang.Bulan nak mengambang kot?He3.Blog2 kwn2 yg lain pun dah lama aku tak jenguk cuma kalo yg aku dh link kan tu ada la summary kat tepi tu.Tapi tu pun aku tak sempat2 gak nak bukak blog org lain.Nak buat guano,perkongsian syer lap top ni hanya 10% le kot di pihak aku.Time nak guna memang tak banyak dah empunyer lap top pun nak guna banyak.Tak kisah la janji ujung2 minggu adalah time aku yg guna.

Tapi yg buat aku geram, line internet di kawasan umah aku ni x berapa kuat.Kdg2 dok tengah syok mengepost, tiba2 line tak dok!Alaaa tensennyerrr...Patut la hubby aku slalu bawak laptop ni kat tempat keje dia dah line sana ok aje.Inilah salah satu kelemahan broadband.Pilih kasih sungguh!

Nanti lah bila mood mula mendatang laju la nanti jari-jemari mengetuk2 keyboard ni.Apa orang kata amik mood dulu.Wacha!


Baca Selanjutnya

Sabtu, 25 Julai 2009

Kanser Serviks; Lelaki Pembawa, Wanita Menderita

Artikel ini dimuat-turun dari www.papisma.org 1
KANSER SERVIKS; LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA
Dr Harmy Mohd Yusof
Presiden PAPISMA 07/08
drnhmy27@yahoo.com

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.

Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100 000 penduduk.Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain.

Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.

Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan,jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.

Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian
yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal.

Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi.Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita.

Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko
pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.Namun begitu seperti juga wanita,lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di
kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah
kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya. Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini. Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan.

Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.
Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan.Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70 peratus sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalahdisebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin
ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut.

Oleh itu penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks. Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai,umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya.

Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.

Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.



Baca Selanjutnya

Aku ditinggalkan...

Salam...

Jam 3.33 petang,cuaca mendung tapi agak berkuap.Tanda2 nak ujan.

Aku keseorangan di teratak ini.Ditinggalkan keseorangan.Sepi.Tapi indah.Bukan aku merajuk atau marah, tapi aku juga inginkan ruang untuk bersendiri setelah agak letih melakukan kerja rumah.Bukan aku membentak inginkan kebebasan atau nak bergoyang kaki(nak goyang camner sofa pun tak de.yg ada cm meja n krusi untuk mkn-tupun time nk mkn je gn-alhamdulillah), tapi ada masa otak dan badan ini inginkan kesunyian dan kedamaian.Bukan juga aku mengatakan ada anak2 dan suami jadi rumah ini gegak gempita tapi bohonglah kalau aku tak inginkan satu privacy untuk aku sendiri.

Bila keseorangan cenggini, inilah time untuk aku gunakan lap top 'keramat' hubby aku ni.Keramat?Hihihi bukan keramat apa pun tapi susoh bebeno nk gunakannya, time ujung minggu gini le aku leh tekan2 apa yg patut kat lap top ni.Ari lain?Kalau dan aku menyelit guna, kalao tak dan, tak dan lah.Huhuhuhu.

Mood pun tak dok nak g jln2 keluar sebenarnya.Tu yang malas nk ngikut depa keluar.Malas nak tukar baju dan malas nak bermalas-malasan.Betul ke ni perkataan aku guna?Ah! memang tak betul pun.Sejak berblogger ayat aku ikut suka aku aje.Rosak sungguh bahasa Melayu.Tapi kalo aku guna yang betul sangat, jemu gak orang baca ek?Tu dah jadi blog bahasa Melayu la plak kan?

Biarlah aku keseorangan lagi.Biarlah hubby plak melayan kerenah anak2 aku yang kdg2 terover pandai drpd aku.Biarlah kali ini mereka menunjukkan rupa paras mereka yang sebenarnya pada hubby.Selama ni dlm seminggu, hanya ujung minggu cenggini lah hubby ada di rumah.Hari lain?Toksah harap...hubby bz sesangat.Tapi bila ngan hubby anak2 aku jd baik.Bukan ngan aku tak baik tapi ngada2 tu lebih sket la.

Oh panasnya hari ni.Cuaca mendung je tapi 'berkuap'.Nak ujan le tu kot.Awan sedang mengumpul wap2 air dan bila awan penuh, maka awan pun menurunkan hujan.Secara saintifik macam tu la.Tapi semua kuasa Allah s.w.t.

Sunyi dan sepi bila tiada sesiapapun di rumah ini.Dapat bernafas lebih panjang kerana peti suara ditutup.Tak de benda nak ditegur kepada anak2.Kalau depa ada, peti suara sentiasa terbuka.Nafas selalu pendek2.

Tapi pemergian mereka tak lama.Sebentar lagi pulanglah...Selamat kembali wahai kekanda dan putera-puteriku.Ummi rindu...hehehe



Baca Selanjutnya

Ayat Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..


Baca Selanjutnya

Nasihat kepada diri sendiri dan org lain

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?

Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".




Baca Selanjutnya

Khamis, 23 Julai 2009

Apa ada dalam minyak wangi?

Salam semua...

Pada kesempatan yang sedikit ini ingin aku kongsi bersama satu info yang mungkin dah lama tapi tetap akan baru selama-lamanya.Semoga para blogger yang gemar menggunakan minyak wangi terutama yang jenama oversea agar berhati-hati kerana kesahihan pembuatannya.Maklumat ini aku baca dalam sebuah buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.Diharap blogger dapat memberi komen terhadap info ini.

Selalunya iklan minyak wangi memberi gambaran yang baik tentang produk mereka.Kata2 seperti 'sedikit minyak wangi pada badan,membuatkan anda merasa segar sepanjang hari', sering menggamit pengguna untuk membelinya.

Kira2 85% drpd isi kandungan minyak wangi adlah alkohol.Bhn2 pewangi dilarutkan di dlm alkohol dan apabila didedahkan ke udara akan meruap dgn mudah.Itulah sebabnya apabila minyak wangi digosok pada kulit ia akn menjadi kering dan baunya meruap di udara untuk menghasilkan keharuman terutama pd badan dan persekitaran.

Apa yg dipersoalkan bukan sekadar kandungan alkohol,tetapi kegunaan lemak babi untuk memproses bau daripada bunga.

Di dlm proses yg disebut enfleurage,campuran lemak babi dan minyak akan disapu ke atas plat-plat kaca di dlm rak kayu yg dipanggil 'chasis'.Bunga2 yg dikehendaki ditaburkan di atasnya.Rak2 tersebut ditutup rapat dan dibiarkan selama 24 jam supaya bau bunga akn larut di dlm lemak atau minyak itu.

Selepas 24jam bunga2 itu dikeluarkan dan digantikan dengan bunga2 yg baru.Proses itu diulang berkali2 sehingga lemak atau minyak itu akn berlumuran dgn bau bunga tersebut.

Lemak yang penuh dgn bau wangian dicampur pula dgn alkohol supaya pengekstrakan berada pd tahap maksimum dan ini diikuti dgn proses penyejukan dan penyejatan di mana satu larutan alkohol yg berbau wangi diperolehi.Larutan ini dibiarkan pekat,iaitu satu proses di mana alkohol akan meruap dan hasil yang tinggal ialah minyak wangi yang diperlukan.

