Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Memaparkan catatan dengan label SEKADAR PERINGATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEKADAR PERINGATAN. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Julai 2009

Ayat Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..


Baca Selanjutnya

Nasihat kepada diri sendiri dan org lain

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?

Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".




Baca Selanjutnya

Khamis, 23 Julai 2009

Apa ada dalam minyak wangi?

Salam semua...

Pada kesempatan yang sedikit ini ingin aku kongsi bersama satu info yang mungkin dah lama tapi tetap akan baru selama-lamanya.Semoga para blogger yang gemar menggunakan minyak wangi terutama yang jenama oversea agar berhati-hati kerana kesahihan pembuatannya.Maklumat ini aku baca dalam sebuah buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.Diharap blogger dapat memberi komen terhadap info ini.

Selalunya iklan minyak wangi memberi gambaran yang baik tentang produk mereka.Kata2 seperti 'sedikit minyak wangi pada badan,membuatkan anda merasa segar sepanjang hari', sering menggamit pengguna untuk membelinya.

Kira2 85% drpd isi kandungan minyak wangi adlah alkohol.Bhn2 pewangi dilarutkan di dlm alkohol dan apabila didedahkan ke udara akan meruap dgn mudah.Itulah sebabnya apabila minyak wangi digosok pada kulit ia akn menjadi kering dan baunya meruap di udara untuk menghasilkan keharuman terutama pd badan dan persekitaran.

Apa yg dipersoalkan bukan sekadar kandungan alkohol,tetapi kegunaan lemak babi untuk memproses bau daripada bunga.

Di dlm proses yg disebut enfleurage,campuran lemak babi dan minyak akan disapu ke atas plat-plat kaca di dlm rak kayu yg dipanggil 'chasis'.Bunga2 yg dikehendaki ditaburkan di atasnya.Rak2 tersebut ditutup rapat dan dibiarkan selama 24 jam supaya bau bunga akn larut di dlm lemak atau minyak itu.

Selepas 24jam bunga2 itu dikeluarkan dan digantikan dengan bunga2 yg baru.Proses itu diulang berkali2 sehingga lemak atau minyak itu akn berlumuran dgn bau bunga tersebut.

Lemak yang penuh dgn bau wangian dicampur pula dgn alkohol supaya pengekstrakan berada pd tahap maksimum dan ini diikuti dgn proses penyejukan dan penyejatan di mana satu larutan alkohol yg berbau wangi diperolehi.Larutan ini dibiarkan pekat,iaitu satu proses di mana alkohol akan meruap dan hasil yang tinggal ialah minyak wangi yang diperlukan.

Di dalam proses menyediakan minyak wangi,bahan2 penting yang digunakan ialah bunga, lemak atau minyak dan alkohol.

Bagi umat Islam,apa yg dikhuatiri ialah jika lemak atau minyak yang digunakan itu diperolehi daripada sumber babi.

Di dalam proses enfleurage, penggunaan lemak babi adalah yang paling baik.Lemak babi tersebut dihilangkan baunya sebelum diguna dan semasa pengekstrakan bau wangi bunga dengan alkohol, lemak babi mungkin akan larut sedikit di dlm alkohol,dan kehadirannya adalah nyata pd minyak wangi yg diperolehi.Sedikit,tetap HARAM.

Dalam mengadun sesuatu minyak wangi,beberapa jenis bauan digabungkan untuk menjadi satu bauan yg unik.


Kejutan di kilang minyak wangi

"Dahulu saya sangat gemar memakai minyak wangi hingga membuat koleksi hampir semua jenis perfume termasuk buatan luar negara.

"Pada suatu ketika, saya bersama suami telah membuat lawatan ke Eropah dan berkesempatan melawat sebuah kilang yg menghasilkan minyak wangi.

"Di dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam2 jenama minyak wangi ditunjukkan kepada kami, malah dijual dengan harga kilang yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

"Pada satu peringkat pengeluaran, kami dibawa ke tempat di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yang merupakan proses akhir sebelum dicampurkan ke dalam minyak tadi.

"Saya sempat bertanya kepada seorang pekerja di situ apakah bendalir putih itu dan apakah kegunaannya?Dengan selamba beliau menjawab, "Oooh! Itu lemak babi dan ia menjadikan bau minyak wangi lebih tahan lama."

"Saya begitu terkejut mendengar jawapan yang diberikannya itu lalu bertanya lagi, "Maksud awak, lemak babi dicampurkan ke dalam semua minyak wangi?" Pekerja itu mengiyakannya sambil berkata jika tidak, baunya tidak tahan lama."

(Laporan daripada seorang wanita Malaysia yang melawat sebuah kilang minyak wangi di Perancis)

P/s- aku tak kemaruk nak guna minyak wangi.dulu ada gak beli yg jns roll bukan yg sembur2.tapi aku kdg2 pening bila bau wangi sgt.dok pakai bedak baby je skang..

