Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Memaparkan catatan dengan label KISAHKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAHKU. Papar semua catatan

Isnin, 12 September 2011

selamat ari raya...2011

Assalamualaikum dan selamat ari raya sume..

Dasat betol la mak budaks ni...raya dah nak masuk pertengahan bulan br nk ucap2 selamat raye. Nak buat gano..da baru dapat new doter bulan Jun lepas so x dan la nk berblogger cam biasa.X pe lah asal dpt gak jenguk jap blog yg semakin sunyi sepi ni.Sawang pun dah penuh agaknye.Dasat sungguhkan?.Baby girl Nur Imani pun dah 3 bulan dah.Lahir 7 Jun tepat jam 12.55 a.m. Tgh mlm tu..Hilang abis rasa sakit bila menatap wajah si comel.Terima kasih tak terhingga pada para doktor,nurse,staff,n rakan se-wad yg cukup baik dan always memberi semangat untukku lahirkan baby ni.And of course pd suami tercinta yang berada di sisi ketika proses meneran saat2 baby ku nak keluar last minute..last minute suami dibenarkan masuk..hadoii dia punye law kat sepital langkawi memang gitu kot.kalu masa 1st baby dulu aku delivered kat Aloq Staq,dari mula dimasukkan le labor room, suami dah boley masuk.Sampaikan suamiku ttido sebelah katilku lantaran lama menunggu baby nak kuar.Tapi x pe lah,janji suamiku dapat masuk.Cuma masa 2nd born je,suamiku x dok di sisi sebab aku besalin d Kelate,survive sowang2 ler dlm labor room.Patut le ank ke2 aku dia more berdikari sket,may be dia terpengaruh dgn smgt aku yg luarbiasa sket masa melahirkan dia.Apapun Allah yg lebih Utama.TanpaNya siapalah aku sebagai hamba yg kerdil di sisiNya.Dengan 3 cahayamata sekarang,hidup ini lebih up side down la, tapi amat bes dan teruja.Aku more to be struggle to fulfill all our lifetime as a happy family.Nak berbagi kasih sayang antara 3 ank bukan mudah.Tabik spring la pada ibu2 yg punya ank ramai yg dpt berbagi kasih sayang walaupun kdg2 tengok yg ank ramai agak messy sket.Biasa la tu kan..kan..kan..


.....................................................>Inilah rupa baby 3rd..Nur Imani bt Mohd Munir


nota: Gambo sengaja di 'bleach' kan nak bagi nmpk klasik sket...






















3 beradik tengah berposing ala2 model..dari kiri Nur Amni(4yr),NurImani(3 bln),Muhammad Atiq(6yr).

Soalan:Agak2 nak beranak lagi tak?He3..Kalau Allah izinkan lagi,why not!
nota lagi: sebenarnya byk nk citer citer masa dok dlm wad aritu tp dh basi mls nk buat entry.he3.so lipat segala memory dlm kepala otak..
Sampai jumpa lagi...
Baca Selanjutnya

Selasa, 24 Mei 2011

Menunggu hari aje...



Assalamualaikum...


Masih lagi menunggu detik2 yang mendebarkan dlm hidup.Menanti kelahiran anak ke3 umpama bom jangka; apa taknya inilah pengalaman pertama aku bakal melahirkan anak jauh daripada keluarga.Sebelum ni,anak yang sulung aku bersalin di kampung umah mertua, yang kedua di kampung halamanku tapi yang ini jauh di Pulau Lagenda.Entah apa semangat aku untuk tidak bersama keluarga kali ini, tapi alasannya anak sulungku dah masuk prasekolah,susah la kalu aku tinggalkan kepada abahnya.Biasalah anak2 nak juga dok bertempek dengan uminya walaupun uminya tengah sakit berpantang.Kedua nak dok ngan famili mertua,arwah mak mertua dah pun dijemput Ilahi.Walaupun dah dapat mak mertua baru,rasanya x sama dengan mak mertua lama lagipun malas nak menyusahkan dia pulak.Rumahku sendiri di kampung,lagi tak boleh sebab ma n ayah bakal ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.Malas nak susahkan kakak2 pulak.Jadi keputusan muktamad,bersalin aje la di sini,di rumah sewa kami.Lagipun nak memudahkan proses itu ini. Sementelahan pula aku ni suspek diabetes semasa mengandung,memang menjadi pemantauan nurse n doktor.



Barang2 persiapan nak ke hospital dah siap semua.Tunggu nak angkut aje...gambar di atas tu lerr persiapan aku nak ke hospital nanti.He3 gambar x memuaskan dah amik pun dengan webcam laptop ni.Opps lupa taruk flush air panas sebab nak tunggu sakit2 dulu baru lerr nak taruk air pnas dlm bakul tu..


Harap2 lerr semua berjalan lncar dan mudah.semoga Allah memudahkan segala urusan.Amin..






Baca Selanjutnya

Khamis, 19 Mei 2011

Mungkinkah kembali semula?

Asslamualaikum dan slm sejahtera...

Agak2 8 bln aku x buat aper2 kat blog ni,semenjak aku menceburi bidang baru yang memang memberi aku kepuasan dan pulangan.Pulangan wang yang x seberapa tp cukup membuat hatiku puas.Bidang jahitan telah membawa aku ke dunia baru dan semenjak itu aku tidak lagi menoleh ke belakang lagi.Sebab itu pertanyaan mungkinkan kembali semula? ke dunia blog ini akan terjadi kembali?

Jawapan:InsyaAllah kembali semula tapi x serancak dahulu ler..kenapa?

Jawapan:Aku sedang menanti kehadiran insan baru yang akan muncul ke dunia bila2 masa sahaja...nak delivered new baby dah x lm lagi.minggu ini,minggu depan or bln depan.Ikut tarikh due 5hb Jun 2011, tapi kalau awal dlm masa terdekat ni ler.Tapi kenapa x leh serancak dulu lg nk berblogger?

Jawapan:Ye la sibuk dengan new baby mestilah kena fokus kpd baby.Makin bz lerr rutin harian.Tambahan pula dah ada hero n heroin yg makin membesar ni lagi le rancak kehidupan aku.Dan ada jawapan lagi..

Jawapan:Aku dah ada kerjaya sampingan di rumah sebagai tukang jahit.Nak tempah baju n langsir?Boleh...

Apapun aku tetap akan berblogger sehingga akhir hayatku..InsyaAllah..

Jumpa lagi...
Baca Selanjutnya

Sabtu, 24 Oktober 2009

I'm back!!!!