Di dalam proses menyediakan minyak wangi,bahan2 penting yang digunakan ialah bunga, lemak atau minyak dan alkohol.

Bagi umat Islam,apa yg dikhuatiri ialah jika lemak atau minyak yang digunakan itu diperolehi daripada sumber babi.

Di dalam proses enfleurage, penggunaan lemak babi adalah yang paling baik.Lemak babi tersebut dihilangkan baunya sebelum diguna dan semasa pengekstrakan bau wangi bunga dengan alkohol, lemak babi mungkin akan larut sedikit di dlm alkohol,dan kehadirannya adalah nyata pd minyak wangi yg diperolehi.Sedikit,tetap HARAM.

Dalam mengadun sesuatu minyak wangi,beberapa jenis bauan digabungkan untuk menjadi satu bauan yg unik.


Kejutan di kilang minyak wangi

"Dahulu saya sangat gemar memakai minyak wangi hingga membuat koleksi hampir semua jenis perfume termasuk buatan luar negara.

"Pada suatu ketika, saya bersama suami telah membuat lawatan ke Eropah dan berkesempatan melawat sebuah kilang yg menghasilkan minyak wangi.

"Di dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam2 jenama minyak wangi ditunjukkan kepada kami, malah dijual dengan harga kilang yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

"Pada satu peringkat pengeluaran, kami dibawa ke tempat di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yang merupakan proses akhir sebelum dicampurkan ke dalam minyak tadi.

"Saya sempat bertanya kepada seorang pekerja di situ apakah bendalir putih itu dan apakah kegunaannya?Dengan selamba beliau menjawab, "Oooh! Itu lemak babi dan ia menjadikan bau minyak wangi lebih tahan lama."

"Saya begitu terkejut mendengar jawapan yang diberikannya itu lalu bertanya lagi, "Maksud awak, lemak babi dicampurkan ke dalam semua minyak wangi?" Pekerja itu mengiyakannya sambil berkata jika tidak, baunya tidak tahan lama."

(Laporan daripada seorang wanita Malaysia yang melawat sebuah kilang minyak wangi di Perancis)

P/s- aku tak kemaruk nak guna minyak wangi.dulu ada gak beli yg jns roll bukan yg sembur2.tapi aku kdg2 pening bila bau wangi sgt.dok pakai bedak baby je skang..

Baca Selanjutnya

Rabu, 22 Julai 2009

Avde Kokhavim U Mazzalot

Pagi semalam dengar radio ikim, ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"
contoh lerr ...Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA
KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA
ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni


Baca Selanjutnya

Selasa, 21 Julai 2009

Untuk suami-isteri ajerrr

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

---------
MORAL: Jika lelaki mahu berpoligami, eloklah belajar bahasa Inggeris sebab banyak yang 'plural' akan ditempuhi.. Hehe


Saat indah awal perkahwinan....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.....!



Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....


Korang baca dari bawah keatas pulak.....Huhuhu


Baca Selanjutnya

Yang baik dijadikan amalan...

Marilah kita hayati amalan2 di bawah:

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...



'barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya'


Baca Selanjutnya

Ahad, 19 Julai 2009

Selipar

Satu hari di waktu pagi dekat2 nak tengah hari,abang dan adik bermain basikal di halaman rumah.Berkatalah si abang;

Abang:Ummi, selipar abang putus dah..(sambil menunjukkan seliparnya yang putus)
Ummi :Oh!Putus dah..tak pe nanti suruh abah beli yang baru.
Abang:(Sambil tersenyum dengan gigi rongaknya)Yey..abah beli baru!

Si adik dari tadi melihat dengan wajah seribu bahasa;

Adik :Ummi adik pun nak selipa baru gak..
Ummi :Tapi selipar adik tak putus pun.Elok g.Tak yah beli baru la.
Adik :Adik nak jugak.Selipar adik buruk
Ummi :Em..(sambil beredar ke dapur meneruskan kerja)

Petang itu juga si abah membeli selipar baru abang yang comel kaler merah dengan gambar mickey mouse.Harga rm2.50 je.

Abang:Abang dah ada selipar baru.(Terus berlari bermain di luar)
Adik :Adik nak selipar miki gak..
Abah :Tak pe nanti abah beli bila dah putus

Kesian adik jeles tengok selipar baru abang.Petang itu juga, jiran buat jamuan makan2.Bes dapat makan free!.Si abang seronok dengan selipar baru tapi si adik berwajah kelat.Adik pun berkata sambil didengar oleh jiran2;

Adik:Ummi adik nak slipa miki
Ummi:Alaah nanti abah beli la.Kalau rosak..
Adik:Nanti adik amik gunting!(bermakna nak gunting seliparnya supaya rosak dan cepat dapat ganti baru)
Jiran2:Amboi pandainya!nak amik gunting selipar..
Ummi:Hissh budak ni..

Lalu aku teringat la masa aku kecik2 dulu.Aku ada abang yang tua setahun dariku.Jarak umur yang tak jauh sangat menyebabkan kami agak close masa kecik2 dulu.Main pun sama2.Kalau selipar abang aku putus dulu,aku tak de lah nak amik gunting nak bagi putus gak tapi aku gunakan selipar tu selasak-lasaknya nak bagi cepat putus.Heheheheh.Bijak tak?Rupa-rupanya anakku 'menurun' perangai aku juga tapi lagi teruk idea dia nak amik gunting.Kehkehkeh.Budak-budak...



Baca Selanjutnya

Sabtu, 18 Julai 2009

Monosodium Glutamate(MSG)

Surirumah di Jepun berabad-abad lamanya menggunakan sejenis bahan tradisi yang diperolehi dari rumpai laut dalam masakan mereka.MSG secara tradisinya diperolehi dari rumpai laut yang diekstrak menjadi sebatian kristal berwarna putih.MSG sebenarnya tidak menambahkan sebarang perisa kepada makanan tetapi hanya mengubah rasa makanan tersebut.

Hari ini, MSG dihasilkan tidak lagi menggunakan rumpai laut,sebaliknya kanji sebagai bahan asas melalui proses penapaian yang canggih.Di Malaysia kanji ubi kayu digunakan sebagai bahan asas.

Serbuk putih yang disebut sebagai MSG merupakan garam natrium bagi asid glutamik dan ia mengandungi asid L-glutamik dan D-glutamik.Ia dihasilkan melalui proses penapaian yang menggunakan bahan kimia untuk membebaskan asid glutamik daripada protein.

MSG menimbulkan pelbagai gejala kesihatan. Antaranya ialah 'Chinese Restaurant Syndrome' di mana mangsanya berasa kebas dan mengalami degupan jantung kencang.Sebab itulah ia tidak disarankan kepada kanak-kanak.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa pengambilan MSG boleh menyebabkan kerosakan otak bayi.

