Punah segala harapanku untuk bergelar seorang guru
Kecewa,sedih,geram dan bercelaru semua bercampur baur dalam benak ni.Hemm susahnya nak dapat apa yang kita nak sangat2. Bukan aku tak dapat terima takdir Allah dan aku tidak pula menghukum takdir Allah tapi jauh di dalam sanubari hati kenapala aku susah sangat nak dapat KPLI ni.
Aku dah confident jwb dgn baik dan aku rasa aku dah buat yang terbaik tapi kenapa la tak dapat2 lagi.Dari tahun 2003 aku aply tak pernah pun dipanggil temuduga.Tiap-tiap tahun aku mintak sampai aku dah rasa muka aku ni tebal lebih tebal dari tembok besar China.
Walaupun suamiku tak pernah komen jika aku tak berjaya malah dengan selamba badak aje dia berkata takde rezeki.Itu aje ayat yang keluar dari mulutnya.No pujuk2 apa lagi kata2 yang mendodoi perasaan! Tetapi abah mertuaku pula yang kalut dan busybody(sorry ye abah)talipon tanya aku dapat ke tak,kenapa tak dapat2,issh Ya Allah...itulah kata2 yang keluar dari mulut abah mertuaku.Suamiku selamberrr dek aje.Dalam hatini bagai digaruk-garuk sebab tensen x dapat!Hatta buat rayuan temuduga pun tak dapat2 juga.Hancuss luluss hatiku.
Anak jiran aku yang kat kg sekali mintak dah dapat.Semasa artikel ini ditulis dia dah lama mengajar dah,dah ada anak sorang pun.Bila balik kampung,mak bapak dia,dia beserta orang kampung asyik tanya x dpt cekgu ke?x mintak ke?.Ikutkan hati aku nak saja aku tonyoh2 mulut diaorg dengan berus besi biar padan muka.Issh x de lah aku x sampai tahap itu lagi.Masih sabar...
Masih control ayu g menjawab tak dapat...emm malu pun ada dah belajar tinggi2 tak kerja.Memang mentaliti kita dan orang2 kita bila dah belajar smapai U mesti ingat dapat kerja bes2 dan senang dpat kerja.Korang tau tak berapa ramai siswazah menganggur ka luar sana?Aku pun tak tau bilangannya tapi yang pasti ramai...
Tapi kenapa aku suka sangat mintak KPLI ni ha? Emm maybe sebab suamiku cekgu dan aku rasa jiwa kecekguan ada dalam diriku ini yang membuat aku tak jemu2 mintak KPLI padahal bertahun2 aku mitak masih nampak jalan kesamaran untuk berjaya.Bagi aku kalau diaorang(pihak yg bertanggungjawap dlm pemilihan guru) panggil aku temuduga dah dikira satu kejayaan bagi aku.Ni asyik2 ulang exam je tiap2 tahun.kenapa diaorang tak simpan rekod org yg berkali2 mintak tp x pernah dipanggil temuduga ek? At least bagi le peluang pada yang x jemu2 mintak tu.Kalau dah 10 kali mintak tak dipanggil temuduga, apakah diaorang tak terfikir ke org ni memang sangat2 nak jadi cekgu.Betul tak cadangan aku?
Kata orang sabar je la.Emm ya aku sabar tapi kalau dah terkena kat korang sendiri apakah kesabarab korang makin tinggi.Kalau boleh diukur kesabaran aku ni, aku rasa dah di tahap weak sgt2 macam bateri dah.Dah tak boleh dicas2 dah.Maybe aku perlu renung kembali siapakah aku di sisi Allah...Subhanallah
Kpli oh Kpli susah sangat untuk engkau menerima cintaku yang tulus ikhlas ini.
5 bulan yang lalu
2 comments:
sabar lah mas.... ada hikmah tu... kena mintak subjek2 yg amat memerlukan guru.. seperti matematik, sains, dan bahasa inggeris.. baru senang dapat.. saya dapar 2 kali english sekolah menengah tapi kedua2 kali saya tolak sbb dapat maktab kat penang dan rasa2 nya jiwa tak nak jadi cikgu...takut nyesal di belakang hari...saya mintak sekali jer terus dapat... mungkin rezeki masing2 kot...tapi akhirnya skrg nih jd cikgu gak cikgu tusyen... he he he..
mas memang sabar sgt2.X pe ada sesuatu yang lebih berharga sebenarnya akan kita perolehi.mas sambung master sains pengurusan kat UUM
Catat Ulasan
ok la tuuu..