Slm...lama juga aku tak post apa2 entry..masa amat terhad sekarang, maklum la dah jd student balik.Bukan masuk U pun tapi just belajar menjadi seorang yang halus dan menghalusi lagi fokus memfokus dan teliti lagi menteliti, mengukur lagi mengukuri, potong dan cantum...alaaa belajar seni jahitan la apa lagi..

Banyak betul yg nk kena buat,macam2 la...cakap la apa aja, Insya Allah aku boleh buat.Tapi kepakaran belum lagi aku kuasai masih byk lg yg perlu aku kuasai.Wish me the best of luck!

p/s-gmbr di atas sekadar hiasan sahaja, tidak ada kene mengena dengan citer di atas.Gambar anak2 aku le tu...



Baca Selanjutnya

Isnin, 17 Ogos 2009

Hapy belated bday to me

Untuk muslimin dan muslimah, coretan ini bukan semata2 tentang hari kelahiran tapi intipati dari itu.Bacalah sampai habis baru kita faham.Ia ringkas tetapi penuh makna pada diriku...

Selasa lepas aku dah genap umur 31 tahun pada 11 Ogos.Oh bila masuk angka 30an rasa diri ni dah nak jadi tua dah.He3.Tapi maintain g rasaa muda sentiasa.

Tak sempat nak tulis entry pada hari kelahiranku minggu lalu lantaran kesibukan diriku.Anak2 masa tu asyik demam selesema je.Dah le musim H1N1 melanda begitu hebat sekarang, tu yang membuatkan aku lupa pada hari kelahiran aku.Bukan lupa tapi tak sempat nak buat apa2.Malam nak masuk 11hb hubby wish aku selamat hari jadi.Terima kasih,walaupun tiada hadiah(kerana hubby aku tak ikut timing nak bagi adiah), ucapan itu sudah cukup.Tapi malam tu juga kami kuar makan malam kat kedai makan dekat rumah kami.Ala konon2 sambut bday aku la.He3.Tak de kek hari jadi cuma makan bihun sup ala siam dan anak2 makan kentang goreng je.Ok la tu dari tak de apa2.

Malam tu juga dapat hadiah special dari seorang lelaki.Ops hanya yang kawin aje faham.He3.Bukan nak blue minded tapi layanan dari seorang suami dan balasan kasih-sayang dari seorang isteri itu juga merupakan satu hadiah yang tak ternilai di sisi manusia dan para malaikat juga berdoa kepada suami isteri sepanjang malam tersebut dan Allah juga menjanjikan pahala yang berlipat ganda kepada suami isteri pada malam tersebut.

Hakikatnya, hadiah berupa fizikal bukanlah tanda yang hakiki selamanya walaupun itu amat digalakkan dalam mempamerkan rasa cinta seorang suami kepada isteri mahupun sebaliknya.Tetapi hadiah yang aku kira tiada tolok bandingnya bila hubby menyedarkan aku dari lamunan.Bukan lamunan mimpi tapi lamunan realiti tentang kehidupan manusia dalam perhubungan antara Allah.Hubby kata ringkas, cuba ayang buat 100 hari atau memang kalau boleh setiap hari Solat sunat Dhuha.Semoga Allah buka pintu rezeki kepada ayang dan juga kita semua.Semoga dilapangkan dada dan diberi ketenangan yang aman damai.Terkesima juga aku.Dulu aku pernah buat tapi bila acap kali ditinggalkan ia semakin dilupakan dan terus lupa.

Kini, Alhamdulillah, aku mula merendahkan diri kepada Allah s.w.t dan aku makin mendekatkan diri dengan kalam Allah.Bukan aku lupa sebelum ini tapi aku tidak istiqamah.Aku insan biasa.Subhanallah,Walhamdulillah,Wallahuakbar.

Pesanan untuk diriku dan sesiapa saja
Baca Selanjutnya

Sabtu, 25 Julai 2009

Aku ditinggalkan...

Salam...

Jam 3.33 petang,cuaca mendung tapi agak berkuap.Tanda2 nak ujan.

Aku keseorangan di teratak ini.Ditinggalkan keseorangan.Sepi.Tapi indah.Bukan aku merajuk atau marah, tapi aku juga inginkan ruang untuk bersendiri setelah agak letih melakukan kerja rumah.Bukan aku membentak inginkan kebebasan atau nak bergoyang kaki(nak goyang camner sofa pun tak de.yg ada cm meja n krusi untuk mkn-tupun time nk mkn je gn-alhamdulillah), tapi ada masa otak dan badan ini inginkan kesunyian dan kedamaian.Bukan juga aku mengatakan ada anak2 dan suami jadi rumah ini gegak gempita tapi bohonglah kalau aku tak inginkan satu privacy untuk aku sendiri.

Bila keseorangan cenggini, inilah time untuk aku gunakan lap top 'keramat' hubby aku ni.Keramat?Hihihi bukan keramat apa pun tapi susoh bebeno nk gunakannya, time ujung minggu gini le aku leh tekan2 apa yg patut kat lap top ni.Ari lain?Kalau dan aku menyelit guna, kalao tak dan, tak dan lah.Huhuhuhu.

Mood pun tak dok nak g jln2 keluar sebenarnya.Tu yang malas nk ngikut depa keluar.Malas nak tukar baju dan malas nak bermalas-malasan.Betul ke ni perkataan aku guna?Ah! memang tak betul pun.Sejak berblogger ayat aku ikut suka aku aje.Rosak sungguh bahasa Melayu.Tapi kalo aku guna yang betul sangat, jemu gak orang baca ek?Tu dah jadi blog bahasa Melayu la plak kan?

Biarlah aku keseorangan lagi.Biarlah hubby plak melayan kerenah anak2 aku yang kdg2 terover pandai drpd aku.Biarlah kali ini mereka menunjukkan rupa paras mereka yang sebenarnya pada hubby.Selama ni dlm seminggu, hanya ujung minggu cenggini lah hubby ada di rumah.Hari lain?Toksah harap...hubby bz sesangat.Tapi bila ngan hubby anak2 aku jd baik.Bukan ngan aku tak baik tapi ngada2 tu lebih sket la.

Oh panasnya hari ni.Cuaca mendung je tapi 'berkuap'.Nak ujan le tu kot.Awan sedang mengumpul wap2 air dan bila awan penuh, maka awan pun menurunkan hujan.Secara saintifik macam tu la.Tapi semua kuasa Allah s.w.t.

Sunyi dan sepi bila tiada sesiapapun di rumah ini.Dapat bernafas lebih panjang kerana peti suara ditutup.Tak de benda nak ditegur kepada anak2.Kalau depa ada, peti suara sentiasa terbuka.Nafas selalu pendek2.