Baca Selanjutnya

Rabu, 22 Julai 2009

Avde Kokhavim U Mazzalot

Pagi semalam dengar radio ikim, ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"
contoh lerr ...Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA
KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA
ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni


Baca Selanjutnya

Selasa, 21 Julai 2009

Yang baik dijadikan amalan...

Marilah kita hayati amalan2 di bawah:

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...



'barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya'


Baca Selanjutnya

Sabtu, 18 Julai 2009

Monosodium Glutamate(MSG)

Surirumah di Jepun berabad-abad lamanya menggunakan sejenis bahan tradisi yang diperolehi dari rumpai laut dalam masakan mereka.MSG secara tradisinya diperolehi dari rumpai laut yang diekstrak menjadi sebatian kristal berwarna putih.MSG sebenarnya tidak menambahkan sebarang perisa kepada makanan tetapi hanya mengubah rasa makanan tersebut.

Hari ini, MSG dihasilkan tidak lagi menggunakan rumpai laut,sebaliknya kanji sebagai bahan asas melalui proses penapaian yang canggih.Di Malaysia kanji ubi kayu digunakan sebagai bahan asas.

Serbuk putih yang disebut sebagai MSG merupakan garam natrium bagi asid glutamik dan ia mengandungi asid L-glutamik dan D-glutamik.Ia dihasilkan melalui proses penapaian yang menggunakan bahan kimia untuk membebaskan asid glutamik daripada protein.

MSG menimbulkan pelbagai gejala kesihatan. Antaranya ialah 'Chinese Restaurant Syndrome' di mana mangsanya berasa kebas dan mengalami degupan jantung kencang.Sebab itulah ia tidak disarankan kepada kanak-kanak.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa pengambilan MSG boleh menyebabkan kerosakan otak bayi.

Antara nama-nama lain yang digunakan oleh pengeluar bagi menggantikan nama MSG ialah:
1.Protein yang dihidrolis
2.Sodium caseinate atau calcium caseinate
3.Pati ragi
4.Protein bertekstur
5.Asid glutamik

Bahan-bahan berikut juga mungkin mengandungi MSG:
1.Perisa ayam atau lembu
2.Stok
3.Penambah perisa atau perisa asli
4.Malt barli, ekstrak malt dan perisa malt
5.Protein wei, wei yang diasingkan dan pati protein wei
6.Perencah atau rempah ratus
7.Protein soya, soya yang diasingkan dan pati protein soya
8.Kicap atau ekstrak soya

Kini,hampir semua makanan yang diproses(yang ditinkan,dibekukan atau dikeringkan) mengandungi sekurang-kurangnya satu atau lebih ramuan yang mengandungi MSG.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai MSG di dalam buku yang tercatit di bawah.Banyak yang terselindung di sebalik sesuatu yang kita tidak ketahui selama ini.

Sumber:Buku Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang(Halal Haram)2006


Baca Selanjutnya

Ahad, 12 Julai 2009

Keitimewaan Bulan Rejab

Bulan Rejab

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Petikan: al-islam wikidot
Baca Selanjutnya

Sabtu, 4 Julai 2009

Selera Anaconda

Maklumat ini sebenarnya dah lama, tapi aku ingin kongsi dengan bloggers yang mungkin belum pernah terbaca dan melihatnya.Ada gambar yang cukup menyedihkan dan mengerikan tapi aku tak nak paparkan di sini.Blogger boleh terus link di darulnuman

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.

Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.

Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.














































Baca Selanjutnya

Khamis, 28 Mei 2009

Nilai tudung wanita

Petikan ini ku coy paste dari sebuah laman web penjualan buku.Semoga memberi peringatan kepada kaum wanita di luar sana...



Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Baca Selanjutnya

Ahad, 24 Mei 2009

Cuba faham-fahamkan...







aku tak nak komen apa2 sebab korang boleh komen apa2 aje mengenai katun ni
Baca Selanjutnya

Isnin, 18 Mei 2009

GURU OH GURU

Salam kalam di tengah malam yang dingin...

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Guru. Guru Pembina Bangsa Negara. Tepat sekali rasanya tema tersebut pada tahun ini memandangkan tugas guru bukan sahaja memberi ilmu tetapi juga...

mendidik anak bangsa menjadi lebih bermaruah dan bertamadun. Memang diakui tugas guru sekarang lebih berat dengan amanah yang terpikul di bahu, dengan bebanan tugas yang semakin bertambah bukan sahaja di dalam kelas malah di luar kelas. Kehidupan seorang guru tidak terhenti setakat leceng penamat waktu pembelajaran tetapi terus aktif selepas waktu sekolah.

