Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Memaparkan catatan dengan label SAKIT APA?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAKIT APA?. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Julai 2009

Kanser Serviks; Lelaki Pembawa, Wanita Menderita

Artikel ini dimuat-turun dari www.papisma.org 1
KANSER SERVIKS; LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA
Dr Harmy Mohd Yusof
Presiden PAPISMA 07/08
drnhmy27@yahoo.com

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.

Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100 000 penduduk.Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain.

Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.

Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan,jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.

Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian
yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal.

Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi.Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita.

Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko
pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.Namun begitu seperti juga wanita,lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di
kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah
kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya. Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini. Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan.

Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.
Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan.Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70 peratus sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalahdisebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin
ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut.

Oleh itu penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks. Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai,umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya.

Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.

Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.



Baca Selanjutnya

Isnin, 13 Julai 2009

Berpeluh Berlebihan (Hyperhydrosis) dan Rawatannya

Oleh:
Dr Mohd Mazri Yahya
Pakar Perunding Bedah Am,Vaskular & Endovaskular, Hospital Pakar Regency, Masai, Johor

Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.

Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 - 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.

Maslemon: Penyakit ini amat jarang dialami, dan sebahagian kecil yang mengalami penyakit ini malu untuk berterus-terang, apatah lagi bila bersalaman tangan mereka basah.Perasaan malu makin bertambah bila orang yang disalami seolah-olah segan untuk bersalaman secara bersungguh2 dengan pesakit dan selepas bersalam mereka mengelap tangan mereka di depan pesakit seolah-olah geli geleman.Penyanyi Heliza(AF4) juga mengalami penyakit ini.Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Baca Selanjutnya

Khamis, 9 Julai 2009

HFMd



PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Pengenalan

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.


Penyebab

Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.


Tanda-Tanda Penyakit

Demam panas
Sakit tekak
Kurang selera makan
Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.


Cara-Cara Merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.


Rawatan

Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:
Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.

Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

Langkah-Langkah Pencegahan

Sentiasa menjaga kebersihan diri
Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
Jangan berkongsi barang-barang persendirian
Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.


PERINGATAN !

Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
Demam panas yang tidak menurun
Mengantuk dan kelihatan letih lesu
Gelisah
Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
Sesak nafas
Degupan jantung laju
Kembung perut
Tidak membuang air kecil
Lemah anggota kaki
Otot tersentak
Pergerakan mata yang luar biasa

Anak perempuanku yang berumur 2 tahun 5 bulan disyaki terkena penyakit ni.Patut la dia kata dia sakit mulut dan sukar untuk makan.Tidurnya selalu gelisah dan terjaga di sebelah malam.Aku tak nampak tanda2 luaran cuma dia mengadu sakit mulut bila menyuap makanan.Dia selalu megulum jari telunjuk seperti menunjukkan kawasan yang sakit.Tanda2 seperti ruam di tapak tangan dan kaki memang tak ada.Pada malam selasa lepas dia terjaga tengah malam dan menagis seperti kesakitan aje.Memang aku sedar yang dia tak berapa selesa dan gelisah tapi aku tak terfikir yang bukan2.Kebetulan malam tu aku sibuk buat kek span dan seperti biasa anak2 ku sibuk jadi pembantuku.

Keesokannya(selasa), aku lihat dia semakin kurang selesa bila nak makan.Dan Allah s.w.t sentiasa membantu hamba2nya, bila sepatutnya pada petang tersebut, hubby aku kena pergi kursus di Kodiang selama sehari.Memang la kursus tersebut bermula pada hari Rabu, tetapi hubby cadang nak pergi petang tu sebab kami ni dok pulau, takut tak sempat naik feri awal pada hari Rabu.Syukur hubby kata nak bertolak pada awal pagi Rabu so, petang pada hari Selasa kami bawa anak kami ke klinik berdekatan.Dan doktor kata ini simptom penyakit tu.

Aku rasa dia terjangkit melalui kanak2 yang ada penyakit tu kot.Maklum la kawasan rumah kami ramai kanak2 dan kebetulan kami ada menghadiri majlis harijadi anak kawan hubby dan ada seorang anak kawan hubby yang lain baru beberapa hari terkena penyakit tu dan anak kawan hubby tu ada bersama kami semua di majlis itu!

Apapun kami tetap bersyukur simptom yang ditunjukkan masih baru namun anakku sukar nak makan.kebetulan pulak hubby ada beli durian nak makan ngan pulut.Anakku suka durian tapi memandangkan kami beri dia makan ubat,tak berani la bagi makan durian takut berlawan dengan ubat pulak.Kesian dia menangis meraung nak makan durian.Sedih aku melihat, sebak di dada.Sampai satu tahap aku terfikir kalau anak aku mati time ni, mati beragan la dia sebab nak durian.Lantas aku amik 2-3 ulas durian suruh dia makan juga.Hubby marah aku sebab bukan apa takut yang sakit jadi lebih sakit.Aku tak tahan nengok anak aku menangis terngongoi2.Dalam dok menangis2 sempat lagi anakku marah balik pada hubby sebab x bagi dia makan durian. He3 anak aku kata 'Apa la abah ni' berulang kali..

Alhamdulillah hari ni dia makin ok.Petang tadi sempat lagi pergi main basikal yang baru hubby beli padanya.Warna pink!





Baca Selanjutnya