Tapi pemergian mereka tak lama.Sebentar lagi pulanglah...Selamat kembali wahai kekanda dan putera-puteriku.Ummi rindu...hehehe



Baca Selanjutnya

Jumaat, 17 Julai 2009

Bila sakit gigi

Bila terbaca cerita pasal gigi dalam blog kenalanku aku teringat la satu kisah yang dah lama berlaku dulu. Masa tu aku masih lagi student di IPTA. Masa cuti semester aku balik kampung dan di situ la bermulanya kisah yang menyanyat hati.

Nak dijadikan cerita la, gigi geraham yang ujung sekali tu memang dah tenat sebenarnya.Cuma aku buat dek je, cuma bila kesakitan tu menyerang barulah aku jadi tak keruan.Sakitnya seperti sakit nak beranak lah, sampai tak boleh duduk diam dan aku jadi hangin semacam!Rasa kepala ni berdenyut2 macam nak pecah je dan tak boleh dengar bunyi bising2.Sampai begitu sekali eh!

Satu malam aku rasa tahap kesabaran aku makin kurang dan tak boleh ditahan2 lagi.Dengan menahan kesakitan aku ajak la abangku pergi ke klinik gigi di pekan dekat rumah aku.

Masuk je bilik doktor gigi, aku tengok bilik dia cukup sempoi dan agak uzur je.Ada seorang pembantu di dalam bilik tu.Cek dan cek doktor gigi tu kata gigi aku kena cabut sebab dah kronik.Ah..tak kisah lah kena cabut pun asal sakit aku ni hilang.

Maka bermula la prosedurnya.Dari mula menganga mulut sehinggalah disumbat bermacam alat2.Aku pulak jenis tak tahan kalu mulut aku ni disumbat macam2 alatan yang berbau semacam tu.Mulalah nak loya.Nak termuntah beb!

Gusi aku dibius.Mujur la tak sakit.Tapi bila bau peralatan yang dah dicelup ubat tu mula menusuk hidungku aku rasa nak termuntah sangat dah.Dan memang dah disediakan tempat untuk meludah di tepi.Aku pun pusing la badan kerana memang nak termuntah sungguh dah ni.Dalam saat aku pusingkan badan membelakangi doktor dan pembantunya, tak pasal2 aku terlepas bom!Amboi punyalah kuat bom tu berbunyi!Aku tak sengaja...bukan aku nak balas dendam pada doktor tu tapi ia terjadi dengan spontan.

Tapi akau tengok doktor dan pembantu tu buat dek je walaupun bom aku tu cukup kuat dan menggegarkan.He3.Aku tahan malu je.Dan doktor pun teruskan kerja dia hingga selesai..

Pada pandanganku, doktor gigi ni dah biasa kot.Kalau bau mulut orang yang nganga depan dia dah jadi macam bau minyak wangi apalagi bau 'bom' yang sekadar angin lalu je...betul tak?


Baca Selanjutnya

Sampai mimpi2


Salam pagi Jumaat yang mulia...

Ujung2 minggu begini barulah aku boleh guna laptop ni.Nak buat macam ne hak milik hakiki bukan terletak di tanganku.He3.Aku banyak kali bermimpi sejak berjinak2 menjadi blogger ni.Sampaikan tidur aku didatangi oleh perkara2 yang berkaitan dengan blog.Antaranya aku seperti ternampak2 bilangan followers aku yang semakin bertambah padahal followers aku boleh dikira dengan jari je berapa orang.He3.

Malahan rupa paras templates pun terbayang2 di dalam mimpiku!Berwarna-warni...sampai begitu sekali penangannya.Dan yang lain2 berkaitan dengan blog dan blogger.Aku rasa mimpi ini tidak akan berakhir selagi aku masih belajar mengenai blog! He3.
Baca Selanjutnya

Isnin, 13 Julai 2009

Aku insan biasa

Kadangkala dalam hidup ini kita mempunyai cita2 dan impian yang tertentu.Kita juga inginkan sesuatu yang seringkali kita idam-idamkan.Sesuatu itu bukanlah berbentuk material semata2 tetapi juga sesuatu yang abstrak yang penuh dengan nilai2 kerohanian dan juga perasaan. Di sini aku bukanlah ingin menyatakan secara halusinasi keinginan sebenar aku.Cuma aku ingin berkongsi kisahku yang mungkin sama dengan orang lain.


Aku rasa ramai yang senasib denganku di luar sana yang berpelajaran tinggi tetapi tidak mendapat kerjaya.Aku tidak pernah mendabik dada yang aku ini berilmu tinggi dan hanya layak memegang jawatan tinggi sahaja.Aku juga tidak pernah mengharapkan penghormatan yang tinggi dari orang sekeliling aku, malah aku tidak pernah sesekali memberitahu kelayakan tertinggi aku secara terbuka kecuali bila ditanya.Tetapi dalam blog ini aku ceritakan secara kasar pendidikanku untuk berkongsi kisah aku semata-mata.

Kisah air 7 kolah sebenarnya bukan untuk aku mendabik dada yang aku ini berpelajaran tinggi tetapi aku ingin pembaca menilai kiasan di sebalik cerita tersebut.Sebenarnya aku sudah tidak kisah jikalau sekarang atau akan datang jikalau aku belum mendapat sebarang kerja.Aku sudah terima hakikat atau takdir atau hikmah di sebalik ketentuan Allah.Cuma dalam cerita air 7 kolah lebih merupakan inspirasi dan semangat orang lain yang berusaha untuk aku.Mereka sanggup berikhtiar demi aku dengan air 7 kolah, sedangkan aku sudah tidak kisah dengan hidupku jika aku ditakdirkan tidak bekerja.

Hakikatnya orang lain tidak tahu apa yang aku rasakan kecuali yang senasib denganku.Telinga ini sudah mangli dengan pertanyaan orang sekeliling yang bertanya kenapa dan kenapa tidak bekerja.Pilih kerjakah?Tak aply itu ini kah? Awalnya aku rasa semak dan serabut dengan pertanyaan tersebut tetapi aku sudah mangli dan tidak kisah dah sekarang.Lagipun aku sudah bersuami dan punya anak-anak, maka aku tidak boleh sebarangan memilih kerja.Bukan pilih kerja tetapi kena pikir atas bawah,kiri kanan bila sudah bersuami dan beranak.Cuma yang aku terdaya pilih ialah kerjaya perguruan yang sememangnya bukan senang untuk digapai pada abad ini.Kerja lain memang aku tidak mintak disebabkan faktor2 yang aku nyatakan di atas.

