Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Julai 2009

Makanan yang kembalikan masa

Cuba rawatan anti penuaan yang semulajadi ini untuk mata yang bersinar, rambut yang berkilauan dan kulit yang berseri-seri dengan ramuan yang boleh didapati dari dapur anda!

Mandian susu yang melembutkan
Kekalkan kulit selembut bayi dengan menambah susu ke dalam air mandian suam anda.Rawatan yang benar2 baik dan menenangkan!

Pupur badan yang membantu menanggalkan sel-sel mati
Ini dia cara yang menyeronokkan untuk menyingkirkan sel2 kulit mati:
ratakan isi buah betik segar ke seluruh badan anda dan biarkannya selama 5 minit.Bilas badan anda di bawah pancuran air.

Rawatan rambut insentif
Untuk rambut yang licin dan berkilat, kisar sebiji telur bersama setengah biji avokado.Sapukan campuran tersebut ke atas kulit kepala sambil mengurut kepala dan biarkannya selama 30 minit.Bilas sehingga bersih.

Tonik muka yang menenangkan
Sapukan timun sejuk yang telah diparut ke sekeliling muka dan leher.Biarkannya selama 20 minit.Penggunaan yang kerap akan membantu menyamarkan cela, dan mencegah kedutan dan kekeringan.

Uncang teh yang menyamankan
Uncang teh yang telah digunakan disimpan di dalam peti ais semalaman, kemudian ditekapkan di kelopak mata anda.Sambil berbaring dan menutup mata, rehatkan minda anda, dan rasailah kenyamanan aroma teh yang menyegarkan di sekeliling mata anda.Lakukan beberapa minit untuk mendapatkan mata yang bersinar dan segar!

Selamat mencuba!

Sumber:Khidmat sumber Nestle
Baca Selanjutnya

Sabtu, 4 Julai 2009

Manja-manjakan dirimu...

Bagi surirumah tangga yang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti di rumah ada baiknya memanjakan diri sendiri dengan bahan2 alami atau semulajadi tanpa menghabiskan wang membeli barangan atau produk yang tersedia ada di kedai. Ini sebagai satu lagi penjimatan dan juga kemanfaatan kepada kesihatan tubuh badan.

Salah satu daripadanya, bahan pencuci muka dan badan.Umum menggunakan bahan2 atau produk2 yang ada tersedia dijual di kedai2 dengan alasan cepat dan tidak remeh.Tahukah anda sebahagian besar ramuan yang terkandung dalam produk yang kita gunakan adalah bahan2 kimia yang ternyata bahaya dan boleh meracuni tubuh badan kita dan boleh mengundang kepada penyakit2 yang berbahaya terutama kanser.Tentulah kita menyatakan yang kita sudah lama menggunakannya dan tak memberi kesan yang merbahaya pun selama kita menggunakannya.Para pengeluar atau pencipta prouduk tentu memberi jaminan yang barangan mereka adalah selamat dan asli tanpa bahan kimi tetapi sedarkah kita di sebalik pembuatannya sedikit sebanyak mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan pewangi? Bahan2 tersebut adalah bahan2 kimia kerana waima sekalipun dibubuh bahan asli ia tidak akan tahan lama dan memerlukan pengawet dan bahan penstabil.

Ok di sini aku berikan sedikit cara yang menjimatkan dan alami.Aku bukan berkata sahaja tetapi aku mula mengamalkannya sedikit demi sedikit kerana aku mula menyedari akan kesan2 bahan kimia yang terdapat dalam prouduk kecantikan.

Pertama-Bila kita hendak mencuci muka, kita tidak perlu mencucinya selalu dengan bahan kecantikan yang sedia ada.Terutama para ibu2 yang tidak bekerja kerana mereka kurang terdedah kepada pencemaran alam sekitar berbanding para ibu yang bekerja di luar.Apa yang aku amalkan sekarang, bila aku terasa muka aku berminyak aku hanya menggosokkannya dengan belimbing buluh yang sudah masak ranum yang mana isinya sudah lembik2 sikit.Bagi mereka yang tak ada belimbing bulu, gosok sedikit dengan jus asam limau yang dibancuh dengan tepung beras. Mudahkan?

Kedua-Bila aku hendak menyental daki2 yang ada di tubuh, aku hanya mengambil lebihan hampas kelapa yang aku gunakan untuk memasak gulai atau kuah lemak.Hampas kelapa aku sental di seluruh tubuh dan juga muka.Hasilnya kulit lembut dan licin semulajadi.Tak payah pakai losyen dah lepas tu.Aku turut amalkan kepada anak gadisku.Dia pun suka.Bagus tak?

