Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Jumaat, 17 Julai 2009

Bila sakit gigi

Bila terbaca cerita pasal gigi dalam blog kenalanku aku teringat la satu kisah yang dah lama berlaku dulu. Masa tu aku masih lagi student di IPTA. Masa cuti semester aku balik kampung dan di situ la bermulanya kisah yang menyanyat hati.

Nak dijadikan cerita la, gigi geraham yang ujung sekali tu memang dah tenat sebenarnya.Cuma aku buat dek je, cuma bila kesakitan tu menyerang barulah aku jadi tak keruan.Sakitnya seperti sakit nak beranak lah, sampai tak boleh duduk diam dan aku jadi hangin semacam!Rasa kepala ni berdenyut2 macam nak pecah je dan tak boleh dengar bunyi bising2.Sampai begitu sekali eh!

Satu malam aku rasa tahap kesabaran aku makin kurang dan tak boleh ditahan2 lagi.Dengan menahan kesakitan aku ajak la abangku pergi ke klinik gigi di pekan dekat rumah aku.

Masuk je bilik doktor gigi, aku tengok bilik dia cukup sempoi dan agak uzur je.Ada seorang pembantu di dalam bilik tu.Cek dan cek doktor gigi tu kata gigi aku kena cabut sebab dah kronik.Ah..tak kisah lah kena cabut pun asal sakit aku ni hilang.

Maka bermula la prosedurnya.Dari mula menganga mulut sehinggalah disumbat bermacam alat2.Aku pulak jenis tak tahan kalu mulut aku ni disumbat macam2 alatan yang berbau semacam tu.Mulalah nak loya.Nak termuntah beb!

Gusi aku dibius.Mujur la tak sakit.Tapi bila bau peralatan yang dah dicelup ubat tu mula menusuk hidungku aku rasa nak termuntah sangat dah.Dan memang dah disediakan tempat untuk meludah di tepi.Aku pun pusing la badan kerana memang nak termuntah sungguh dah ni.Dalam saat aku pusingkan badan membelakangi doktor dan pembantunya, tak pasal2 aku terlepas bom!Amboi punyalah kuat bom tu berbunyi!Aku tak sengaja...bukan aku nak balas dendam pada doktor tu tapi ia terjadi dengan spontan.

Tapi akau tengok doktor dan pembantu tu buat dek je walaupun bom aku tu cukup kuat dan menggegarkan.He3.Aku tahan malu je.Dan doktor pun teruskan kerja dia hingga selesai..

Pada pandanganku, doktor gigi ni dah biasa kot.Kalau bau mulut orang yang nganga depan dia dah jadi macam bau minyak wangi apalagi bau 'bom' yang sekadar angin lalu je...betul tak?


4 comments:

Aliza on Jumaat, Julai 17, 2009 11:47:00 PG berkata...

kah3..lawak ar citer hang...aku dah lama tak sakit gigi. last masa kat secondry school dl..mmg sakit giler, so sejak ari tu, aku dah mula jaga kesihatan gigi aku...sekarang ni, ada gak geraham yg patut di tampal..tampalan dl dah tercabut..asyik postpone jer nak jumpa dentist...ni dah pregnant, tak bleh nak buat apa dah..

Irtiyah on Jumaat, Julai 17, 2009 3:01:00 PTG berkata...

hahaha... dah takdir nak terkentut, nak wat cam mana kan? hehe

lady-D on Jumaat, Julai 17, 2009 4:39:00 PTG berkata...

hahaha.lawak2..mmg mencemar duli..

maslemon on Sabtu, Julai 18, 2009 1:04:00 PTG berkata...

dah tak sengaja kan nak wat camner

Catat Ulasan

ok la tuuu..