Aku sentiasa sedar Allah tidak memberi semua yang aku minta.Begitu juga dengan orang lain.Tiap2 sesuatu ada hikmah yang tersembunyi yang perlu aku cari dan gali dan fikiri.Namun aku insan biasa, bila aku tersasar sedikit dari landasan, aku pernah menyalahkan diri aku sendiri tetapi Alhamdulillah aku cepat sedar dan bangkit ke landasan sebenar hidup.

Tuhanku, aku pasrah pada kehendakmu!

p/s-kepada noname, itulah aku yang sebenarnya...

Baca Selanjutnya

Ahad, 12 Julai 2009

Air 7 Kolah

Sambungan dari 'Cuti Panjang Di Kelate'

Semasa dalam perjalanan pulang ke Kedah, Abang Long(abg sulung hubby)kata akan singgah di setiap masjid di sepanjang jalan. Mana masjid yang ada kolah bertakung yang digunakan untuk jemaah ambil air sembahyang akan diisi dalam botol.Dengan syarat kolah itu terdedah dan airnya digunakan untuk wuduk macam kita celup direct anggota wuduk dalam kolah tersebut dan bukan air kolah yang tertutup.Aku tak ambil endah dengan kata2 dia dan aku malas nak ambil tahu.

Sampai masjid pertama, abah turun bawa 2 botol kosong air mineral yang kecik.Emm patut la abg long minta ngan ma aku botol kosong masa di rumah aku, ini rupanya tujuan dia.Ah! Buat apa aku nak ambil tahu.Dah le rasa sedih tinggal ma ayah masih lagi berkesan di kalbu.Hu hu hu.

Dipendekkan cerita,maka cukuplah 7 air kolah dikumpul.Bukan semua kolah di masjid yang ada kolah terdedah macam tu je.Kiranya lebih dari 7 perhentian kami berhenti semata2 nak amik air kolah masjid.Apa tujuannya?

Dalam perjalanan juga puas dah aku,anak2 dan Pak Andak(adik lelaki bongsu hubby) tido.Sekali-sekala tubuh kami terbuai2 dilonjak oleh kereta nissan frontier abg long.Kereta ala2 pikap ni memang la mcm tu,pantang lalu atas jalan berbonggol sket mulalah terlompat2.Perjalanan pula melalui bukit-bukau sepanjang highway timur barat.Juga puas badan kami mengikut rentak tari mak inang,kejap ke kiri, kejap ke kanan, ikut pusingan bukit.

Anakku yang lelaki plak sibuk nak makan donut.Nak donut, nak donut...geram aku.Ma aku ada bekalkan lebihan kueh mueh yang kami makan sebelum bertolak tadi.Anakku suka donut.Yang heran singgah kedai makan satu donut pun tak de.Yang ada kueh2 lain la.Haru betul..

Abg long cakap amik air 7 kolah ni nak ubatkan aku n abah.Aku?Abah?Sakit apa kami?Entah, masa tu aku berat lidah nak tanya.

Sampai daerah Baling(dah masuk Kedah daa), abg long bawa kami semua masuk satu jalan kampung dan aku terlupa nak cek apa nama kampung tu.Tapi dalam hutan sket la.Nasib kami bertuah kerana ternampak rusa hutan(ye la mana ada rusa zoo dlm kg) melintas depan kenderaan kami.Bertuah tu beb!

Kendian abg long berhenti parkir kereta depan sebuah rumah kampung yang agak biasa rekabentuknya.Macam rumah tak siap je kata hati aku. Bagi salam, tak de sapa jawab tapi pintu terbuka.Kami selamba je masuk dan duduk.Abg long siap call tuan rumah g ngan handset.Kami duduk bersila sebab ada 2 bj je kerusi kayu,kalu aku tak silap kerusi sekolah budak sekolah rendah. Aku duduk bersila. Ruang ni nak kata ruang tamu tak le juga dah kosong je, yang ada cuma satu rak kayu yang ada diletakkan ubat2 dan madu.Nak jual kot..

Aku buat dekk je.Anak2 aku siap tawaf sana-sini.Si anak dara aku siap belek tikar yang kami duduk.Eh!ada duit! Banyak juga.Yang merah, yang hijau dan yang biru.Amboi tuan rumah ni macam tu je simpan duit?

Tiba2 datang seorang lelaki berbadan besar, boroi dan tinggi.Dah le tak pakai baju, pakai kain pelikat je.Tengok muka dia fuhh mcm garang gile.

'Aku tido!Ngantuk sangat..' kata si lelaki berbadan besar tu.Kemudian pok-pek,pok-pek, bla..bla..dan bla antara lelaki tu dengan abg long dan abah.Anak2 aku ralit tengok lelaki yang tak berbaju tu bercakap.

'Ni..hang tolong tengok sket budak ni(merujuk pada aku), pasai apo susah sangat dapat keje?', abg long berkata pada si lelaki tersebut.Eh pasal itu ke? Kata aku dalam hati sambil tersengih2 menahan malu.

'Emmh mengaji tinggi dah,sampai master, boleh jadi profesor tapi minta keje tak dapat2.Pasai apo ntah', abah aku plak menyampuk.Tu dia aku jadi topik hangat!

Lelaki gemuk tu tengok aku.Gerunnya! 'Ni?dia ni, kawin belum?' kata lelaki tu.Aik tanya pasal kawin la plak.

'Tu budak kecik dua orang tu anak dia la', serentak abah dan abg long berkata. 'Suami dia tak de apa, keje dah, dia je ni payah dapat.Mintak keje cikgu tak pernah dapat', abah aku berkata panjang lebar.Dan aku masih lagi tersengih2 je.He he he.

'Emmph, mana ayak bawak tak?', lelaki tu berkata merujuk pada air 7 kolah. 'Ada..ada..kami bawak', sambil menyerahkan pada lelaki tu.Tapi aku tengok dia tak baca apa pun pada air tu, nak hembus2 jauh sekali.Just buka tudung sambil sembang dengan kami.

Kemudian,turn abah plak, dia bagitau pasal projek dia yang tak abis2 g siap.Ada aje halangan macam upah orang pasang itu-ini tapi tak buat keje sampai habis.Sama juga dia mintak air tu dan buka tudung botol.Ntah tak baca apa pun aku tengok.

Dia pesan pada aku dan abah balik mandi air 7 kolah ni masa mandian terakhir dan niat la apa yang patut.Kemudian berserah pada Allah.Dia kata kat aku, lepas ni gerenti dapat keje.Dan aku macam biasa masih lagi tersengih2.Dan abg long sempat lagi tanya kenapa anak perempuan aku ni badan panas je.Senang je jawapan dia, oh itu ada biji kat belakang tengkuk dia tu yang dia panas badan.Biji apa ntah yang dia sebut, yang aku dengar 'Sepia'.Macam nama orang je.He3.Dia kata mandi budak tu bawah kangkang bapak dia.Ha3 aku nak tergelak besar tapi tahan je, control ayu gitu.Keh keh keh.Kalu anak laki mandi bawah kangkang mak dia.

