Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Memaparkan catatan dengan label APA APA AJERRR LAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APA APA AJERRR LAH. Papar semua catatan

Ahad, 19 September 2010

kata nak sekejap je...

cenggini la aku bila berdepan dgn benda 4 segi ni..mula la ketagih gila babas.kata nak sekejap je tapi dah beberapa jam x stop2 g.mula la tugasan lain diabaikan.perempuan ke2(untuk lebih memahami perihal perempuan ke2 sila ke blog nasi-kerabu) pun dah bangun dah tapi aku masih lagi terkebil2 sampai tak terkebil2 menebalkan diri di depan benda 4 segi ni.Aku rasa kalau dia buley bercakap mau saja dia jerit kat aku stop picit2 badan dia...tapi aku tak punya kuasa untuk menghentikannya kerana inilah saat aku rasa aku nak beramah mesra dgn benda 4 segi ni..tgn aku makin digaruk2(entah aku pun x fhm apa itu garuk)nak menekan2 je badan 4 segi ni...waima aku pun x tau apa benda yg nak ditekan2(hahaha adakah aku sudah mereng?oh tidak...jiwaku terasa nak memberontak je...eh mcm x betul je ayat aku ni...).si tikus pun dh pening dah.aku bw ke kiri dia lari ke kanan,aku bw ke atas dia lari ke bwh.Aku rasa hayatnya pun dah x berapa panjang dah,kena tukar si tikus baru dah ni..Arggh usus besar pulah memberontak!!!Terpaksalah stop jap..x bule kena tutup terus benda 4 segi ni,kasi dia rest jap.Lagipun si buah hatiku a.k.a 'singer menawan keluarga bahagia' pun nak aku belai juga.Yang tu x leh tinggal nanti merajuk..dialah pembantu aku yang setia siang dan malam membantu aku meraih rezeki...argghhh nak ke bank simpanan sepanjang hayat....chow dulu!
Baca Selanjutnya

sudah setahun rasanya...

Assalamualaikum w.b.t...



Aku rasa sudah setahun dah aku tak post any entry kat blog aku...nape ek?hanya aku saja yg tau..he3.Bila dah lama x menulis rasa macam x tau apa nak citer.Nak buat macam mana dah kebetulan aku ada new job yang memang memerlukan kefokusan dan ketelitian dalam menyiapkan hasil kerja aku.Lagipun masa tu komputer ada satu je.Nak kena berebut dgn hubby la,anak2 la, so last skali aku undur diri lah,bagi diaorang layan komputer puas2 dan aku fokus pada job aku tanpa rasa diganggu gugat.Lagipun kalau aku mengadap komputer,aku dah tak layan dah benda lain.Samapaikan anak aku cukup bosan melihat aku terlampau fokus pada komputer.Bila diaorang bosan,diaorang mulalah membangkitkan emosi yang entah apa2.Padahal diaorang jeles nak main games.Tapi sekarang,komputer dah ada dua; 1 hubby punya dan 1 g aku lah yang punya(pinjam la..he3).Hemm rase privacy sket bila dah ada sorang 1 komputer ni.Jadi time pagi,lepas hubby n Atiq pergi sekolah, time nilah aku layan komputer.My doter pagi2 masih lagi tido,walaupun dia slalu bangun awal tengok abang dia pegi sekolah,tapi lepas tu dia tido balik.

Lagipun pagi2 ni,suasana masih lagi tenteram,jiran2 pun bz ngan tugasan rumah diaorang..tapi inipun disebabkan jiran sebelah aku yang havoc dulu(ada entry jiran ni dlm label kisah jiran2) dah pindah,so x de lagi suara bising2 dia berpok-pek pok-pek macam radio yang kdg2 entah apa2 yang dia bualkan.Peace no war dah sekarang..aku x lagi menjadi sasaran mulut lasernya...he3.

