Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Isnin, 17 Ogos 2009

Hapy belated bday to me

Untuk muslimin dan muslimah, coretan ini bukan semata2 tentang hari kelahiran tapi intipati dari itu.Bacalah sampai habis baru kita faham.Ia ringkas tetapi penuh makna pada diriku...

Selasa lepas aku dah genap umur 31 tahun pada 11 Ogos.Oh bila masuk angka 30an rasa diri ni dah nak jadi tua dah.He3.Tapi maintain g rasaa muda sentiasa.

Tak sempat nak tulis entry pada hari kelahiranku minggu lalu lantaran kesibukan diriku.Anak2 masa tu asyik demam selesema je.Dah le musim H1N1 melanda begitu hebat sekarang, tu yang membuatkan aku lupa pada hari kelahiran aku.Bukan lupa tapi tak sempat nak buat apa2.Malam nak masuk 11hb hubby wish aku selamat hari jadi.Terima kasih,walaupun tiada hadiah(kerana hubby aku tak ikut timing nak bagi adiah), ucapan itu sudah cukup.Tapi malam tu juga kami kuar makan malam kat kedai makan dekat rumah kami.Ala konon2 sambut bday aku la.He3.Tak de kek hari jadi cuma makan bihun sup ala siam dan anak2 makan kentang goreng je.Ok la tu dari tak de apa2.

Malam tu juga dapat hadiah special dari seorang lelaki.Ops hanya yang kawin aje faham.He3.Bukan nak blue minded tapi layanan dari seorang suami dan balasan kasih-sayang dari seorang isteri itu juga merupakan satu hadiah yang tak ternilai di sisi manusia dan para malaikat juga berdoa kepada suami isteri sepanjang malam tersebut dan Allah juga menjanjikan pahala yang berlipat ganda kepada suami isteri pada malam tersebut.

Hakikatnya, hadiah berupa fizikal bukanlah tanda yang hakiki selamanya walaupun itu amat digalakkan dalam mempamerkan rasa cinta seorang suami kepada isteri mahupun sebaliknya.Tetapi hadiah yang aku kira tiada tolok bandingnya bila hubby menyedarkan aku dari lamunan.Bukan lamunan mimpi tapi lamunan realiti tentang kehidupan manusia dalam perhubungan antara Allah.Hubby kata ringkas, cuba ayang buat 100 hari atau memang kalau boleh setiap hari Solat sunat Dhuha.Semoga Allah buka pintu rezeki kepada ayang dan juga kita semua.Semoga dilapangkan dada dan diberi ketenangan yang aman damai.Terkesima juga aku.Dulu aku pernah buat tapi bila acap kali ditinggalkan ia semakin dilupakan dan terus lupa.

Kini, Alhamdulillah, aku mula merendahkan diri kepada Allah s.w.t dan aku makin mendekatkan diri dengan kalam Allah.Bukan aku lupa sebelum ini tapi aku tidak istiqamah.Aku insan biasa.Subhanallah,Walhamdulillah,Wallahuakbar.

Pesanan untuk diriku dan sesiapa saja

12 comments:

kabuto on Isnin, Ogos 17, 2009 11:35:00 PTG berkata...

aii..hepi besday to you..smoga diberikan kesihatan yg baik untuk sekeluarga..xsbr nak kawin..hehe

Aliza on Selasa, Ogos 18, 2009 9:16:00 PG berkata...

Ada yg mengingati besday kita tu pun dah kira hepi dah...pasal celebrate tu citer kedua...dah 31 tahun kita yee...heheh

LeezaNM on Selasa, Ogos 18, 2009 12:20:00 PTG berkata...

mas...lee-za pun jarang dapat hadiah b-day ni...tp tak kisah sgt lah...itu bukan perkara paling penting pun...tp kasih suami sepanjang masa tu lagi penting kan...tak dapat apa2 pun tak pe janji u sayang i..hahaha...tu lee-za la...anyway mas...hepi b-day tu u...semoga dipjgkan umur dan d murahkan rezeki...

maslemon on Jumaat, Ogos 21, 2009 7:00:00 PTG berkata...

slm hasrull...

Alhamdulillah masih panjang lagi umur akak di dunia ni.Apalagi cepat2 la kawin ek kakau dah cukup syarat dan cukup material dan akal yang waras.Kawin awal2 dijauhkan dari segala maksiat...

maslemon on Jumaat, Ogos 21, 2009 7:01:00 PTG berkata...

wlsm aliza...

walaupun dah 31 tahun tapi masih cun dan awet muda.he3

maslemon on Jumaat, Ogos 21, 2009 7:03:00 PTG berkata...

wslm kak leeza...

x per makin kita berusia fikiran pun makin matang.tapi kadang2 nak gak adiah.he3.tapi slalu adiah dapat masa bukan date bday.he3.apapun alhamdulillah masih ada yang sayang pada kita ek iaitu suami kita dan anak2 kita sendiri.Itulah hadiah paling tak ternilai senbenarnya...

Sinarworld on Jumaat, September 04, 2009 11:58:00 PTG berkata...

Oii kabuto..
ang ada hati kat mas lemon ka? hahaha
ang cari la kabuto betina jadi pasangan ang... huahuahua

maslemon on Selasa, September 08, 2009 10:17:00 PG berkata...

salam sinarworld..

I dah jadi mak budak laa..he3

kabuto on Selasa, September 08, 2009 8:24:00 PTG berkata...

apa la sinarworld..amek pengalaman je dr akak maslemon..hehehe.

maslemon on Rabu, September 09, 2009 8:14:00 PG berkata...

kabuto lum ada yg special ke?

Unknown on Khamis, September 10, 2009 10:54:00 PTG berkata...

hepi belated besday...

**sorry sgt2 lambat wish kat akak...**

maslemon on Rabu, September 16, 2009 9:42:00 PTG berkata...

terima kasih izah..tak per lagipun memang izah x tau kan besday akak bila...

Catat Ulasan

ok la tuuu..