So macam tu je lah.Abah hulur duit, tapi aku buat tak tau aje.So abah yang bagi pengeras.Sebab aku dalam blurr lagi sebab masih tak percaya yang aku jadi pesakit.Dan patut le, duit banyak bawah tikar, rupa2nya sape2 yang berubat, letak aje duit pengeras bawah tikar tu.Tak kisah la berapa asal taruk je bawah tikar.

Masa kami keluar rumah lelaki tu, tu dia, ada sekumpulan plak orang datang nak berubat!.Rezeki dia lagi..

Aku tersengih2.Aku cakap kat abg long, 'Ingatkan abg long buat lawak je tadi'. 'Laa kak ngah(panggilan untuk aku)ingat abg long buat lawak..nak berubat la', kata abg long.

Begitu la pengakhirannya.Kami hanya berusaha.Itu je.Selebihnya terserah pada Allah.Cuma aku tak kisah dah sangat kalau tak dapat kerja juga akhirnya.Tentu ada hikmah di sebalik kejadianNya.

So, perjalanan pulang kami diteruskan.Oh!rupa-rupanya ingatan donut masih lagi utuh.Anak lelakiku masih lagi tanya donut!.Sepanjang perjalanan pulang, donut hanya kami jumpa di Kedah, di sebuah tapak pasar malam di Baling.Kuang kuang kuang..
Baca Selanjutnya

Selasa, 7 Julai 2009

Aku rasa patut sambung...

X patut aku rasa tak sambung story aku ms bercuti di Kelate ari tu.Baik aku sambung...



Malam keberangkatan ayah n ma aku ke Johor n melaka aku rasa sayu dan sunyi yang teramat sangat.Sedih tiba2 bila aku rasa cukup kehilangan.Teringat kat hubby tiba2 tapi aku pendam.Hubby ada hantar mesej suruh kunci pintu dan pasang kelambu.Dia risau kes chikugunya yang sedang melanda negara kita baru2 ni.Tapi aku rasa rimas nak berkelambu dah Amni malam2 nak naik buaian.Sejak dia lepas susu badan dia mula nak didodoi dalam buaian je kekadang je tido bawah.

Malam tu juga anak2 gadis kak aku mari temankan aku tido.At least tak sunyi sangat.Boleh la hilangkan rasa sunyi.Nak kata aku tak takut bohong la tapi aku takut pada orang g daripada makhluk2 thalus tu.Bukan ape rumah aku pernah dipecah masuk oleh pencuri.Pencuri tu masuk ikut tingkap dapur.Dia cungkil tingkap kayu dapur n masuk bilik adik aku yang kebetulan masa tu dia kerja di Kelantan g, n curi apa ntah.Kalu x silap handset adik aku kot.Pas tu curi cincin2 mak aku yang mak aku simpan di almari dapur.Nasib baik x diapa-apakan adik aku tu.Ngeri la bila teringat.So tido la aku bertemankan anak2 n anak saudara aku...Krooh..krooh..krooh.

So sepanjang ma n ayah aku pergi berhoneymoon aku menjalankan tugas seperti biasa.Buat kerja2 rumah, masak, layan anak2 dan juga pergi jalan2 rumak kakak yg terletak tak jauh sangat tu.Pergi rumah dia baca buku la,majalah la,bual2 kosong.Aku paling syok baca MASTIKA.Penuh ilmu dan maklumat serta pengajaran.

Adik aku yang keje kat Ganu pun balik ujung minggu.Bes kalu dia balik dia bole bawa keta ayah.Aku ni ada je lesen tapi x bawa pun.Kuang kuang kuang..

Tapi yang paling syok aku dan kakak2 ku pergi berkelah di kawasan hutan lipur Air terjun Jeram Linang.Tapi time cuti ramai sangat orang nak berendam kaki pun rasa malu apalagi mandi.Anak2 sedaraku yang besar2 cukup seronok mandi tapi aku tak izinkan anak2 aku mandi.Issh payah nak control nanti,kalau ada abah mereka x pa la kot.Aku bagi diaorang rendam kaki je dah cukup.

Tapi yang lucunya masa nak balik baru aku belikan 2 biji pelampung kat anak2 aku dah diaorang teringin sangat.Belilah kesian dah le abah x de.Hu hu hu.

Lebih kurang seminngu kendian ma n ayah balik.Bes giler.Ada mereka semangat sket.Lepas abis cuti sekolah, aku masih lagi di Kelantan.Tolong ma mengasuh baby2 n kanak2.He3 aku ni cengil sket.Garang le tapi aku tegas sebenarnya.Time manja aku manjakan time tegas, hemm kecut anak2.he3.

Lebih kurang 3 minggu di Kelantan, tiba2 hubby call kata abah nak datang amik kami balik.Agak tergesa2 tapi mungkin abah teringat pada anak2 Diaorang tdo semalaman dan kami bertolak balik ke Kedah pagi esoknya.Sempat lagi abah bawa buah2 dari kampung bagi kat ayah dan ma.Kami bertolak ke Kedah pada 21 Jun. Ada peristiwa menarik semasa perjalanan pulang...


Baca Selanjutnya

Khamis, 2 Julai 2009

Cuti panjang di Kelate 2

Ok sambung balik la kisah aku di kg...



Memandangkan aku ditinggalkan oleh kekasih hati di kampung maka agak bermaharajalela lah aku di sana.He3.Bebas la nak buat apa pun hubby x de.X lah aku macam biasa jerrr bangun tido, jaga anak n aktiviti bebas...

Tapi pada awal cuti sekolah, hari Ahad 31hb.Mei ayah dan ma pergi ke Johor dan melaka umak abang2 aku.Sebenarnya aku pun nak ikut tapi dah last minute bagitau tiket keta api abis lerrr.Padan muka dah tau cuti2 sekolah orang pakat balik baru suruh ble tiket.Cian anak2 aku nak ikut tok ayah dan Mok(belah kelantan a.k.a belah famili aku cucu2 panngil cenggitu) naik keta api.Depa btolak malam ari Ahad 2 la.Sebelum tu, petang; kami pergi pasar malam beli makanan2 dlu sambil bawa anak2 aku makan angin takut kempunan sebab x dapat ikut tok ayah n mok.