Suasana hari raya masih lagi terasa..aku puasa ganti arini.Hubby puasa sunat.dia puasa kemarin g.Atiq pun puasa sunat juga.Alhamdulillah,walaupun dia baru 5 tahun, puasa tahun ni dia full 30 hari.Memang kuat semangat dia.Semoga dia berupaya puasa lagi pada masa akan dtg.Amin...

Job aku masih lagi berterusan wpun raya dah berlalu banyak hari dah.Almaklumlah dah jadi tailor yg blm profesional ni, tempahan masih lagi on wpun lepas raya.Alhamdulillah rezeki dr Allah Taala...

InsyaAllah, jumpa lagi di lain ari n waktu..SELAMAT HARI RAYA,MAAF DIPINTA
Baca Selanjutnya

Khamis, 10 September 2009

Biskut lagi...



He3..entah apa2 la aku ni...gambar yang tak berkaitan pun nak dimasukkan.Kesian si teddy bear tu terpaksa jadi undercover pada aku. Nak buat camne,nak amik gambar ni cukup susah, dah aku tak ada kamera digital.Sungguh aku ketinggalan zaman.Bukan tak suka kamera, tapi tiap kali plan nak beli slalu tak jadi.Ada saja benda yang lebih penting untuk dibeli.Maka terpaksala menggunakan webcam laptop ni untuk amik gambar.Naseb baik ada gak webcam di laptop ni kalu tak susah le nak bergambar.Patung bear ni tolong cover la tangan2 aku kat belakang yang sedang memegang pinggan biskut dan menekan punat2 keyboard tu.He3..
Gambar bear je yang besar dari gmbr biskut.He3.Apa yang penting, biskut butter berperisa oren+mangga siap untuk hidangan di hari lebaran.Adios!
Baca Selanjutnya

Ahad, 16 Ogos 2009

Ramadhan atau Syawal?

Masih lagi tengah panaskan mood...

Sambil2 tu belek2 majalah SDK(Seri Dewi & keluarga) keluaran Ogos.Tema pulak persediaan ramadhan & syawal. Oh! nak hampir dah ke bulan ramadhan al-mubarak.Senario biasa bila nak masuk bulan puasa ni ialah muncullah segala macam iklan2 sempena ramadhan dan syawal.Tapi yang lagi hangat tentulah iklan yang berkaitan syawal@raya...

Perabot
Jualan murah sempena nak raya sebenarnya dah mula.Jualan murah ni bukanlah merujuk kepada julan murah di shopping kompleks semata2 tapi juga merangkumi seluruh jualan murah yang kadang2 tak de kaitan sangat dengan syawal.Masakan belum je ramadhan bermula, penuh iklan2 dalam surat khabar dan juga apa saja bahan bercetak tentang jualan murah perabot2 rumah.Dari sofa ruang tamu,kerusi meja makan sampailah katil pun nak diturunkan harga sebegitu mendadak potongannya dengan tawaran yang cukup memukau dan boleh plak dibayar ansuran yang dikatakan mudah(padahal tak semudah yang disangka pon).

Kalau nak dikira sangatlah kalau perabot yang dah sedia ada masih lagi elok rupa parasnya tak perlulah ditukar baru waima sekalipun potongan harga yang ditawarkan memang cukup membuatkan nafsu membeli melonjak ke tahap impak maksima.Kalau dibeli juga nak letak katne la perabot lama tu.Kalau rumah besar boleh la juga ditolak ke sana ke mari perabot tapi kalau rumah cukup2 je bergesel punggong je apa la faedahnya.Kalau didermakan perabot lama tu ke rumah orang yang x berkemampuan membeli perabot ada juga pahalanya, tapi tu lah nak derma sayang plak perabot lama tu plak nostalgia masa mula2 kawin dulu.He3.

Tapi kalau yang belum ada perabot lain la plak ceritanya bolehlah menunggu masa potongan ni dengan membeli perabot2 baru; nak2 plak yang baru kawin tentu lah nak merasa duduk rumah sendiri(walaupun rumah sewa je)dan dihiasi plak dengan perabot yang serba baru semua.

