Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Tak puasa berenang dalam air liur basi



Bila tiba bulan Ramadhan, teringat la masa kecik2 dulu...


Baru nak belajar puasa masa sekolah rendah lagi.Masa darjah 1 & 2 aku tak puasa g, tengok abang2 dan kakak2 puasa je.Time tu 2 orang adik aku kecik g diorang memang la tak puasa.Selalu aku kena kuarantin(macamkuarantin H1N1) masa waktu berbuka.Takleh campur ngan orang berbuka.Kena dok luar dari kawasan dapur.Hu3.Dulu masa aku sekolah rendah aku dok di kuarters JKR so rumah kami ngan umah jiran2 bercantum la.Time buka puasa aku keluar rumah jap main kat depan laman rumah.Tapi adik2 aku yang kecik 2 plak ble joint diaorang makan!Jeles tol...

Mau tak jeles, orang lain makan sedap2,minum air cendol aku makan mana yang lebih je.Sisa2 je.Sedih tol.Tapi itu menjadikan aku berkobar2 nak puasa.Ala masa budak2 pikir sronok nak makan je la, so nak puasa sebab nak dapat makan yang sedap2.Lagipun dulu selalu dimomokkan kalo tak puasa tak boleh raya, tak dapat duit raya, takde baju raya dan kasut raya.Dan juga tak de tas tangan yang comel2 tuk isi duit raya.He3.Sampai gitu sekali. Tapi yang membuatkan aku lagi takut kalo tak puasa ialah bila kawan2 sebaya aku kata kalo tak puasa nanti di akhirat berenang dalam air liur basi. Yakk! Yang ni lagi aku tak sanggup...masa tu imagine gambaran yang cukup menakutkan bila berenang dalam lautan air liur yang eee busuk...dari mana hukum kawan2 aku dapat fatwa ni aku pun tak tau.He3.


Bila darjah tiga aku mula berpuasa penuh satu hari.hari pertama memang mencabar kekuatan fizikal aku.Bukan apa aku ni dulu jenis tak kuat makan.Time sahur memang tak selera.Dah le mata pejam masa makan, nasi memang aku takleh telan pagi2 yang sejuknya mencucuk tulang-temulangaku.Gagah juga la aku telan nasi yang tak sampai pun setengah senduk je.Minum air je yang banyak.Lepas tu terus sambung tido.Syoknye tido...


Time sekolah aku maintain dan tak ler rasa lapar.Ye la budak2 nak main aje, rasa lapar ilang la.Masa tu ada juga kawan2 yang tak puasa.Tiap2 ari cikgu kelas aku yang nama Cikgu Zaharah(oh cikguku di mana kau berada sekarang?) tanya sape yang puasa ari tu.Pakat2 angkat tangan yang puasa.Cikgu cakap sapa yang puasa cikgu bagi duit raya.Yahoo!seronok la aku.Tapi hari pertama memang letih.Nak2 plak bila masuk waktu asar.Tahap kelembikan aku sudah mencapai tahap maksima sampai aku tak leh bangun, dok mengerekok atas kerusi je sebab tak larat sangat.Ayah aku kata tahan2 nanti nak masuk waktu dah.He3.Time berbuka apa lagi, abis segelas air cendol yang lemak2 tu aku minum.Tambah segelas lagi sampai nasi pun aku tolak tepi.tapi mak marah suruh makan nasi juga.So telan la nasi sampai perut pun dah rasa macam nak meletop.Bila dah terlampau kenyang(sebab minum air banyak), mula la aku rasa badan berat semacam je.He3 solat magrib memang terlepas.Jahilnya aku dulu!


Nak masuk isya', kawan2 aku panggil pegi musalla solat isya' dan tarawikh.Part ni yang seronok juga ni.Ada citer juga...He3

7 comments:

Kabuto on Sabtu, Ogos 22, 2009 12:00:00 PTG berkata...

skrg ni dah jadi mak budak..so kena puasa le..haha.byk kan kenangan ms kecik2 dulu....

maslemon on Isnin, Ogos 24, 2009 6:27:00 PG berkata...

em dah jadi mak budak kena byak sabar la lebih2 g di bulan puasa ni...

husni on Khamis, Ogos 27, 2009 9:26:00 PTG berkata...

hahaha..zaman kanak2 memang penuh dengan peristiwa manis2 belaka..walaupun kadang2 pahit tetapi bila dikenang kembali boleh tersenyum sendiri....

maslemon on Jumaat, Ogos 28, 2009 8:10:00 PG berkata...

memang whose..zamam knk2 byk sungguh cerite..yg sedih,gembira,lucu sume ada

CoOkiE MoNSter on Isnin, September 07, 2009 8:31:00 PG berkata...

dulu zaman kecik2 mmg mencabar nak poser. lg2 bile tgok adik2 dulu minum air sirap , makan nasik goreng dpan kite. hadehh...

maslemon on Selasa, September 08, 2009 10:19:00 PG berkata...

ye laa cookie monster..
memang mencabar tapi alhamdulillah, saya puasa penuh masa mula2 belajar puasa dulu.cekgu bagi duit raye g...he3

1234 on Rabu, Ogos 07, 2019 1:40:00 PTG berkata...

帰宅された方もいらっしゃいましたが、再調査をした人はいなかったようですね~。 会長代行より3ヶ月に1回の東京地区での合同を依頼されましたので、今後とも是非、宜しくお願い致します。また、台北風俗主務をされたい方がいらっしゃいましたら、気軽にご連絡頂ければと思います。 それでは参加者の紹介です。今回は総勢30名の参加でした。にさ~ん180氏 鶯谷をこよなく愛する鶯谷事務所長(自称)。今回も2日前から東京に入り、単身調査を行うなど、鶯谷事務所長として恥じない活躍をしておりました。当会のまとめ役として、今回もその力を発揮していました!来年も3ヶ月に1回 鶯谷に出没するでしょう!SeeD氏 カムバック賞。古い大物会員ですが、

Catat Ulasan

ok la tuuu..