Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Sabtu, 4 Julai 2009

Manja-manjakan dirimu...

Bagi surirumah tangga yang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti di rumah ada baiknya memanjakan diri sendiri dengan bahan2 alami atau semulajadi tanpa menghabiskan wang membeli barangan atau produk yang tersedia ada di kedai. Ini sebagai satu lagi penjimatan dan juga kemanfaatan kepada kesihatan tubuh badan.

Salah satu daripadanya, bahan pencuci muka dan badan.Umum menggunakan bahan2 atau produk2 yang ada tersedia dijual di kedai2 dengan alasan cepat dan tidak remeh.Tahukah anda sebahagian besar ramuan yang terkandung dalam produk yang kita gunakan adalah bahan2 kimia yang ternyata bahaya dan boleh meracuni tubuh badan kita dan boleh mengundang kepada penyakit2 yang berbahaya terutama kanser.Tentulah kita menyatakan yang kita sudah lama menggunakannya dan tak memberi kesan yang merbahaya pun selama kita menggunakannya.Para pengeluar atau pencipta prouduk tentu memberi jaminan yang barangan mereka adalah selamat dan asli tanpa bahan kimi tetapi sedarkah kita di sebalik pembuatannya sedikit sebanyak mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan pewangi? Bahan2 tersebut adalah bahan2 kimia kerana waima sekalipun dibubuh bahan asli ia tidak akan tahan lama dan memerlukan pengawet dan bahan penstabil.

Ok di sini aku berikan sedikit cara yang menjimatkan dan alami.Aku bukan berkata sahaja tetapi aku mula mengamalkannya sedikit demi sedikit kerana aku mula menyedari akan kesan2 bahan kimia yang terdapat dalam prouduk kecantikan.

Pertama-Bila kita hendak mencuci muka, kita tidak perlu mencucinya selalu dengan bahan kecantikan yang sedia ada.Terutama para ibu2 yang tidak bekerja kerana mereka kurang terdedah kepada pencemaran alam sekitar berbanding para ibu yang bekerja di luar.Apa yang aku amalkan sekarang, bila aku terasa muka aku berminyak aku hanya menggosokkannya dengan belimbing buluh yang sudah masak ranum yang mana isinya sudah lembik2 sikit.Bagi mereka yang tak ada belimbing bulu, gosok sedikit dengan jus asam limau yang dibancuh dengan tepung beras. Mudahkan?

Kedua-Bila aku hendak menyental daki2 yang ada di tubuh, aku hanya mengambil lebihan hampas kelapa yang aku gunakan untuk memasak gulai atau kuah lemak.Hampas kelapa aku sental di seluruh tubuh dan juga muka.Hasilnya kulit lembut dan licin semulajadi.Tak payah pakai losyen dah lepas tu.Aku turut amalkan kepada anak gadisku.Dia pun suka.Bagus tak?

Ketiga-Sekali sekala nak tegangkan kulit muka, ambil lebihan putih telur(telur ni kan selalu kita guna di dapur) sapu kat muka rata2.Kalau ada madu asli lagi bagus.Campurkan degan putih telur dan sapulah di muka.Biarkan seketika dan cuci dengan air suam dan diikuti dengan air biasa/sejuk. Amalkanlah selalu Insya Allah kulit tegang dan berseri2.

Keempat-Aku ni bukan tak pernah beli lipstik, beli juga tetapi aku beli dan tak guna sangat pun. Sepanjang umur hidupku aku beli sekali je lipstik.Senang je nak bagi bibir kemerah-merahan semulajadi sapulah madu lebah asli di bibir selalu.Tengoklah nanti perubahannya.Kalau tak ada yang asli, cuba guna madu yang dijual kat kedai.