Kain baju
Itu cerita pasal perabot.Kalau pasal kain baju raya toksah citer la.Sebulan dan mungkin lebih awal dari tu lagi, pakat berduyun-duyun para mak-mak ke kedai kain nak cari kain pasang nak buat baju raye.Ikut tema tiap tahun kaler ape;merah,biru,kuning,hijau,kelabu asap atau kalau bule nak kaler pelangi.Sume nak sedondon anak beranak suami isteri barulah lah syok dan meriahnya raya.Ada plak fesyen macam2, kerawang meng'awan',pesak sana-sini,kebarung(kebaya+kurung ),kebatat(kebaya ketat),sulam sana-sini dan macam2 pesen lagilah.Tak larat nak mengetuk keyboard.

Kalau tak dapat beli cash kain raya,utang pun jadi la.Tak dapat utang ngan kawan@jiran2 yg mengambil kesempatan menjual kain, dengan mamat Pakistan yang dok jual ngan motor pon jadi la janji tahun ni melaram dengan baju baru.Pakat beli awal tu bukan apa takut tak sempat nak antar kat tukang jahit je, ye lah kalau tukang jahit tu sorang dia je mana la nak menang tangan nak jahit baju2 yang menimbun tu.Masa ni la rezeki tukang jahit memang murah sampaikan nak jahit baju raya untuk diri sendiri pun tak sempat sebab sibuk dok siapkan tempahan pelannggan.Sampaikan malam raya pun masih lagi terbongkok menjahit...

Kuih raya@biskut raya@juadah raya
Bab ni pun syok untuk diperkatakan.Musim macam ni la,para pembuat biskut raya berebut2 dok promosi jualan biskut raya.Macam2 ada, dari nama tempatan sampailah nama oversea pon ada.Tak caya?Tu biskut almond London, tak ke nama oversea?Tu tak kira kueh raya tempatan lagi.Kueh bangkit, kueh tak bangkit, baulu jangan baumu@bauku, batang buruk, batang baru, samperit asal tak merempit dan bermacam2 lagilah nama yang dah komersial atau yang baru dicipta.Dan para mak2 juga la yang sibuk buat biskut itu,biskut ini pada malam2 hari.Yelah nak buat masa siang2 ari tak de le peluang nak merasa kecuali time bulan mengambang aje.Sibuk la suruh anak2 bantu buat itu ini.Sampai suami pun jadi kuli tukang beli barang atau tukang atur biskut masuk dalam balang.Bagi para suami yang memang kaki dapur tak de masalah tapi kalau yang memang payah nak ke dapur(kecuali time dijemput makan)toksah dok paksa2 nanti puasa ke mana,loyang acuan biskut ke mana, dok masam muka merajuk suami tak mau bantu.He3.

Tu x masuk lagi juadah di pagi raya.Lemang,rendang,ketupat nasi,ketupat pulut,lontong,soto,ayam masak merah,nasi beriani,kurma daging,laksa,soto,lontong dan macam2 g hidangan penuh meja. Yang jadi kepala meja biasanya kek yang dihiasi cantik x kisah lah kek coklat ke,ke span ke atau kek apa2 laj yang dibuat sendiri atau dibuat di kedai.Masa ni la nak hentam semua menu sampai kenyang tak boleh bangkit dan bernafas!Seronoknya bab makan...