Antara nama-nama lain yang digunakan oleh pengeluar bagi menggantikan nama MSG ialah:
1.Protein yang dihidrolis
2.Sodium caseinate atau calcium caseinate
3.Pati ragi
4.Protein bertekstur
5.Asid glutamik

Bahan-bahan berikut juga mungkin mengandungi MSG:
1.Perisa ayam atau lembu
2.Stok
3.Penambah perisa atau perisa asli
4.Malt barli, ekstrak malt dan perisa malt
5.Protein wei, wei yang diasingkan dan pati protein wei
6.Perencah atau rempah ratus
7.Protein soya, soya yang diasingkan dan pati protein soya
8.Kicap atau ekstrak soya

Kini,hampir semua makanan yang diproses(yang ditinkan,dibekukan atau dikeringkan) mengandungi sekurang-kurangnya satu atau lebih ramuan yang mengandungi MSG.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai MSG di dalam buku yang tercatit di bawah.Banyak yang terselindung di sebalik sesuatu yang kita tidak ketahui selama ini.

Sumber:Buku Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang(Halal Haram)2006


Baca Selanjutnya

Seloka Tetangga


Oh inilah sebuah cerita
Cerita benar lagi benar
Bukan dongengan atau penglipur lara
Kisah di zaman kini
La la la la la

Ada sebuah kampung
Di dalamnya ada taman
Bukan taman permainan
tapi taman perumahan
La la la la la

Kampung yang indah
Di kelilingi bukit bukau
sawah padi luas terbentang
Terpahat kukuh Gunung Mat Cincang
Yang penuh legenda dan mitos
Di puncaknya ada Cable Car
Wo oh oh oh oh

Oh gembira kurasakan
Duduk di sini
Jiran tetangga semua Ok!
Ramah-tamah senyum ceria
Suka tolong-menolong
Ya ya ya ya ya

Bila pagi menjelma
Riuh tetangga sibuk
Sibuk dengan anak2 nak sekolah
Layan makan minum suami
Lebih dari biasa
Bangun seawal pagi
Terus ke ceruk dapur
Buat itu dan ini
Na na na na na na

Bila ada masa pagi itu juga
Bila bertemu mata antara jiran
Sembang apa saja tak kira topik
Dari pasal anak hingga ke suami
Dari pasal pokok bunga hingga ke anak kucing
Ayam itik lembu dan kambing
Semua ada
La la la la la

Bila petang saja
Duduk berkumpul di satu sudut
Mesyuarat tingkap makin gempak
Penuh padat dan berinformasi
Anak-anak riuh berlari
Kejar sana-sini
Kayuh basikal main bola
Ketawa tangis gaduh itu biasa
Ye ye ye ye ye

Bukan mulut saja yang berbunyi
Tapi perut selalu kenyang
Jamuan makan tak henti-henti
Ada saja yang menjamu
Makan selalu ada
Nak apa semua ada
Sambil makan sambil bercerita
Silap-silap kena kata
Ah itu biasa
Wo oh oh oh oh

Bila Khamis menjelma
Makin seronoknya hati
Sebab nak cabut 'kutu'
Dapat la duit segera
Sambil makan dan minum
Cerita apa saja
Pasal artis semua tahu
Politik jangan nak cabar
Kalah menteri bila berdebat
Pasal agama jangan main-main
Ya ya ya ya ya

Oh tak masuk lagi bab cari duit
Buka katalog itu ini
Pinggan mangkuk sudu belanga
Kain baju kecik besar
Ubat kurus ubat awet muda
Tunjuk saja minta oder
Minggu depan siap duit saja
La la la la la

Begitulah kisah tetangga
Semuanya pengurus rumahtangga sepenuh masa
Punya cerita tersendiri
Cuma jangan sampai terover
Silap ari jadi sengketa
Jagalah hati tetangga
Jangan sampai maruah tercela
Moga ukhuwah terus terbina
Panjang umur ketemu lagi
Bila masing-masing membawa diri
Kerana kami semua duduk menyewa aje
Ye ye ye ye ye


Baca Selanjutnya

Jumaat, 17 Julai 2009

Bila sakit gigi

Bila terbaca cerita pasal gigi dalam blog kenalanku aku teringat la satu kisah yang dah lama berlaku dulu. Masa tu aku masih lagi student di IPTA. Masa cuti semester aku balik kampung dan di situ la bermulanya kisah yang menyanyat hati.

Nak dijadikan cerita la, gigi geraham yang ujung sekali tu memang dah tenat sebenarnya.Cuma aku buat dek je, cuma bila kesakitan tu menyerang barulah aku jadi tak keruan.Sakitnya seperti sakit nak beranak lah, sampai tak boleh duduk diam dan aku jadi hangin semacam!Rasa kepala ni berdenyut2 macam nak pecah je dan tak boleh dengar bunyi bising2.Sampai begitu sekali eh!

Satu malam aku rasa tahap kesabaran aku makin kurang dan tak boleh ditahan2 lagi.Dengan menahan kesakitan aku ajak la abangku pergi ke klinik gigi di pekan dekat rumah aku.

Masuk je bilik doktor gigi, aku tengok bilik dia cukup sempoi dan agak uzur je.Ada seorang pembantu di dalam bilik tu.Cek dan cek doktor gigi tu kata gigi aku kena cabut sebab dah kronik.Ah..tak kisah lah kena cabut pun asal sakit aku ni hilang.

Maka bermula la prosedurnya.Dari mula menganga mulut sehinggalah disumbat bermacam alat2.Aku pulak jenis tak tahan kalu mulut aku ni disumbat macam2 alatan yang berbau semacam tu.Mulalah nak loya.Nak termuntah beb!

Gusi aku dibius.Mujur la tak sakit.Tapi bila bau peralatan yang dah dicelup ubat tu mula menusuk hidungku aku rasa nak termuntah sangat dah.Dan memang dah disediakan tempat untuk meludah di tepi.Aku pun pusing la badan kerana memang nak termuntah sungguh dah ni.Dalam saat aku pusingkan badan membelakangi doktor dan pembantunya, tak pasal2 aku terlepas bom!Amboi punyalah kuat bom tu berbunyi!Aku tak sengaja...bukan aku nak balas dendam pada doktor tu tapi ia terjadi dengan spontan.

Tapi akau tengok doktor dan pembantu tu buat dek je walaupun bom aku tu cukup kuat dan menggegarkan.He3.Aku tahan malu je.Dan doktor pun teruskan kerja dia hingga selesai..

Pada pandanganku, doktor gigi ni dah biasa kot.Kalau bau mulut orang yang nganga depan dia dah jadi macam bau minyak wangi apalagi bau 'bom' yang sekadar angin lalu je...betul tak?


Baca Selanjutnya

Sampai mimpi2


Salam pagi Jumaat yang mulia...

Ujung2 minggu begini barulah aku boleh guna laptop ni.Nak buat macam ne hak milik hakiki bukan terletak di tanganku.He3.Aku banyak kali bermimpi sejak berjinak2 menjadi blogger ni.Sampaikan tidur aku didatangi oleh perkara2 yang berkaitan dengan blog.Antaranya aku seperti ternampak2 bilangan followers aku yang semakin bertambah padahal followers aku boleh dikira dengan jari je berapa orang.He3.