Sebenarnya semasa aku remaja aku tak terlepas dari menggunakan produk kecantikan yang sedia ada di pasaran.Tapi aku tak pernah membeli produk mekap macam eyeliner ke, maskara, eye shadow ke dan yang seangkatan dengannya.Seperti yang aku kata aku pernah beli sekali je lipstik itupun semasa aku nak bohong sunat kepada anak gadisku yang ketika itu berumur 2 tahun, kerana nak lepaskan susu badan.Aku guna untuk sapu di bahagian 'tetek' nak bagi tipu kat dia yang dia dah tak boleh hisap susu badan dah.Ada juga aku pakai lipstik tu di bibir tapi aku merasa rimas dan tak senang nak makan atau minum.Lagipun aku tak kerja tak perlulah sangta nak guna.Tetapi mesti ada yang pertikaikan pakai mekap nak tonjol pada suami, tetapi bagi aku hati yang suci ikhlas sudah menaikkan seri di wajah.Lagipun hubby aku tak gemar aku bermekap.

Lagipun kulit kita akan bebas bernafas dengan aman tanpa sekatan bahan2 yang tak seperlunya.Apapun bergantung pada masing2.Aku hanya memberi pendapatku bukan untuk mengikutku.Cuma aku ingin kongsi apa yang terbaik.Aku tidak mahu menyatakan secara jelas data2 atau bahan2 kimia secara terperinci kerana aku tidak ingin menakutkan pengguna yang sudah setia mengguna sesuatu produk.Aku dulu begitu teruja semasa remaja; turut terpengaruh dengan produk seprti pencuci muka dan krim muka.Aku pernah meggunakan produk LOREAL, OIL OF OLAY,PONDS,SAFI dan lain2 tetapi sebenarnya banyak bahan yang digunakan dicampur dengan bahan2 kimia.Kini aku dah stop mengguna sebarang bahan pencuci muka.Aku kembali ke alam semulajadi.Alhamdulillah aku lebih selesa kerana aku duduk di rumah dan bahan2 tersebut selalu aku gunakan untuk memasak seharian.Save budget..

Apa pendapat anda?

4 comments:

Aliza on Ahad, Julai 05, 2009 10:58:00 PG berkata...

aku setuju 100% dgn pendapat ko mas..byk kebaikan nya menggunakan bhn asli drp produk yg mengandung bhn2 yg memudaratkan..Aku pun dah mula guna bhn2 asli ni.. lebih selamat dan tak memudaratkan. kaum wanita sekarang terutama para remaja begitu taksub utk menjadi cantik dlm masa yg singkat, pdhl produk yg menjanjikan kesan yg begitu cpt, misalnya kulit jadi lebih cerah dalam masa 5 hari, ishhh itu lebih membahayakan sebenarnya.. Kita sebagai pengguna harus bijak memilih produk yg selamat dan tak bahaya. teliti dulu kandungan bahan produk tersebut. dan pastikan ianya selamat.. Kita kan selalu dgr dlm berita yg ada sesetengah produk yg didapati mengandungi bhn yg bahaya dan boleh mendatangkan kanser.. sape yg nak bertanggungjwb? diri sendiri yg menanggung kesannya.
anyway thanks mas di atas petua2 yg sudi dikongsi..Aku harap kaum wanita yg lain pun mula menyedari ttg kebaikan penggunaan bahan asli. Orang skrg reti nak cepat jer, terus pakai produk yg di jual dipasaran tanpa ambik peduli kesannya..
Kita jg jgn lupa yg sesetangah produk tu mengandungi bahan yg haram. lagi bahaya. Oleh itu jadila pengguna yg bijak. Jgn di sbbkan kesibukan seharian menjadikan kita lalai dlm menitikberatkan benda2 cam gini...

maslemon on Ahad, Julai 05, 2009 12:02:00 PTG berkata...

sebab tu aku mula beralih pelan2 kpd bahan2 semulajadi.Tp mcm sabun mandi tetap ada la kat bilik i kot2 tetamu dtg nak mandi haru juga tak de sabun ek?apapun kt cuba amalkan selalu la ye.X rugi pun kan?kalu aku nyatakan bahaya bahan2 kimia dlm blog ni mu stuju x aliza?

Aliza on Ahad, Julai 05, 2009 2:12:00 PTG berkata...

setuju...leh kongsi ngan sesape yg tak tahu...

Tanpa Nama berkata...

Btl2 bhn smula jd lbh elk dr yg djual d pasaran.buktinya sy tlh mlakukn facial utk parut jrwt.duit hbs kesan tak nampak.pkai kulit kyu manis blh krgkn parut d wajah.

Catat Ulasan

ok la tuuu..