Duit Raya
He3 part ni yang paling sonok terutama kanak2(tapi kalau orang dewasa pun dapat lagi la sonok).La ni tak main dah kupang2 atau sen2 tapi la ni sume nak yg berkaler2.Paling kurang kaler biru.Kalu bule nak yg hijau dan merah sume.Dulu zaman aku dapat seposen pun dah kira syok sgt2.Nak2 plak dapat Kumpul2 dapat le rm5 hinggit.Wah banyak tu bagi zaman aku.Zaman sekarang cukup mewah.Anak2 dapat kumpul beratus2 duit raya.Oh jelesnya!Tapi tu la zaman kian berubah nilai mata wang pun makin tinggi.Tak boleh salahkan anak2 sekarang.Cuma bagi yang termampu sedia la duit lebih dengan niat bersedekah.Lagipun lebih mudah bagi duit kertas kalau nak dibandingkan duit syiling.Nak usung duit syiling leceh arr berat nak banding duit kertas.Oh! bila teringat zaman kanak2 dulu memang bes ramai2 g rumah ke rumah nak kumpul duit raya.Tuan umah jemput makan minum pakat2 kata kenyang dah.Snrnya tak sbr nak tunggu tuan umah hulur duit raya.He3.Niat..niat..

Bunga Api@mercun
Dulu tiap2 malam bila mulanya puasa dam-dam dum bunyi mercun sana-sini.Sapai bergegar rumah kalo bunyi tu kuat sangat.Masa ni la nak rasa feel suasana perang macam kat Iraq dan Palestin.Takut pun ada suka pun ada.Esoknya masuk berita ada yang buta, kudung jari tangan, kaki dan kalau nasib malang mati pun ada.Aku dulu main yang biasa2 je.Bunga api macam batang lidi tu je.Tu pun seronok tak terkira!

Begini la senario bila nak mula puasa tapi yang lebih teruja dok pikir pasal raya.Bukan aku nak mengata pada sesiapa hatta kepada penjual perabot,penjual kain baju,kueh mueh raya atau tukang jahit sekalipun.Tak salahkan mereka, kerana mereka sebenarnya memenuhi permintaan dan kegunaan pengguna atau pelanggan.Semakin banyak permintaan maka bertambahlah penawaran.Itu hukum ekonomi.Tapi hukum Allah puasa adalah wajib bagi yang berdaya.

Dan aku juga bukanlah seorang yang warak untuk memberi nasihat sebab aku pun teruja juga bila time nak raya.Seronok semacam aje cuma tahap keseronokan itu mula berbeza seiring dengan usia.Semakin meningkat usia dan bila sudah menjadi isteri dan punya anak2, tahap kematangan semakin tinggi.Berpuasa lebih untuk mencari keredhaan antara diriku dan Allah manakala hari raya merupakan hari yang penuh keindahan dan kebahagiaan.Aku juga tak berpikir sangat pasal 'turn' mana nak balik kampung.Ikut kata suami, selagi suami masih hormatkan keluarga aku, aku tak kisah sangat kalau tahun ini aku tak balik beraya di kampungku.Lagipun tak ada keberkatan puasa dan hilang keindahan hari raya bila aku mula berkira2 nak balik ke kampung aku dan tak pasal2 boleh bermasam muka plak.Lagipun cuti raya tak lama, tak padan nak balik.Tambang feri lagi, pastu nak kena bawa keta g.Habis masa perjalanan di atas jalan raya je.Hari raya atas jalan raya je..

Apapun Selamat Berpuasa kepada semua bloggers.Semoga kita mendapat keampunan dan keberkatan di bulan Ramadhan yg akan tiba x lm lagi.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadahan!


Baca Selanjutnya

Sabtu, 1 Ogos 2009

Saja nak bebel...

Lamanya aku tak post di blog ni.Seminggu juga lah blog aku tak de ape2 entri.Jari2 rasa tak tau nak ketuk2 apa2 perkataan pun.Bukan mati idea tapi tak tau nak mula ngan apa.Lagipun mood pun tak berapa nak ada sekarang.Bulan nak mengambang kot?He3.Blog2 kwn2 yg lain pun dah lama aku tak jenguk cuma kalo yg aku dh link kan tu ada la summary kat tepi tu.Tapi tu pun aku tak sempat2 gak nak bukak blog org lain.Nak buat guano,perkongsian syer lap top ni hanya 10% le kot di pihak aku.Time nak guna memang tak banyak dah empunyer lap top pun nak guna banyak.Tak kisah la janji ujung2 minggu adalah time aku yg guna.