Sadis sungguh bila mendengar tangisan dan rayuan si kecil Nur Amni malam masa mereka nak ke stesen keta api.Nasib baik masa 2 si abang tido kalu x lagi sakan ngamuk nak ikut.Masa ayah n ma bersiap si kecil merengek2 cakap 'nape tok ayah tinggal adik..adik nak ikut...sian adik..' Pastu lagi terharu dia cakap 'nak balik rumah tok wan lah' dalam erti kata merajuk sebab kena tinggal terus nak balik rumah tok wan di kedah.

Saat naik kereta(abang ipa merangkap suami kakak ku yg tinggal berhampiran umah) pergi hantar ke stesen, tangisan si kecil makin kuat, kuat, dan kuat..adoi sadis sungguh.

Alamak kena stop dulu lah, nak solat Asar hubby ajak keluar lagipun tiap2 ari kamis, aku n jiran2 akan cabut 'kuk' a.k.a 'kutu'. Sapa yang dapat pulak yek?Aku dah dapat sekali, ada satu g bule cabut kuk. Ok cau dulu...


Baca Selanjutnya

Isnin, 29 Jun 2009

Cuti panjang di Kelate

Salam blogger..

Rindunya pada blogku memang tak dapat dibendung2.Cuti sebulan memang best tapi rindu pada blog tak dapat digambarkan.Tapi rindu pada hubby lagi mendalam.He3..


Aku balik ke kelantan masa cuti sekolah 2 minggu.Aku ditinggalkan oleh hubby bersama2 anak2 di rumah ayah n ma aku.Mula2 balik ke rumah abah hubby pada hari kamis 28Mei.Pastu esoknya bertolak balik ke Kelantan dengan kete abang long hubby.Abang Long yang drive nissan frontier nye.Penat melompat2 macam kijang dah keta jenis camtu memang melompat2.Sebenarnya pun aku tak tau sangat yang hubby nak tinggalkan aku ngan anak2 di sana.Aku ingat dia pun nak stay ngan aku di kampungku tapi dia bertolak balik ke kedah pada keesokannya pada hari sabtu.

Hubby kata dok la kat kampung lama sikit.Hubby ada keje nak tolong abah buat projek abah.Lagipun hubby ada juga projek ngan kawannya bila buka sekolah nanti.Hemm memang sedih tapi ini lerrr peluang aku nak bersama ma ngan ayah.Hanya mereka berdua je di rumah.Adik beradik yang lain dah ada famili sendiri kecuali 2 orang adik aku yang belum kawin tapi mereka kerja kat Ganu kite ngan Kolumpo.

Memang seronok balik kampung.Lagipun kampung aku tersusun dan cantik.Sebuah kampung yang kecil tapi permai, berbukit2 sikit dan sejukkk bila waktu subuh sampai gigil2 dalam selimut. Lagi seronok rumah kakak aku yang no 2 dok dekat rumah ma ayah tapi rumah sewa.mereka tengah plan buat rumah sendiri dah.Seronok sebab kakak aku ramai anak 7 orang sumenye.Yang bongsu baby safiyyah baru 2bln lebih.Emm seronok layan baby kecil2 ni walaupun aku ni boleh digolongkan dalam kelompok garang n tegas dengan budak2.

Ma pulak mengasuh budak2.Inilah kerjaya sepanjang usia ma aku.Dari aku kecik sampai aku beranak dua ma x pernah puas mengasuh anak orang.Ma ma...dirimu begitu hebat dan tabah kerana tidak pernah mengharapkan bantuan dari anak2mu.

Banyak masa di kampung aku isi dengan membaca.Library di rumah kakak aku tu la.Memang asyik bila membaca.Eh nape la lambat sangat nak menghabiskan perenggan ayat2 ni ha?Mungkin kerana terlalu lama tak menulis mula la idea tu jadi kucar-kacir.bukan x de idea, idea memang banyak sebab berebut2 nak keluar tu yang jadi tak tersusun ayat.Apapun nanti aku sambung lagi pasal cuti aku di kelate semula.Kepala tengah pening ni.Lagipun nak gosok baju kemeja hubby plak.Nasib baik hubby tak guna laptop ni bule la aku jengah sekejap blog aku ni.

Ok lah kita sambung len kali ek dalam cuti panjang di kelate episod dua.Kuang kuang kuang...
Baca Selanjutnya

Dah balik langkawi dah...


Dah 3 ari kawe balik smula ke langkawi.Kawe cuti sebulan je x sampai 2 bln pun.Meme cadang 2 bln tapi ada hal yang perli dibereskan.Banyak weh kawe nak citer tapi x bule g sebab hubby kawe meme nak guna sgt2 laptop ni.Nanti kawe kongsi citer kawe sepanjang bercuti di negeri kawe.Kelate gomo kelate...
Baca Selanjutnya

Selasa, 26 Mei 2009

Kengkawan di alam siber

Sejak dua tiga menjak menggunakan ruang siber ni makin banyak...

pula jejak kasihan yang aku dapat.Most of all x di plan pun nak dapat ketemu kembali kengkawan lama especially masa dok U dulu. He he he most of them dah got a well job; ada yg jd pensyarah and still continue for further study(kat oversea lak tu), teachers, managers,Gov and nonGov staff and so on, so they still got survive for the future live not like me just a manager of house(full housewife ler).Ha Ha Ha. But life must goes on kan? Whatever who u r, u've got to survive to continue your life as well.

So back to title, dapat berjumpa kengkawan lama di alam siber banyak memberi aku semangat untuk meneruskan kehidupan. That's not mean my spirit of life dah menurun but when met them back it give a side effect (chewah mcm bhn kimia lak) for me to more focus forward and not just thinking a jobless. But however sometimes when I'm not doing anything(anything not means that I'm just goyang kaki coze a life of housewife still active 24h!),I'm start thinking of job again and again. Hemm well, so the friends gave me more support to be more realistic actually.Why not, coze when I knew most of them have a great life, I start thinking why I'm not to be a great housewife!

Kengkawan di alam siber yang lama terpisah ekoran laluan hidup masing2, whatever u are, grab the opportunity that u have choosen.For me my life still like this laa, spent most of time with kids, and house job yang tak pernah tak ada.Ada je yang kena buat and nak buat.He he he. I luv cooking and try new recipes walaupun kengkadang tak jadi je, but to bake a cake its my first luv in cooking. I have many cake recipes and I will share with all the blogger here in labels JOM MAKAN!. But times almost jeles laa, not full time to face this laptop, just when hubby not bring to his school, I can use it.