Rutin seorang guru bukan sekadar memberi ilmu tetapi turut menjalankan aktiviti sosial bersama pelajar di luar kelas seperti aktiviti kokurikulum dan sebagainya.Disebabkan itulah guru dianggap sebagai pembina bangsa negara.Tanpa guru siapalah kita sebenarnya.Memang berat tugas seorang guru.Semasa di sekolah merekalah ibu dan bapa kita. Semasa kita sakit pun guru juga bertindak sebagai doktor kecemasan. Malahan kepada guru juga kita meluahkan masalah. Guru juga sebgai kawan tetapi guru bukan sebagai lawan. Tidak akan berkat ilmu seorang pelajar jika melawan guru. Malahan kata-kata guru juga sebagai doa sebenarnya selepas doa mak dan ayah kita. Ingin aku kongsi mengenai cerita guru dalam KISAHKU. Sorotilah nanti..
Baca Selanjutnya

Ahad, 10 Mei 2009

IBU, UMMI, MA, MAMA, MEK, MAK, MOM....

10 MEI 2009, AHAD, 2.44P.M WAKTU MALAYSIA


Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku,

Bila kuberduka engkau hiburkan selalu,

Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku...


Rasanya umum mengetahui bait-bait lagu di atas. Tak kira apapun panggilan kepada insan tersebut, maksudnya tetap sama dan tak akan berubah walau perjalanan waktu sentiasa bertukar. Peranan seorang ibu memang sangat besar tak terbanding dengan seluas lautan atau setinggi gunung. Ibulah yang mengandung, melahirkan, menjaga dan membesarkan seorang anak.Walaupun kehadiran seorang anak tidak akan ada tanpa kehadiran seorang ayah namun peranan seorang ibu tidak dapat disangkal lagi.


Dari tertanamnya benih di dalam rahim seorang ibu, proses persenyawaan terus berlaku sehingga membentuk satu jasad yang diberi nyawa dan roh oleh Ruhul Kudus iaitu Allah yang Agung. Dari permulaan itu, seorang ibu dengan penuh rasa gembira bercampur perasaan yang kadangkala cemas dan gelisah menanti saat-saat kelahiran yang belum tentu hidup atau mati, sempurna atau tidak kelahiran itu sehingga tidur pun kadangkala tidak selena tidur sang suami. Apalagi bila tiba trimester ketiga, ketika bayi mula menendang perut si ibu; saat itulah si ibu mengaduh kecil walaupun dalam hati sebenarnya amat menunggu-nunggu saat tendangan itu kerana itu bermakna ada jasad yang bernyawa di dalam perutnya.


Sehingga saat hendak melahirkan, perasaan yang bercampur-baur itu semakin mendebarkan jantung.Saat itu dirasakan nyawa bagai di hujung tanduk, kesakitan yang tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata atau digambarkan dengan perbandingan si pelakon di layar tv, tetapi bila keluarnya seorang bayi, kesakitan itu bagai hilang dibawa angin. Rasa kepuasan kerana berjaya melahirkan seorang insan ke dunia ini. Namun perjuangan masih belum selesai rupa-rupanya...di saat bayi mula membuka matanya itu, bermulalah perjuangan yang sebenar-benarnya. Dari sebesar tapak tangan, ibu berikan air susu(kalau yang minum susu formula tentu merasakan kelainan sedikit), perasaan kasih sayang itu mula terjalin secara biologinya. Kadangkala tidur malam si ibu terganggu dek rengekan kecil si anak. Mungkin inginkan susu ataupun belaian dakapan manja seorang ibu. Pada masa inilah kasih seorang ibu tidak terbelah bagi; sanggup korbankan masa rehatnya, tidurnya hatta masa makannya semata-mata memenuhi kehendak seorang anak. begitu besar nilainya pengorbanan seorang ibu semasa menjaga si anak kecil. Tangisan si anak kecil seumpama lagu bagi si ibu...


Sehingga kini aku merasakan segala jerit payah ibuku membesarkan anak tiada bandingannya dengan aku yang masih lagi mencari erti kasih seorang ibu kerana aku merasakan aku bukanlah ibu yang terbaik namun aku tetap berusaha memberi yang terbaik buat anak-anakku. Walaupun aku begitu teruja melihat perkembangan anak-anakku di depan mataku sendiri tetapi aku tidak dapat lari dari tekanan emosi dalam diri ini yang kadangkala terbit dari diriku sendiri atau luaran persekitaran diriku. Melampiaskan kemarahan kepada anak-anakku akhirnya menimbulkan rasa bersalah yang amat sangat. Tapi bak kata pepatah; sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Apapun berpada-padalah asal tidak melampaui batas kemanusiaan. Pesanan untuk diriku sendiri juga.Wassalam


SELAMAT HARI IBU...
Baca Selanjutnya