Tapi yg buat aku geram, line internet di kawasan umah aku ni x berapa kuat.Kdg2 dok tengah syok mengepost, tiba2 line tak dok!Alaaa tensennyerrr...Patut la hubby aku slalu bawak laptop ni kat tempat keje dia dah line sana ok aje.Inilah salah satu kelemahan broadband.Pilih kasih sungguh!

Nanti lah bila mood mula mendatang laju la nanti jari-jemari mengetuk2 keyboard ni.Apa orang kata amik mood dulu.Wacha!


Baca Selanjutnya

Selasa, 21 Julai 2009

Untuk suami-isteri ajerrr

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

---------
MORAL: Jika lelaki mahu berpoligami, eloklah belajar bahasa Inggeris sebab banyak yang 'plural' akan ditempuhi.. Hehe


Saat indah awal perkahwinan....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.....!



Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....


Korang baca dari bawah keatas pulak.....Huhuhu


Baca Selanjutnya

Ahad, 19 Julai 2009

Selipar

Satu hari di waktu pagi dekat2 nak tengah hari,abang dan adik bermain basikal di halaman rumah.Berkatalah si abang;

Abang:Ummi, selipar abang putus dah..(sambil menunjukkan seliparnya yang putus)
Ummi :Oh!Putus dah..tak pe nanti suruh abah beli yang baru.
Abang:(Sambil tersenyum dengan gigi rongaknya)Yey..abah beli baru!

Si adik dari tadi melihat dengan wajah seribu bahasa;

Adik :Ummi adik pun nak selipa baru gak..
Ummi :Tapi selipar adik tak putus pun.Elok g.Tak yah beli baru la.
Adik :Adik nak jugak.Selipar adik buruk
Ummi :Em..(sambil beredar ke dapur meneruskan kerja)

Petang itu juga si abah membeli selipar baru abang yang comel kaler merah dengan gambar mickey mouse.Harga rm2.50 je.

Abang:Abang dah ada selipar baru.(Terus berlari bermain di luar)
Adik :Adik nak selipar miki gak..
Abah :Tak pe nanti abah beli bila dah putus

Kesian adik jeles tengok selipar baru abang.Petang itu juga, jiran buat jamuan makan2.Bes dapat makan free!.Si abang seronok dengan selipar baru tapi si adik berwajah kelat.Adik pun berkata sambil didengar oleh jiran2;

Adik:Ummi adik nak slipa miki
Ummi:Alaah nanti abah beli la.Kalau rosak..
Adik:Nanti adik amik gunting!(bermakna nak gunting seliparnya supaya rosak dan cepat dapat ganti baru)
Jiran2:Amboi pandainya!nak amik gunting selipar..
Ummi:Hissh budak ni..

Lalu aku teringat la masa aku kecik2 dulu.Aku ada abang yang tua setahun dariku.Jarak umur yang tak jauh sangat menyebabkan kami agak close masa kecik2 dulu.Main pun sama2.Kalau selipar abang aku putus dulu,aku tak de lah nak amik gunting nak bagi putus gak tapi aku gunakan selipar tu selasak-lasaknya nak bagi cepat putus.Heheheheh.Bijak tak?Rupa-rupanya anakku 'menurun' perangai aku juga tapi lagi teruk idea dia nak amik gunting.Kehkehkeh.Budak-budak...



Baca Selanjutnya

Isnin, 13 Julai 2009

Buli

Aku tertarik dengan artikel oleh Aliza yang berkenaan kes buli pelajar sekolah. He3 aku dulu pernah jadi mangsa buli masa aku dalam darjah 1 lagi.Tapi pada zaman (80an) tersebut perkataan buli bukanlah satu perkataan yang glamor pada zaman tersebut malahan kes buli pada zaman tersebut tidaklah seteruk pada zaman sekarang.


Kes buli pada zaman aku dulu tidaklah sampai mendera fizikal seseorang tapi lebih kepada tekanan perasaan la..