Malahan rupa paras templates pun terbayang2 di dalam mimpiku!Berwarna-warni...sampai begitu sekali penangannya.Dan yang lain2 berkaitan dengan blog dan blogger.Aku rasa mimpi ini tidak akan berakhir selagi aku masih belajar mengenai blog! He3.
Baca Selanjutnya

Isnin, 13 Julai 2009

Buli

Aku tertarik dengan artikel oleh Aliza yang berkenaan kes buli pelajar sekolah. He3 aku dulu pernah jadi mangsa buli masa aku dalam darjah 1 lagi.Tapi pada zaman (80an) tersebut perkataan buli bukanlah satu perkataan yang glamor pada zaman tersebut malahan kes buli pada zaman tersebut tidaklah seteruk pada zaman sekarang.


Kes buli pada zaman aku dulu tidaklah sampai mendera fizikal seseorang tapi lebih kepada tekanan perasaan la..

Aku pernah di pow oleh rakan sekelas atas sebab yang tidak munasabah.Satu hari ketika dalam kelas aku terjumpa sebungkus pulut pagi dalam laci mejaku.Tapi aku tak tahu siapa yang punya.So, aku biarkan je lah dan tak pedulikannya.Esoknya, aku tengok pulut pagi tu dah hilang!Tapi aku biasa -biasa je lah dah memang aku tak ambilnya.

Tiba2 rakan sekelasku mengaku yang pulut pagi itu dia yang punya dan menuduh aku makan, tapi aku nafikannya dan demi Allah aku tak makan pun atau ambilnya.Rentetan dari itu, rakan sekelas aku menyuruh aku menggantikannya dengan nilai harga pulut pagi itu.Harga 20sen dan belanja sekolah aku ketika zaman tersebut hanya 20sen.Tidak mahu memanjangkan masalah aku bayarlah harga pulut tersebut.

Aku ingatkan habis setakat itu je, tapi esoknya dia meminta lagi 20sen dari aku.Dan aku takut lalu bagi lah 20sen lagi.Esok pun dia minta lagi dan aku tanpa berfikir panjang terus report kepada abangku yang berada di darjah 5.Abangku siap bawa geng dia dan marah pada rakan sekelas aku tu dan report pada guru besar.Tapi tindakan x diambil sangat memandangkan kami baru darjah 1.

Tapi sekarang, lain cara bulinya.Lebih teruk dari pow mengepow.Budak-budak sekarang semakin berani dan aku juga risau kerana masa akan datang bagaimana agaknya situasi pada zaman tersebut bila anak-anak aku berada di zaman persekolahan nanti.Minta2 dijauhkan dari segala keburukan, Insya Allah.
Baca Selanjutnya

Berpeluh Berlebihan (Hyperhydrosis) dan Rawatannya

Oleh:
Dr Mohd Mazri Yahya
Pakar Perunding Bedah Am,Vaskular & Endovaskular, Hospital Pakar Regency, Masai, Johor

Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.

Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 - 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.

Maslemon: Penyakit ini amat jarang dialami, dan sebahagian kecil yang mengalami penyakit ini malu untuk berterus-terang, apatah lagi bila bersalaman tangan mereka basah.Perasaan malu makin bertambah bila orang yang disalami seolah-olah segan untuk bersalaman secara bersungguh2 dengan pesakit dan selepas bersalam mereka mengelap tangan mereka di depan pesakit seolah-olah geli geleman.Penyanyi Heliza(AF4) juga mengalami penyakit ini.Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Baca Selanjutnya

Aku insan biasa

Kadangkala dalam hidup ini kita mempunyai cita2 dan impian yang tertentu.Kita juga inginkan sesuatu yang seringkali kita idam-idamkan.Sesuatu itu bukanlah berbentuk material semata2 tetapi juga sesuatu yang abstrak yang penuh dengan nilai2 kerohanian dan juga perasaan. Di sini aku bukanlah ingin menyatakan secara halusinasi keinginan sebenar aku.Cuma aku ingin berkongsi kisahku yang mungkin sama dengan orang lain.


Aku rasa ramai yang senasib denganku di luar sana yang berpelajaran tinggi tetapi tidak mendapat kerjaya.Aku tidak pernah mendabik dada yang aku ini berilmu tinggi dan hanya layak memegang jawatan tinggi sahaja.Aku juga tidak pernah mengharapkan penghormatan yang tinggi dari orang sekeliling aku, malah aku tidak pernah sesekali memberitahu kelayakan tertinggi aku secara terbuka kecuali bila ditanya.Tetapi dalam blog ini aku ceritakan secara kasar pendidikanku untuk berkongsi kisah aku semata-mata.

Kisah air 7 kolah sebenarnya bukan untuk aku mendabik dada yang aku ini berpelajaran tinggi tetapi aku ingin pembaca menilai kiasan di sebalik cerita tersebut.Sebenarnya aku sudah tidak kisah jikalau sekarang atau akan datang jikalau aku belum mendapat sebarang kerja.Aku sudah terima hakikat atau takdir atau hikmah di sebalik ketentuan Allah.Cuma dalam cerita air 7 kolah lebih merupakan inspirasi dan semangat orang lain yang berusaha untuk aku.Mereka sanggup berikhtiar demi aku dengan air 7 kolah, sedangkan aku sudah tidak kisah dengan hidupku jika aku ditakdirkan tidak bekerja.

Hakikatnya orang lain tidak tahu apa yang aku rasakan kecuali yang senasib denganku.Telinga ini sudah mangli dengan pertanyaan orang sekeliling yang bertanya kenapa dan kenapa tidak bekerja.Pilih kerjakah?Tak aply itu ini kah? Awalnya aku rasa semak dan serabut dengan pertanyaan tersebut tetapi aku sudah mangli dan tidak kisah dah sekarang.Lagipun aku sudah bersuami dan punya anak-anak, maka aku tidak boleh sebarangan memilih kerja.Bukan pilih kerja tetapi kena pikir atas bawah,kiri kanan bila sudah bersuami dan beranak.Cuma yang aku terdaya pilih ialah kerjaya perguruan yang sememangnya bukan senang untuk digapai pada abad ini.Kerja lain memang aku tidak mintak disebabkan faktor2 yang aku nyatakan di atas.

Aku sentiasa sedar Allah tidak memberi semua yang aku minta.Begitu juga dengan orang lain.Tiap2 sesuatu ada hikmah yang tersembunyi yang perlu aku cari dan gali dan fikiri.Namun aku insan biasa, bila aku tersasar sedikit dari landasan, aku pernah menyalahkan diri aku sendiri tetapi Alhamdulillah aku cepat sedar dan bangkit ke landasan sebenar hidup.

Tuhanku, aku pasrah pada kehendakmu!

p/s-kepada noname, itulah aku yang sebenarnya...

Baca Selanjutnya

Ahad, 12 Julai 2009

Air 7 Kolah

Sambungan dari 'Cuti Panjang Di Kelate'

Semasa dalam perjalanan pulang ke Kedah, Abang Long(abg sulung hubby)kata akan singgah di setiap masjid di sepanjang jalan. Mana masjid yang ada kolah bertakung yang digunakan untuk jemaah ambil air sembahyang akan diisi dalam botol.Dengan syarat kolah itu terdedah dan airnya digunakan untuk wuduk macam kita celup direct anggota wuduk dalam kolah tersebut dan bukan air kolah yang tertutup.Aku tak ambil endah dengan kata2 dia dan aku malas nak ambil tahu.