Apa g nak bebel ek? Emm kengkawan di alam siber, miss u all so much!

p/s- My english not perfect, sorry la for the uncorrect statement and phrase..he he he
Baca Selanjutnya

Jumaat, 22 Mei 2009

KPLI OH KPLI

Punah segala harapanku untuk bergelar seorang guru

Kecewa,sedih,geram dan bercelaru semua bercampur baur dalam benak ni.Hemm susahnya nak dapat apa yang kita nak sangat2. Bukan aku tak dapat terima takdir Allah dan aku tidak pula menghukum takdir Allah tapi jauh di dalam sanubari hati kenapala aku susah sangat nak dapat KPLI ni.

Aku dah confident jwb dgn baik dan aku rasa aku dah buat yang terbaik tapi kenapa la tak dapat2 lagi.Dari tahun 2003 aku aply tak pernah pun dipanggil temuduga.Tiap-tiap tahun aku mintak sampai aku dah rasa muka aku ni tebal lebih tebal dari tembok besar China.

Walaupun suamiku tak pernah komen jika aku tak berjaya malah dengan selamba badak aje dia berkata takde rezeki.Itu aje ayat yang keluar dari mulutnya.No pujuk2 apa lagi kata2 yang mendodoi perasaan! Tetapi abah mertuaku pula yang kalut dan busybody(sorry ye abah)talipon tanya aku dapat ke tak,kenapa tak dapat2,issh Ya Allah...itulah kata2 yang keluar dari mulut abah mertuaku.Suamiku selamberrr dek aje.Dalam hatini bagai digaruk-garuk sebab tensen x dapat!Hatta buat rayuan temuduga pun tak dapat2 juga.Hancuss luluss hatiku.

Anak jiran aku yang kat kg sekali mintak dah dapat.Semasa artikel ini ditulis dia dah lama mengajar dah,dah ada anak sorang pun.Bila balik kampung,mak bapak dia,dia beserta orang kampung asyik tanya x dpt cekgu ke?x mintak ke?.Ikutkan hati aku nak saja aku tonyoh2 mulut diaorg dengan berus besi biar padan muka.Issh x de lah aku x sampai tahap itu lagi.Masih sabar...

Masih control ayu g menjawab tak dapat...emm malu pun ada dah belajar tinggi2 tak kerja.Memang mentaliti kita dan orang2 kita bila dah belajar smapai U mesti ingat dapat kerja bes2 dan senang dpat kerja.Korang tau tak berapa ramai siswazah menganggur ka luar sana?Aku pun tak tau bilangannya tapi yang pasti ramai...

Tapi kenapa aku suka sangat mintak KPLI ni ha? Emm maybe sebab suamiku cekgu dan aku rasa jiwa kecekguan ada dalam diriku ini yang membuat aku tak jemu2 mintak KPLI padahal bertahun2 aku mitak masih nampak jalan kesamaran untuk berjaya.Bagi aku kalau diaorang(pihak yg bertanggungjawap dlm pemilihan guru) panggil aku temuduga dah dikira satu kejayaan bagi aku.Ni asyik2 ulang exam je tiap2 tahun.kenapa diaorang tak simpan rekod org yg berkali2 mintak tp x pernah dipanggil temuduga ek? At least bagi le peluang pada yang x jemu2 mintak tu.Kalau dah 10 kali mintak tak dipanggil temuduga, apakah diaorang tak terfikir ke org ni memang sangat2 nak jadi cekgu.Betul tak cadangan aku?

Kata orang sabar je la.Emm ya aku sabar tapi kalau dah terkena kat korang sendiri apakah kesabarab korang makin tinggi.Kalau boleh diukur kesabaran aku ni, aku rasa dah di tahap weak sgt2 macam bateri dah.Dah tak boleh dicas2 dah.Maybe aku perlu renung kembali siapakah aku di sisi Allah...Subhanallah

Kpli oh Kpli susah sangat untuk engkau menerima cintaku yang tulus ikhlas ini.
Baca Selanjutnya

Isnin, 18 Mei 2009

MAKASIH...

Makasih lerr kerana byk bantu aku buat blog.Tanpa pertolongan korang...

aku tak sampai ke tahap ni.Ada masa aku akan try and right plak bila buat sesuatu.Aku akan cuba cr background baru n cuba buat sendiri barulah originality tu ada.Betul tak?
Baca Selanjutnya

TRY AND ERROR

Salam pagi...
Nak mula ngan apa ek?Emm ntah la otak ni ligat berfikir tapi x tau nak mula lagu mana.Bkn apa sebagai minah yang mula nak khayal2 ngan dunia blogger ni kadangkala buntu apa sebenarnya yang hendak dipaparkan dalam blog ini. Adakah aku terpengaruh dengan kawan yang dah mempunyai blognya sendiri atau sebab aku ni memang betu2 berminat?Minat ke? Emm minat le juga sebab aku ni suka cuba sesuatu yang baru walaupun benda ni dah lama dah kot...sedang menaip ni ada orang selit kertas kat bawah pintu.Eleh apa lagi bil elektrik laa. Lupakan pasal bil elektrik. yang 2 kite citer kendian.



Berbalik pasal yang di atas. Ok aku ni suka benda yang baru. Bukan terpengaruh just try and error. Tak lebih dari itu. Kawan aku kata buat blog bole dapat duit kalu ada iklan yang google taruk tapi aku x tau la apakah dengan blog aku ni dapat duit? Duit??? Aduhai citer pasal duit bule terkebil-kebil mata. Nanti kite cite pasal duit di lain ari.Tunggu...OK bab blog lagi. Bila aku dah mula buat aku suka xplore smbil belajar. Aku suka buat research sendiri kadang2 aku pun x faham apa yang aku research 2.Itulah try n error aku.
By the way, aku x ler pandai-pandai sendiri jer buat.Aku tanya la pada yang expert macam kawan aku ni.Nanti la pasal kawan aku ni nanti aku citer bab yang lain.So dia n hubby dia la yang banyak membantu. Dia juga la yang suruh aku buat blog.Buat blog??? Mula2 alahai kena ada blog ke? Aku nak tulis apa ek? Aku ni sape yang orang nak amik tau sangat?. Nak glamor ke? Ishh glamor mendenye anak dah dua dah.Kalu aku ni solo ke janda ke bule gak promote.He he he.
Tapi 2 la kata kawan aku tu buat blog boleh luah apa yang kita nak luahkan.Eleh macam diari la tapi x le perlu personal sangat sampai cerita dalam kain pun nak selongkar.Tak gitu?
So aku buat le blog aku dengan penuh teruja dan semangat yang berkobar2. Makan minum sambil buat.Tunggang terbalik anak2 aku je yang tau. Hubby aku mana ada kat rumah.Bz ngan keje dia.Aku just buat ikut arahan yang diberi sambil2 tu baca juga panduan untuk blogger baru.Seb baik dlm versi melayu kalu english mau makan masa gak nak faham istilah2 komputer ni.
Sebenarnya aku pernah belajar buat laman web masa master dulu tapi benda dah lama tinggal dan x dipraktikkan maka jadi la ilmu yang x digunakan. So try and error maka jadilah blog(nasib baik bukan bolog..) yang tak seberapa ini.Uduhnya...hemm sapa nak baca ek.Aku dan kawanku yang sorang tu je kot...
Hek eleh nak jadi blogger sangat tapi x der ilmu di dada. Kan aku dah kata try and error ikut suka aku la nak buat macam mana.Hemm betul la kata pepatah...'
berburu ke padang datar,
dapat rusa patah kaki,
berguru kepalang ajar,
dapat bunga kembang tak jadi.
Arap2 betul frasa pepatah ni sebab takut pakar2 bahasa terbaca terus maki aku.Tapi memang kena la atas batang idung mancung tak mancung aku ini.Kerana try and error aku banyak buat kesilapan yang merugikan. Layout yang tak kemas, font yang tak selaras, gambar2 yang bersesuaian dengan saiz blog dan macam2 lagi la yang tak berapa sedap mata melihat blog aku ni.Kalu aku promote mau pecah perut orang ketawa melihat blog aku yang udoh ni.Hemm ntah la nak buat sgt padan muka.
Ok la dah panjang sangat mengomel. Lain kali try and error lah lagi...
Baca Selanjutnya