Aku pernah di pow oleh rakan sekelas atas sebab yang tidak munasabah.Satu hari ketika dalam kelas aku terjumpa sebungkus pulut pagi dalam laci mejaku.Tapi aku tak tahu siapa yang punya.So, aku biarkan je lah dan tak pedulikannya.Esoknya, aku tengok pulut pagi tu dah hilang!Tapi aku biasa -biasa je lah dah memang aku tak ambilnya.

Tiba2 rakan sekelasku mengaku yang pulut pagi itu dia yang punya dan menuduh aku makan, tapi aku nafikannya dan demi Allah aku tak makan pun atau ambilnya.Rentetan dari itu, rakan sekelas aku menyuruh aku menggantikannya dengan nilai harga pulut pagi itu.Harga 20sen dan belanja sekolah aku ketika zaman tersebut hanya 20sen.Tidak mahu memanjangkan masalah aku bayarlah harga pulut tersebut.

Aku ingatkan habis setakat itu je, tapi esoknya dia meminta lagi 20sen dari aku.Dan aku takut lalu bagi lah 20sen lagi.Esok pun dia minta lagi dan aku tanpa berfikir panjang terus report kepada abangku yang berada di darjah 5.Abangku siap bawa geng dia dan marah pada rakan sekelas aku tu dan report pada guru besar.Tapi tindakan x diambil sangat memandangkan kami baru darjah 1.

Tapi sekarang, lain cara bulinya.Lebih teruk dari pow mengepow.Budak-budak sekarang semakin berani dan aku juga risau kerana masa akan datang bagaimana agaknya situasi pada zaman tersebut bila anak-anak aku berada di zaman persekolahan nanti.Minta2 dijauhkan dari segala keburukan, Insya Allah.
Baca Selanjutnya

Sabtu, 11 Julai 2009

Duit vs basikal pink

Di suatu petang yang semakin senja, di dalam kereta sewaktu pulang ke rumah selepas bertandang ke rumah kawan hubby...

Topik semasa: Duit..

Hubby : Duit nak kering dah ni...cukup tuk makan minggu ni je...
Isteri : .........(senyap)
Hubby : Abah(pak mertua si isteri) pun tengah kering juga ni.Nak siapkan projek hotel tu pun
sangkut sket.Duit hasil kutipan tandas(tandas awam yang dikendalikan abah) pun x
jalan gak sebab tengah renovate.
Hubby : Bla...bla..bla...pok-pek....pok-pek...
Isteri :.........(masih lagi senyap)
Hubby :.........(juga senyap)

Tiba-tiba si anak perempuan yang berumur 2 tahun 5 bulan mencelah...

Anak : Abah! Adik nak basikal kale(warna) pink!
Hubby: Ooo basikal kale pink! Adik suruh tok wan(Abah hubby) beli lah...
Anak : Abah lah beli! Tok wan tak dok duit!

Kah!kah!kah! Kami semua tergelak. Amboi kanak-kanak pun faham pasal duit...Alhamdulillah.Tapi permintaan tetap permintaan.Basikal tetap basikal. Permintaan harus ditunaikan. Dan sudah tercapai! Aku dulu mana ada basikal secantik itu..kaler pink lak tu...
Baca Selanjutnya

Jumaat, 10 Julai 2009

Tukar template baru plak

Salam pagi jumaat yang mulia...

Aku dah tukar template baru, sesuai la sket ngan aku punya heading tu, MasLemon Blog.Ok la walaupun nak gambar lemon dapat gambar oren.He3.Tapi tetap nampak fresh n ceria kan?X le gelap semacam je..walaupun aku suka gak yang bacground kaler itam tapi tak kena plak ngan ala-ala lemon yang segar ni kan?

Moga lebih ceria lagi blog ni dengan apa apa ajerrr citer.. sukanya tengok buah limau yang segar dan nampak masam2 manis tu..he he he.



Baca Selanjutnya