Sampai masjid pertama, abah turun bawa 2 botol kosong air mineral yang kecik.Emm patut la abg long minta ngan ma aku botol kosong masa di rumah aku, ini rupanya tujuan dia.Ah! Buat apa aku nak ambil tahu.Dah le rasa sedih tinggal ma ayah masih lagi berkesan di kalbu.Hu hu hu.

Dipendekkan cerita,maka cukuplah 7 air kolah dikumpul.Bukan semua kolah di masjid yang ada kolah terdedah macam tu je.Kiranya lebih dari 7 perhentian kami berhenti semata2 nak amik air kolah masjid.Apa tujuannya?

Dalam perjalanan juga puas dah aku,anak2 dan Pak Andak(adik lelaki bongsu hubby) tido.Sekali-sekala tubuh kami terbuai2 dilonjak oleh kereta nissan frontier abg long.Kereta ala2 pikap ni memang la mcm tu,pantang lalu atas jalan berbonggol sket mulalah terlompat2.Perjalanan pula melalui bukit-bukau sepanjang highway timur barat.Juga puas badan kami mengikut rentak tari mak inang,kejap ke kiri, kejap ke kanan, ikut pusingan bukit.

Anakku yang lelaki plak sibuk nak makan donut.Nak donut, nak donut...geram aku.Ma aku ada bekalkan lebihan kueh mueh yang kami makan sebelum bertolak tadi.Anakku suka donut.Yang heran singgah kedai makan satu donut pun tak de.Yang ada kueh2 lain la.Haru betul..

Abg long cakap amik air 7 kolah ni nak ubatkan aku n abah.Aku?Abah?Sakit apa kami?Entah, masa tu aku berat lidah nak tanya.

Sampai daerah Baling(dah masuk Kedah daa), abg long bawa kami semua masuk satu jalan kampung dan aku terlupa nak cek apa nama kampung tu.Tapi dalam hutan sket la.Nasib kami bertuah kerana ternampak rusa hutan(ye la mana ada rusa zoo dlm kg) melintas depan kenderaan kami.Bertuah tu beb!

Kendian abg long berhenti parkir kereta depan sebuah rumah kampung yang agak biasa rekabentuknya.Macam rumah tak siap je kata hati aku. Bagi salam, tak de sapa jawab tapi pintu terbuka.Kami selamba je masuk dan duduk.Abg long siap call tuan rumah g ngan handset.Kami duduk bersila sebab ada 2 bj je kerusi kayu,kalu aku tak silap kerusi sekolah budak sekolah rendah. Aku duduk bersila. Ruang ni nak kata ruang tamu tak le juga dah kosong je, yang ada cuma satu rak kayu yang ada diletakkan ubat2 dan madu.Nak jual kot..

Aku buat dekk je.Anak2 aku siap tawaf sana-sini.Si anak dara aku siap belek tikar yang kami duduk.Eh!ada duit! Banyak juga.Yang merah, yang hijau dan yang biru.Amboi tuan rumah ni macam tu je simpan duit?

Tiba2 datang seorang lelaki berbadan besar, boroi dan tinggi.Dah le tak pakai baju, pakai kain pelikat je.Tengok muka dia fuhh mcm garang gile.

'Aku tido!Ngantuk sangat..' kata si lelaki berbadan besar tu.Kemudian pok-pek,pok-pek, bla..bla..dan bla antara lelaki tu dengan abg long dan abah.Anak2 aku ralit tengok lelaki yang tak berbaju tu bercakap.

'Ni..hang tolong tengok sket budak ni(merujuk pada aku), pasai apo susah sangat dapat keje?', abg long berkata pada si lelaki tersebut.Eh pasal itu ke? Kata aku dalam hati sambil tersengih2 menahan malu.

'Emmh mengaji tinggi dah,sampai master, boleh jadi profesor tapi minta keje tak dapat2.Pasai apo ntah', abah aku plak menyampuk.Tu dia aku jadi topik hangat!

Lelaki gemuk tu tengok aku.Gerunnya! 'Ni?dia ni, kawin belum?' kata lelaki tu.Aik tanya pasal kawin la plak.

'Tu budak kecik dua orang tu anak dia la', serentak abah dan abg long berkata. 'Suami dia tak de apa, keje dah, dia je ni payah dapat.Mintak keje cikgu tak pernah dapat', abah aku berkata panjang lebar.Dan aku masih lagi tersengih2 je.He he he.

'Emmph, mana ayak bawak tak?', lelaki tu berkata merujuk pada air 7 kolah. 'Ada..ada..kami bawak', sambil menyerahkan pada lelaki tu.Tapi aku tengok dia tak baca apa pun pada air tu, nak hembus2 jauh sekali.Just buka tudung sambil sembang dengan kami.

Kemudian,turn abah plak, dia bagitau pasal projek dia yang tak abis2 g siap.Ada aje halangan macam upah orang pasang itu-ini tapi tak buat keje sampai habis.Sama juga dia mintak air tu dan buka tudung botol.Ntah tak baca apa pun aku tengok.

Dia pesan pada aku dan abah balik mandi air 7 kolah ni masa mandian terakhir dan niat la apa yang patut.Kemudian berserah pada Allah.Dia kata kat aku, lepas ni gerenti dapat keje.Dan aku macam biasa masih lagi tersengih2.Dan abg long sempat lagi tanya kenapa anak perempuan aku ni badan panas je.Senang je jawapan dia, oh itu ada biji kat belakang tengkuk dia tu yang dia panas badan.Biji apa ntah yang dia sebut, yang aku dengar 'Sepia'.Macam nama orang je.He3.Dia kata mandi budak tu bawah kangkang bapak dia.Ha3 aku nak tergelak besar tapi tahan je, control ayu gitu.Keh keh keh.Kalu anak laki mandi bawah kangkang mak dia.

So macam tu je lah.Abah hulur duit, tapi aku buat tak tau aje.So abah yang bagi pengeras.Sebab aku dalam blurr lagi sebab masih tak percaya yang aku jadi pesakit.Dan patut le, duit banyak bawah tikar, rupa2nya sape2 yang berubat, letak aje duit pengeras bawah tikar tu.Tak kisah la berapa asal taruk je bawah tikar.

Masa kami keluar rumah lelaki tu, tu dia, ada sekumpulan plak orang datang nak berubat!.Rezeki dia lagi..

Aku tersengih2.Aku cakap kat abg long, 'Ingatkan abg long buat lawak je tadi'. 'Laa kak ngah(panggilan untuk aku)ingat abg long buat lawak..nak berubat la', kata abg long.

Begitu la pengakhirannya.Kami hanya berusaha.Itu je.Selebihnya terserah pada Allah.Cuma aku tak kisah dah sangat kalau tak dapat kerja juga akhirnya.Tentu ada hikmah di sebalik kejadianNya.