Khamis, 14 Mei 2009

Sayangkan Isteri Tinggal2kan

Hari ni suamiku pergi meninggalkan aku dan anak-anak. Pergi berjuang untuk menentukan siapa yang menang atau siapa yang kalah. Ku iringi doa dan semangat kepadanya agar kemenangan bakal digenggami namun jika kekalahan sudah tertakdir jangan engkau patah harapan dan semangat.Teruskan berjuang sesungguhnya perjuangan itu masih panjang dan akan berterusan walaupun kita sudah tiada di dunia kelak. Selama 4 hari suamiku pergi, isterimu ini akan menjaga segala harta di rumah comel n cute ini dan menjaga serta mendidik anak2 kita. Makan minum usah risau, ayang kan pandai masak. he he he.


Akhir kata, majulah sukan untuk negara.Semoga team softbol Langkawi bakal menggenggam juara. Chai yo! Chai yo!. jaga molek-molek deh anak2 didik abe di Baling tu...


-Nak masak apa wei lunch today? hemm...
Baca Selanjutnya

Sabtu, 9 Mei 2009

Pagi Yang Cerah Jangan di Sangka..

pagi yang cerah jangan disangka cerah sat lagi tiba2 hujan.so cepat2 jemur kain sementara hari masih cerah dan panas.arini bangun lewaat sket.kesian hubby nak makan pulut pagi x sempat nak sediakan.dia plak ada latihan sofbol.dengan mata yang masih half terbuka bercakap dlm nada yag lemah pada si hubby...

'eh x sempat dh nk buat pulut pg.pulut pun x rendam semalam.'
'abg beli ns nk x?.ke nk mkn roti canai?roti canai semalam ada kan?'
'ada 2 keping..'aku jwb pelan. 'abg beli la kue kat budak2'.
'emm'
.hubby jwb ringkas.

macam nerrr nk buat semalam kul 2 lebih baru mata ni boleh pejam itupun terganggu dek suara si cilik yang merengek ntah apa-apa.kembung kot.yg heran sungguh anak2 aku ni jam 8 mlm tiba2 ttido.letih sgt kot dh sing ari x tido dtambah plak bermain gilerrr di waktu siangnya.aku sangkakan hingga ke pagi tido eh kul 10 mlm tiba2 si adik bangkit dari buaian.sah!ni bangkit nk main.adoi!!!!si abg plak mengigau nangis2.dia ni pantang aku marah2 mula la terbawa2 perasaan 2 dlam tdo.so apa lagi bl dh bangkit mula2 muka toya dlu, mitak air pastu makanan.seb baik ada roti canai hubby bele pg 2, so masuk dlm oven 'perangat' balik.laa terlebih timing plak jd keras.bg aku sedap la tp bg diaorang 'umi nape keras roti'.diaorg ni gg ada yg on n of maksud lbh mudh rongak.aku pun x tau naper gg depa ni jd cenggitu pdhal gosok gg slalu.ok x pe la mkn la jg wpun dgn susah pyh.
mula2 ok pastu tgok ceria di astro ok la 'aiman x kisah' tapi bila enjin dh panass formula 1 lerr jadinya.macam-macam ada.aku plak tengah surf internet tp coverage x berapa ada hubby kata sbb GPRS.ntah mls nk pk apa menatang 2.so ank aku main mcm2 lerr.sat2 kacau hubby yg mula nk bermimpi sat2 kacau aku.kendian ada sj permintaan; ummi adik nk air oren, buh dlm botol hak ada puting' lancar ajae permintaan.aku buat la tanpa ditambah gula.abis sebotol nk lg.buat lg.kendian main pastu gaduh ala-ala ultraman lwn raksasa.si adik ni girl tp bl gaduh klh laki2. 'tembak raksasa..mamposss'.konon dia 2 ultraman lerrr abg plak raksasa. main lerrr 'aiman x kisah'... tiba2 'ummi adik nk tido jom la sini'...kacau weii org nk berinternet ni.lyn juga laa.
so begitu pengakhirannya menjadi seorang ibu.mula la aku terpikir cenggini le kot aku dulu2 ms kecik.ye la aku lg lasak wpun aku ni mudah menangis n merajuk.susah payah mak aku jg aku n adik beradik yg lain seramai 8 org(sepatutnya 9 tp meninngal dlm perut tp dh cukup bulan).aku yg baru 2 org kdg2 tensen gak ngan kenakalan diaorg tp alhamduliilah ummi bersyukur kerana dikurniakan ank2 yg cerdik, petah berkata2 wpun kdg2 mencabar minda ummi bila ditanya soalan2 cepu emas dari korang berdua.
hemm pagi ni sunnguh cerah x lerrr ujan seperti ari sebelumnya.tapi jangan disangka cerah sampai ke petang beb sat lagi 'lu pk la sendiri' bak kata nabil raja lawak Astro.
aik aku x srpn g.patut lerrr rasa lapar jerrr.ank2 pun tido g.biarlah cover line yg semalam.wpun aku x gemar sgt ank2 bangun lewat nnt susah nk g skolah nanti.tp 2 le dah tido lewat semalam kesian plak nk kejutkan.adoii perut bukan setakat minta diisi ni tp minta dikeluarkn sisa 'toksid' ni.nk g bilik hajat dulu la ek.kui..kui..kui..
Baca Selanjutnya