Ketiga-Sekali sekala nak tegangkan kulit muka, ambil lebihan putih telur(telur ni kan selalu kita guna di dapur) sapu kat muka rata2.Kalau ada madu asli lagi bagus.Campurkan degan putih telur dan sapulah di muka.Biarkan seketika dan cuci dengan air suam dan diikuti dengan air biasa/sejuk. Amalkanlah selalu Insya Allah kulit tegang dan berseri2.

Keempat-Aku ni bukan tak pernah beli lipstik, beli juga tetapi aku beli dan tak guna sangat pun. Sepanjang umur hidupku aku beli sekali je lipstik.Senang je nak bagi bibir kemerah-merahan semulajadi sapulah madu lebah asli di bibir selalu.Tengoklah nanti perubahannya.Kalau tak ada yang asli, cuba guna madu yang dijual kat kedai.

Sebenarnya semasa aku remaja aku tak terlepas dari menggunakan produk kecantikan yang sedia ada di pasaran.Tapi aku tak pernah membeli produk mekap macam eyeliner ke, maskara, eye shadow ke dan yang seangkatan dengannya.Seperti yang aku kata aku pernah beli sekali je lipstik itupun semasa aku nak bohong sunat kepada anak gadisku yang ketika itu berumur 2 tahun, kerana nak lepaskan susu badan.Aku guna untuk sapu di bahagian 'tetek' nak bagi tipu kat dia yang dia dah tak boleh hisap susu badan dah.Ada juga aku pakai lipstik tu di bibir tapi aku merasa rimas dan tak senang nak makan atau minum.Lagipun aku tak kerja tak perlulah sangta nak guna.Tetapi mesti ada yang pertikaikan pakai mekap nak tonjol pada suami, tetapi bagi aku hati yang suci ikhlas sudah menaikkan seri di wajah.Lagipun hubby aku tak gemar aku bermekap.

Lagipun kulit kita akan bebas bernafas dengan aman tanpa sekatan bahan2 yang tak seperlunya.Apapun bergantung pada masing2.Aku hanya memberi pendapatku bukan untuk mengikutku.Cuma aku ingin kongsi apa yang terbaik.Aku tidak mahu menyatakan secara jelas data2 atau bahan2 kimia secara terperinci kerana aku tidak ingin menakutkan pengguna yang sudah setia mengguna sesuatu produk.Aku dulu begitu teruja semasa remaja; turut terpengaruh dengan produk seprti pencuci muka dan krim muka.Aku pernah meggunakan produk LOREAL, OIL OF OLAY,PONDS,SAFI dan lain2 tetapi sebenarnya banyak bahan yang digunakan dicampur dengan bahan2 kimia.Kini aku dah stop mengguna sebarang bahan pencuci muka.Aku kembali ke alam semulajadi.Alhamdulillah aku lebih selesa kerana aku duduk di rumah dan bahan2 tersebut selalu aku gunakan untuk memasak seharian.Save budget..

Apa pendapat anda?
Baca Selanjutnya

Ahad, 24 Mei 2009

Alamak baju aku???

Pernah tak korang terendam atau tercampur baju putih anda dengan...


baju yang berwarna dan baju tersebut turun warna dan terkena baju putih atau baju2 yang lain?Pernah bukan.Jangan panik, untuk menghilangkan tompok2 warna yang melekat pada baju putih atau baju2 yang berwarna lain, anda hanya perlu merendamkannya di dalam besen atau bekas yang seangkatan dengannya, dengan air panas mendididh.Rendam lah seketika dan berus atau gosok tempat yang terkena tompokan tersebut.Janganlah korang rendam pastu terus berus,biarlah air panas itu meresap ke dalam liang2 benang baju dulu.Cubalah kalau tak percaya...
Baca Selanjutnya

Jumaat, 22 Mei 2009

PETUA MERASA GARAM

Petang JUMAAT yg mulia apa kata kongsi petua..

Untuk merasa garam dalam masakan,sukar untuk mengagak lebih2 lagi bila bulan puasa.Cara untuk memastikan cukup masin atau tidaknya masakan anda ialah dengan letakkan sikit kuah(masakan) di atas jari anda.Kalau ia tidak meleleh,bermakna masakan anda cukup masin.Sebaliknya jika jari terasa perit,maksudnya masakan itu terlebih garam.Selamat mencuba!

sumber dari: petua di dapur dr mingguanwanita
Baca Selanjutnya