So, perjalanan pulang kami diteruskan.Oh!rupa-rupanya ingatan donut masih lagi utuh.Anak lelakiku masih lagi tanya donut!.Sepanjang perjalanan pulang, donut hanya kami jumpa di Kedah, di sebuah tapak pasar malam di Baling.Kuang kuang kuang..
Baca Selanjutnya

Keitimewaan Bulan Rejab

Bulan Rejab

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Petikan: al-islam wikidot
Baca Selanjutnya

Sabtu, 11 Julai 2009

Kek Durian Ais krim Vanilla

Buat kek lagi...harap2 korang suka dan x boring

Bahan2
350gm isi durian
200gm mentega
150gm gula kastor
300gm tepung kek naik sendiri
2biji telur gred A
3 sudu besar ais krim vanilla

Cara membuat
*Griskan acuan bulat berukuran 8 inci.Panaskan oven pada sushu 180oC.
*Pukulkan mentega dengan gula kastor hingga kembang dan putih.
*Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul sebati.
*Masukkan isi durian.Gaul rata.
*Masukkan pula aiskrim vanilla.Gaul sebati.
*Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau.
*Tuangkan adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit atau hingga masak.Bergantung pada jenis oven.

Harap maaf gambar kek x dapat disiarkan kerana hari tu juga hubby bawa laptop.Nak amik gambar x bole.He3..Lagi pulak bawa keluar kek jamu kat jiran.Anak2 aku pun suka!
Baca Selanjutnya

Duit vs basikal pink

Di suatu petang yang semakin senja, di dalam kereta sewaktu pulang ke rumah selepas bertandang ke rumah kawan hubby...

Topik semasa: Duit..

Hubby : Duit nak kering dah ni...cukup tuk makan minggu ni je...
Isteri : .........(senyap)
Hubby : Abah(pak mertua si isteri) pun tengah kering juga ni.Nak siapkan projek hotel tu pun
sangkut sket.Duit hasil kutipan tandas(tandas awam yang dikendalikan abah) pun x
jalan gak sebab tengah renovate.
Hubby : Bla...bla..bla...pok-pek....pok-pek...
Isteri :.........(masih lagi senyap)
Hubby :.........(juga senyap)

Tiba-tiba si anak perempuan yang berumur 2 tahun 5 bulan mencelah...

Anak : Abah! Adik nak basikal kale(warna) pink!
Hubby: Ooo basikal kale pink! Adik suruh tok wan(Abah hubby) beli lah...
Anak : Abah lah beli! Tok wan tak dok duit!

Kah!kah!kah! Kami semua tergelak. Amboi kanak-kanak pun faham pasal duit...Alhamdulillah.Tapi permintaan tetap permintaan.Basikal tetap basikal. Permintaan harus ditunaikan. Dan sudah tercapai! Aku dulu mana ada basikal secantik itu..kaler pink lak tu...
Baca Selanjutnya

Jumaat, 10 Julai 2009

Makanan yang kembalikan masa

Cuba rawatan anti penuaan yang semulajadi ini untuk mata yang bersinar, rambut yang berkilauan dan kulit yang berseri-seri dengan ramuan yang boleh didapati dari dapur anda!

Mandian susu yang melembutkan
Kekalkan kulit selembut bayi dengan menambah susu ke dalam air mandian suam anda.Rawatan yang benar2 baik dan menenangkan!

Pupur badan yang membantu menanggalkan sel-sel mati
Ini dia cara yang menyeronokkan untuk menyingkirkan sel2 kulit mati:
ratakan isi buah betik segar ke seluruh badan anda dan biarkannya selama 5 minit.Bilas badan anda di bawah pancuran air.

Rawatan rambut insentif
Untuk rambut yang licin dan berkilat, kisar sebiji telur bersama setengah biji avokado.Sapukan campuran tersebut ke atas kulit kepala sambil mengurut kepala dan biarkannya selama 30 minit.Bilas sehingga bersih.

Tonik muka yang menenangkan
Sapukan timun sejuk yang telah diparut ke sekeliling muka dan leher.Biarkannya selama 20 minit.Penggunaan yang kerap akan membantu menyamarkan cela, dan mencegah kedutan dan kekeringan.

Uncang teh yang menyamankan
Uncang teh yang telah digunakan disimpan di dalam peti ais semalaman, kemudian ditekapkan di kelopak mata anda.Sambil berbaring dan menutup mata, rehatkan minda anda, dan rasailah kenyamanan aroma teh yang menyegarkan di sekeliling mata anda.Lakukan beberapa minit untuk mendapatkan mata yang bersinar dan segar!

Selamat mencuba!

Sumber:Khidmat sumber Nestle
Baca Selanjutnya

Tukar template baru plak

Salam pagi jumaat yang mulia...

Aku dah tukar template baru, sesuai la sket ngan aku punya heading tu, MasLemon Blog.Ok la walaupun nak gambar lemon dapat gambar oren.He3.Tapi tetap nampak fresh n ceria kan?X le gelap semacam je..walaupun aku suka gak yang bacground kaler itam tapi tak kena plak ngan ala-ala lemon yang segar ni kan?

Moga lebih ceria lagi blog ni dengan apa apa ajerrr citer.. sukanya tengok buah limau yang segar dan nampak masam2 manis tu..he he he.



Baca Selanjutnya

Khamis, 9 Julai 2009

HFMd



PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Pengenalan

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.


Penyebab

Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.


Tanda-Tanda Penyakit

Demam panas
Sakit tekak
Kurang selera makan
Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.


Cara-Cara Merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.


Rawatan

Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:
Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.

Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

Langkah-Langkah Pencegahan

Sentiasa menjaga kebersihan diri
Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
Jangan berkongsi barang-barang persendirian
Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.


PERINGATAN !

Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
Demam panas yang tidak menurun
Mengantuk dan kelihatan letih lesu
Gelisah
Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
Sesak nafas
Degupan jantung laju
Kembung perut
Tidak membuang air kecil
Lemah anggota kaki
Otot tersentak
Pergerakan mata yang luar biasa

Anak perempuanku yang berumur 2 tahun 5 bulan disyaki terkena penyakit ni.Patut la dia kata dia sakit mulut dan sukar untuk makan.Tidurnya selalu gelisah dan terjaga di sebelah malam.Aku tak nampak tanda2 luaran cuma dia mengadu sakit mulut bila menyuap makanan.Dia selalu megulum jari telunjuk seperti menunjukkan kawasan yang sakit.Tanda2 seperti ruam di tapak tangan dan kaki memang tak ada.Pada malam selasa lepas dia terjaga tengah malam dan menagis seperti kesakitan aje.Memang aku sedar yang dia tak berapa selesa dan gelisah tapi aku tak terfikir yang bukan2.Kebetulan malam tu aku sibuk buat kek span dan seperti biasa anak2 ku sibuk jadi pembantuku.

