Salam kalam di tengah malam yang dingin...
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Guru. Guru Pembina Bangsa Negara. Tepat sekali rasanya tema tersebut pada tahun ini memandangkan tugas guru bukan sahaja memberi ilmu tetapi juga...
mendidik anak bangsa menjadi lebih bermaruah dan bertamadun. Memang diakui tugas guru sekarang lebih berat dengan amanah yang terpikul di bahu, dengan bebanan tugas yang semakin bertambah bukan sahaja di dalam kelas malah di luar kelas. Kehidupan seorang guru tidak terhenti setakat leceng penamat waktu pembelajaran tetapi terus aktif selepas waktu sekolah.
Rutin seorang guru bukan sekadar memberi ilmu tetapi turut menjalankan aktiviti sosial bersama pelajar di luar kelas seperti aktiviti kokurikulum dan sebagainya.Disebabkan itulah guru dianggap sebagai pembina bangsa negara.Tanpa guru siapalah kita sebenarnya.Memang berat tugas seorang guru.Semasa di sekolah merekalah ibu dan bapa kita. Semasa kita sakit pun guru juga bertindak sebagai doktor kecemasan. Malahan kepada guru juga kita meluahkan masalah. Guru juga sebgai kawan tetapi guru bukan sebagai lawan. Tidak akan berkat ilmu seorang pelajar jika melawan guru. Malahan kata-kata guru juga sebagai doa sebenarnya selepas doa mak dan ayah kita. Ingin aku kongsi mengenai cerita guru dalam KISAHKU. Sorotilah nanti..
5 bulan yang lalu
2 comments:
Tapi apa menyedihkan aku, segelintir cikgu skrg ni byk yang melencong matlamatnya..bukan sekadar nak mendidik anak murid tapi juga ada yang ingin menjadi usahawan.. Pernah masa aku jadi guru ganti tahun 2001 dulu di Sekolah Keb. Taman Nirwana kat Ampang, ada jugak cikgu yang buka kedai dalam bilik guru, ada yg jual kain pasang, jual pinggang mangkuk..aku pk ni nak meniaga ke nak mengajar..ish3.
cikgu macam gini la yang memrosakkan imej mulia seorang guru.Dah nak jadi pendidik, jd la pendidik betul2.kalau nak berniaga pun jgn lah time sekolah. buat la time2 cuti sek atau lepas waktu sek..ni tak, pagi2 dah buka kedai..
Tugas pendidik ni sememangnya berat dan besar sgt tanggungjawabnya. Jadi para cikgu, fokuslah pada pengajaran anda, tetapkan matlamat dlm diri utk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berkualiti, dan berguna pada bangsa, agama dan negara...Jangan kerana nila setitik ni merosakkan imej guru sebelanga.. Pada cikgu2 yang menanam semangat yang tinggi dan jujur dalam pengajaran. Aku tabik pada cikgu yg mcm ni...Teruskan perjuangan mulia mu..Pada cikgu Munir, kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari cikgu" Guru Pembina Negara Bangsa..
Salam
kak, oh akak seorang yang merendah diri. Blog akak ni elok pada pandangan saya. Memandangkan baru blogging, akak dah jauh ke hadapan. Jangan la segan kenalkan blog akak. Sertakan link ketika meninggalkan komen di blog lain. Blog akak memang elok.
Catat Ulasan
ok la tuuu..