Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Sabtu, 18 Julai 2009

Monosodium Glutamate(MSG)

Surirumah di Jepun berabad-abad lamanya menggunakan sejenis bahan tradisi yang diperolehi dari rumpai laut dalam masakan mereka.MSG secara tradisinya diperolehi dari rumpai laut yang diekstrak menjadi sebatian kristal berwarna putih.MSG sebenarnya tidak menambahkan sebarang perisa kepada makanan tetapi hanya mengubah rasa makanan tersebut.

Hari ini, MSG dihasilkan tidak lagi menggunakan rumpai laut,sebaliknya kanji sebagai bahan asas melalui proses penapaian yang canggih.Di Malaysia kanji ubi kayu digunakan sebagai bahan asas.

Serbuk putih yang disebut sebagai MSG merupakan garam natrium bagi asid glutamik dan ia mengandungi asid L-glutamik dan D-glutamik.Ia dihasilkan melalui proses penapaian yang menggunakan bahan kimia untuk membebaskan asid glutamik daripada protein.

MSG menimbulkan pelbagai gejala kesihatan. Antaranya ialah 'Chinese Restaurant Syndrome' di mana mangsanya berasa kebas dan mengalami degupan jantung kencang.Sebab itulah ia tidak disarankan kepada kanak-kanak.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa pengambilan MSG boleh menyebabkan kerosakan otak bayi.

Antara nama-nama lain yang digunakan oleh pengeluar bagi menggantikan nama MSG ialah:
1.Protein yang dihidrolis
2.Sodium caseinate atau calcium caseinate
3.Pati ragi
4.Protein bertekstur
5.Asid glutamik

Bahan-bahan berikut juga mungkin mengandungi MSG:
1.Perisa ayam atau lembu
2.Stok
3.Penambah perisa atau perisa asli
4.Malt barli, ekstrak malt dan perisa malt
5.Protein wei, wei yang diasingkan dan pati protein wei
6.Perencah atau rempah ratus
7.Protein soya, soya yang diasingkan dan pati protein soya
8.Kicap atau ekstrak soya

Kini,hampir semua makanan yang diproses(yang ditinkan,dibekukan atau dikeringkan) mengandungi sekurang-kurangnya satu atau lebih ramuan yang mengandungi MSG.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai MSG di dalam buku yang tercatit di bawah.Banyak yang terselindung di sebalik sesuatu yang kita tidak ketahui selama ini.

Sumber:Buku Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang(Halal Haram)2006


9 comments:

Aliza on Sabtu, Julai 18, 2009 10:10:00 PTG berkata...

eee..takut kalo tgkkan kesannya..ajinomoto ni memang penyedap makanan..masa aku makan sup perut kat kedai aku tgk dlm 1 mangkuk kecil tuk sorang maka tu, tuan kedai masukkan 1 sudu kecik penuh MSG, terkejut aku tgk. so tak jadik la aku makan..lain kali kalo teringin nak makan, akuckp awl2 tak nak MSG. tp dalam sup tu dah sahih di masukkan doh..tu yg aku kure gemar make kat kedai..tak selamat..kalau tak guna MSG, masakan tak kan sedap..

Irtiyah on Sabtu, Julai 18, 2009 11:46:00 PTG berkata...

salam

sejak kawin, saya tidak masukkan MSG direct dalam masakan. tapi, yang indirect sebab dah ada dalam perencah tertentu tu yg susah.

maslemon on Ahad, Julai 19, 2009 10:16:00 PG berkata...

Saya dulu on of guna pak aji ni.Tapi sekarang saya dah stop guna.Ye memang susah nak elak dari tergunakannya sbb dlm ramuan bahan2 masakan yang kita guna pun dah dicampur pak aji ni.Susah nak elak cuma betul lah kata irtiyah saya dah stop guna direct ke dlm masakan.Tapi bila buat kenduri kat rumah jiran2 tanya mana pak aji?

mohd hasrul yahaya on Khamis, Julai 23, 2009 8:39:00 PTG berkata...

cakap le pak aji g masjid..haha.pakai yg asli udah le.skrg kan ada byk produk buatan muslim..perencah hilal contohnya..mana2 mart skrg dah byk yg jual pengganti pak aji ni.nak xnak jer..

maslemon on Sabtu, Julai 25, 2009 8:32:00 PG berkata...

slm...

oh kena cari ni hilal ni..terima kasih!

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak pasti tentang kebaikan Hilal kerana ada juga kandungan mono sodium glutamat (MSG) tu..tapi itu produk muslim, lebih meyakinkan kot..Cuba la tanya pembuat perencah hilal, adakah kandungannya selamat?

busu on Sabtu, Januari 25, 2014 2:02:00 PTG berkata...

saya pun pakai hilal, siap jual lagi..menurut pengusahanya ada guna tapi yg dibenarkan, kuantitinya sikit je 1/10 drpd paket kecil pak aji...utk naikkan bau saja...dia lebih kpd bawang...

Tanpa Nama berkata...

dripada guna aji, baik guna hilal, tp kalau mampu x guna dua-dua lagi baik :)

Unknown on Sabtu, Julai 25, 2020 8:57:00 PTG berkata...

Ye betoooo...makan kt kedai mmg byk msg letak utk bg sedap..kdg pas makan rase pening

Catat Ulasan

ok la tuuu..