Keesokannya(selasa), aku lihat dia semakin kurang selesa bila nak makan.Dan Allah s.w.t sentiasa membantu hamba2nya, bila sepatutnya pada petang tersebut, hubby aku kena pergi kursus di Kodiang selama sehari.Memang la kursus tersebut bermula pada hari Rabu, tetapi hubby cadang nak pergi petang tu sebab kami ni dok pulau, takut tak sempat naik feri awal pada hari Rabu.Syukur hubby kata nak bertolak pada awal pagi Rabu so, petang pada hari Selasa kami bawa anak kami ke klinik berdekatan.Dan doktor kata ini simptom penyakit tu.

Aku rasa dia terjangkit melalui kanak2 yang ada penyakit tu kot.Maklum la kawasan rumah kami ramai kanak2 dan kebetulan kami ada menghadiri majlis harijadi anak kawan hubby dan ada seorang anak kawan hubby yang lain baru beberapa hari terkena penyakit tu dan anak kawan hubby tu ada bersama kami semua di majlis itu!

Apapun kami tetap bersyukur simptom yang ditunjukkan masih baru namun anakku sukar nak makan.kebetulan pulak hubby ada beli durian nak makan ngan pulut.Anakku suka durian tapi memandangkan kami beri dia makan ubat,tak berani la bagi makan durian takut berlawan dengan ubat pulak.Kesian dia menangis meraung nak makan durian.Sedih aku melihat, sebak di dada.Sampai satu tahap aku terfikir kalau anak aku mati time ni, mati beragan la dia sebab nak durian.Lantas aku amik 2-3 ulas durian suruh dia makan juga.Hubby marah aku sebab bukan apa takut yang sakit jadi lebih sakit.Aku tak tahan nengok anak aku menangis terngongoi2.Dalam dok menangis2 sempat lagi anakku marah balik pada hubby sebab x bagi dia makan durian. He3 anak aku kata 'Apa la abah ni' berulang kali..

Alhamdulillah hari ni dia makin ok.Petang tadi sempat lagi pergi main basikal yang baru hubby beli padanya.Warna pink!





Baca Selanjutnya

Selasa, 7 Julai 2009

Aku rasa patut sambung...

X patut aku rasa tak sambung story aku ms bercuti di Kelate ari tu.Baik aku sambung...



Malam keberangkatan ayah n ma aku ke Johor n melaka aku rasa sayu dan sunyi yang teramat sangat.Sedih tiba2 bila aku rasa cukup kehilangan.Teringat kat hubby tiba2 tapi aku pendam.Hubby ada hantar mesej suruh kunci pintu dan pasang kelambu.Dia risau kes chikugunya yang sedang melanda negara kita baru2 ni.Tapi aku rasa rimas nak berkelambu dah Amni malam2 nak naik buaian.Sejak dia lepas susu badan dia mula nak didodoi dalam buaian je kekadang je tido bawah.

Malam tu juga anak2 gadis kak aku mari temankan aku tido.At least tak sunyi sangat.Boleh la hilangkan rasa sunyi.Nak kata aku tak takut bohong la tapi aku takut pada orang g daripada makhluk2 thalus tu.Bukan ape rumah aku pernah dipecah masuk oleh pencuri.Pencuri tu masuk ikut tingkap dapur.Dia cungkil tingkap kayu dapur n masuk bilik adik aku yang kebetulan masa tu dia kerja di Kelantan g, n curi apa ntah.Kalu x silap handset adik aku kot.Pas tu curi cincin2 mak aku yang mak aku simpan di almari dapur.Nasib baik x diapa-apakan adik aku tu.Ngeri la bila teringat.So tido la aku bertemankan anak2 n anak saudara aku...Krooh..krooh..krooh.

So sepanjang ma n ayah aku pergi berhoneymoon aku menjalankan tugas seperti biasa.Buat kerja2 rumah, masak, layan anak2 dan juga pergi jalan2 rumak kakak yg terletak tak jauh sangat tu.Pergi rumah dia baca buku la,majalah la,bual2 kosong.Aku paling syok baca MASTIKA.Penuh ilmu dan maklumat serta pengajaran.

Adik aku yang keje kat Ganu pun balik ujung minggu.Bes kalu dia balik dia bole bawa keta ayah.Aku ni ada je lesen tapi x bawa pun.Kuang kuang kuang..

Tapi yang paling syok aku dan kakak2 ku pergi berkelah di kawasan hutan lipur Air terjun Jeram Linang.Tapi time cuti ramai sangat orang nak berendam kaki pun rasa malu apalagi mandi.Anak2 sedaraku yang besar2 cukup seronok mandi tapi aku tak izinkan anak2 aku mandi.Issh payah nak control nanti,kalau ada abah mereka x pa la kot.Aku bagi diaorang rendam kaki je dah cukup.

Tapi yang lucunya masa nak balik baru aku belikan 2 biji pelampung kat anak2 aku dah diaorang teringin sangat.Belilah kesian dah le abah x de.Hu hu hu.

Lebih kurang seminngu kendian ma n ayah balik.Bes giler.Ada mereka semangat sket.Lepas abis cuti sekolah, aku masih lagi di Kelantan.Tolong ma mengasuh baby2 n kanak2.He3 aku ni cengil sket.Garang le tapi aku tegas sebenarnya.Time manja aku manjakan time tegas, hemm kecut anak2.he3.

Lebih kurang 3 minggu di Kelantan, tiba2 hubby call kata abah nak datang amik kami balik.Agak tergesa2 tapi mungkin abah teringat pada anak2 Diaorang tdo semalaman dan kami bertolak balik ke Kedah pagi esoknya.Sempat lagi abah bawa buah2 dari kampung bagi kat ayah dan ma.Kami bertolak ke Kedah pada 21 Jun. Ada peristiwa menarik semasa perjalanan pulang...


Baca Selanjutnya

Akhirnya...

Bukan mudah nak tangkap gmbar ni.Guna webcam laptop je dah x de kamera digital.Sorry gmbr kurang memuaskan...




Kek span coklat dengan ising butter cream






















Begini le rupenyerrr kek yang aku buat.First time buat kek span yang orang selalu dok makan tuk sambut besday 2..Nak tak cara2 membuatnya?


Bahan2

  • 6 bj telur
  • 120 gram gula kastor
  • 130 gram tepung biasa
  • 20 gram serbuk koko
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan minyak jagung

Cara2 buat

  1. putarkan telur bersama gula.putar hingga kembang dan naik.Aku putar pada tahap kelajuan tinggi selama 10 minit.
  2. Dalam masa kita dok tunggu telur n gula kembang ayak tepung bersama serbuk koko.
  3. Dah kembang telur n gula, switch off mixer. Ok guna senduk kayu masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau balikkan dengan senduk.Jangan kacau kuat2 sangat tau.Kaup balikkan je.
  4. Then masukkan 2 sudu minyak dan coklat emulco beserta esen vanilla.Kaup balikkan rata2.
  5. Masukkan ke dalam acuan bulat berukuran 8 inci. Alah lantak korang la acuan mana yang bersesuaian...
  6. Ok sebelum masukkan ke dalam oven korang ketuk dulu acuan.Caranya angkat acuan(jangan tinggi2 sgt) then lepaskan ke atas meja.ala mcm gaya hempas tp manja2 gitu...
  7. Oven tu panaskan dulu la pada suhu 180 celcius.
  8. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak...
  9. keluarkan kek daripada oven dan telangkupkan atas derai kek/jaring besi agar ia tidak mendap, selepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan kek. (teknik terpenting dalam proses buat kek span)

*Penting-jangan putar dengan mixer setelah dibubuh tepung

Ok untuk hiasan atas kek aku guna butter je.kalo korang nak guna whipping cream yg dijual kat kedai pon bole.Ikut suka..

Butter cream

  • 1 cawan gula aising
  • 250gram unsalted butter
  • suku cawan air

Cara2

  1. Mula2 panaskan gula degan suku cwn air sehingga larut dan likat.sejukkan
  2. Then putar butter dengan gula tadi sehingga gebu n puteh.Apabila adunan dah likat n tak menitis bila dicedok itu maknanya dah cukup likat.
  3. Apalagi hiaskan kek mengikut citarasa anda..

SELAMAT MENCUBA

Baca Selanjutnya

Sabtu, 4 Julai 2009

Selera Anaconda

Maklumat ini sebenarnya dah lama, tapi aku ingin kongsi dengan bloggers yang mungkin belum pernah terbaca dan melihatnya.Ada gambar yang cukup menyedihkan dan mengerikan tapi aku tak nak paparkan di sini.Blogger boleh terus link di darulnuman

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.

Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.

Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.














































Baca Selanjutnya

Manja-manjakan dirimu...

Bagi surirumah tangga yang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti di rumah ada baiknya memanjakan diri sendiri dengan bahan2 alami atau semulajadi tanpa menghabiskan wang membeli barangan atau produk yang tersedia ada di kedai. Ini sebagai satu lagi penjimatan dan juga kemanfaatan kepada kesihatan tubuh badan.

Salah satu daripadanya, bahan pencuci muka dan badan.Umum menggunakan bahan2 atau produk2 yang ada tersedia dijual di kedai2 dengan alasan cepat dan tidak remeh.Tahukah anda sebahagian besar ramuan yang terkandung dalam produk yang kita gunakan adalah bahan2 kimia yang ternyata bahaya dan boleh meracuni tubuh badan kita dan boleh mengundang kepada penyakit2 yang berbahaya terutama kanser.Tentulah kita menyatakan yang kita sudah lama menggunakannya dan tak memberi kesan yang merbahaya pun selama kita menggunakannya.Para pengeluar atau pencipta prouduk tentu memberi jaminan yang barangan mereka adalah selamat dan asli tanpa bahan kimi tetapi sedarkah kita di sebalik pembuatannya sedikit sebanyak mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan pewangi? Bahan2 tersebut adalah bahan2 kimia kerana waima sekalipun dibubuh bahan asli ia tidak akan tahan lama dan memerlukan pengawet dan bahan penstabil.

Ok di sini aku berikan sedikit cara yang menjimatkan dan alami.Aku bukan berkata sahaja tetapi aku mula mengamalkannya sedikit demi sedikit kerana aku mula menyedari akan kesan2 bahan kimia yang terdapat dalam prouduk kecantikan.

Pertama-Bila kita hendak mencuci muka, kita tidak perlu mencucinya selalu dengan bahan kecantikan yang sedia ada.Terutama para ibu2 yang tidak bekerja kerana mereka kurang terdedah kepada pencemaran alam sekitar berbanding para ibu yang bekerja di luar.Apa yang aku amalkan sekarang, bila aku terasa muka aku berminyak aku hanya menggosokkannya dengan belimbing buluh yang sudah masak ranum yang mana isinya sudah lembik2 sikit.Bagi mereka yang tak ada belimbing bulu, gosok sedikit dengan jus asam limau yang dibancuh dengan tepung beras. Mudahkan?

Kedua-Bila aku hendak menyental daki2 yang ada di tubuh, aku hanya mengambil lebihan hampas kelapa yang aku gunakan untuk memasak gulai atau kuah lemak.Hampas kelapa aku sental di seluruh tubuh dan juga muka.Hasilnya kulit lembut dan licin semulajadi.Tak payah pakai losyen dah lepas tu.Aku turut amalkan kepada anak gadisku.Dia pun suka.Bagus tak?

Ketiga-Sekali sekala nak tegangkan kulit muka, ambil lebihan putih telur(telur ni kan selalu kita guna di dapur) sapu kat muka rata2.Kalau ada madu asli lagi bagus.Campurkan degan putih telur dan sapulah di muka.Biarkan seketika dan cuci dengan air suam dan diikuti dengan air biasa/sejuk. Amalkanlah selalu Insya Allah kulit tegang dan berseri2.

Keempat-Aku ni bukan tak pernah beli lipstik, beli juga tetapi aku beli dan tak guna sangat pun. Sepanjang umur hidupku aku beli sekali je lipstik.Senang je nak bagi bibir kemerah-merahan semulajadi sapulah madu lebah asli di bibir selalu.Tengoklah nanti perubahannya.Kalau tak ada yang asli, cuba guna madu yang dijual kat kedai.

Sebenarnya semasa aku remaja aku tak terlepas dari menggunakan produk kecantikan yang sedia ada di pasaran.Tapi aku tak pernah membeli produk mekap macam eyeliner ke, maskara, eye shadow ke dan yang seangkatan dengannya.Seperti yang aku kata aku pernah beli sekali je lipstik itupun semasa aku nak bohong sunat kepada anak gadisku yang ketika itu berumur 2 tahun, kerana nak lepaskan susu badan.Aku guna untuk sapu di bahagian 'tetek' nak bagi tipu kat dia yang dia dah tak boleh hisap susu badan dah.Ada juga aku pakai lipstik tu di bibir tapi aku merasa rimas dan tak senang nak makan atau minum.Lagipun aku tak kerja tak perlulah sangta nak guna.Tetapi mesti ada yang pertikaikan pakai mekap nak tonjol pada suami, tetapi bagi aku hati yang suci ikhlas sudah menaikkan seri di wajah.Lagipun hubby aku tak gemar aku bermekap.

Lagipun kulit kita akan bebas bernafas dengan aman tanpa sekatan bahan2 yang tak seperlunya.Apapun bergantung pada masing2.Aku hanya memberi pendapatku bukan untuk mengikutku.Cuma aku ingin kongsi apa yang terbaik.Aku tidak mahu menyatakan secara jelas data2 atau bahan2 kimia secara terperinci kerana aku tidak ingin menakutkan pengguna yang sudah setia mengguna sesuatu produk.Aku dulu begitu teruja semasa remaja; turut terpengaruh dengan produk seprti pencuci muka dan krim muka.Aku pernah meggunakan produk LOREAL, OIL OF OLAY,PONDS,SAFI dan lain2 tetapi sebenarnya banyak bahan yang digunakan dicampur dengan bahan2 kimia.Kini aku dah stop mengguna sebarang bahan pencuci muka.Aku kembali ke alam semulajadi.Alhamdulillah aku lebih selesa kerana aku duduk di rumah dan bahan2 tersebut selalu aku gunakan untuk memasak seharian.Save budget..

Apa pendapat anda?
Baca Selanjutnya