Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Isnin, 18 Mei 2009

TRY AND ERROR

Salam pagi...
Nak mula ngan apa ek?Emm ntah la otak ni ligat berfikir tapi x tau nak mula lagu mana.Bkn apa sebagai minah yang mula nak khayal2 ngan dunia blogger ni kadangkala buntu apa sebenarnya yang hendak dipaparkan dalam blog ini. Adakah aku terpengaruh dengan kawan yang dah mempunyai blognya sendiri atau sebab aku ni memang betu2 berminat?Minat ke? Emm minat le juga sebab aku ni suka cuba sesuatu yang baru walaupun benda ni dah lama dah kot...sedang menaip ni ada orang selit kertas kat bawah pintu.Eleh apa lagi bil elektrik laa. Lupakan pasal bil elektrik. yang 2 kite citer kendian.



Berbalik pasal yang di atas. Ok aku ni suka benda yang baru. Bukan terpengaruh just try and error. Tak lebih dari itu. Kawan aku kata buat blog bole dapat duit kalu ada iklan yang google taruk tapi aku x tau la apakah dengan blog aku ni dapat duit? Duit??? Aduhai citer pasal duit bule terkebil-kebil mata. Nanti kite cite pasal duit di lain ari.Tunggu...OK bab blog lagi. Bila aku dah mula buat aku suka xplore smbil belajar. Aku suka buat research sendiri kadang2 aku pun x faham apa yang aku research 2.Itulah try n error aku.
By the way, aku x ler pandai-pandai sendiri jer buat.Aku tanya la pada yang expert macam kawan aku ni.Nanti la pasal kawan aku ni nanti aku citer bab yang lain.So dia n hubby dia la yang banyak membantu. Dia juga la yang suruh aku buat blog.Buat blog??? Mula2 alahai kena ada blog ke? Aku nak tulis apa ek? Aku ni sape yang orang nak amik tau sangat?. Nak glamor ke? Ishh glamor mendenye anak dah dua dah.Kalu aku ni solo ke janda ke bule gak promote.He he he.
Tapi 2 la kata kawan aku tu buat blog boleh luah apa yang kita nak luahkan.Eleh macam diari la tapi x le perlu personal sangat sampai cerita dalam kain pun nak selongkar.Tak gitu?
So aku buat le blog aku dengan penuh teruja dan semangat yang berkobar2. Makan minum sambil buat.Tunggang terbalik anak2 aku je yang tau. Hubby aku mana ada kat rumah.Bz ngan keje dia.Aku just buat ikut arahan yang diberi sambil2 tu baca juga panduan untuk blogger baru.Seb baik dlm versi melayu kalu english mau makan masa gak nak faham istilah2 komputer ni.
Sebenarnya aku pernah belajar buat laman web masa master dulu tapi benda dah lama tinggal dan x dipraktikkan maka jadi la ilmu yang x digunakan. So try and error maka jadilah blog(nasib baik bukan bolog..) yang tak seberapa ini.Uduhnya...hemm sapa nak baca ek.Aku dan kawanku yang sorang tu je kot...
Hek eleh nak jadi blogger sangat tapi x der ilmu di dada. Kan aku dah kata try and error ikut suka aku la nak buat macam mana.Hemm betul la kata pepatah...'
berburu ke padang datar,
dapat rusa patah kaki,
berguru kepalang ajar,
dapat bunga kembang tak jadi.
Arap2 betul frasa pepatah ni sebab takut pakar2 bahasa terbaca terus maki aku.Tapi memang kena la atas batang idung mancung tak mancung aku ini.Kerana try and error aku banyak buat kesilapan yang merugikan. Layout yang tak kemas, font yang tak selaras, gambar2 yang bersesuaian dengan saiz blog dan macam2 lagi la yang tak berapa sedap mata melihat blog aku ni.Kalu aku promote mau pecah perut orang ketawa melihat blog aku yang udoh ni.Hemm ntah la nak buat sgt padan muka.
Ok la dah panjang sangat mengomel. Lain kali try and error lah lagi...

3 comments:

maslemon on Isnin, Mei 18, 2009 9:35:00 PTG berkata...

testing

Aliza on Isnin, Mei 18, 2009 10:12:00 PTG berkata...

tak per la try and error pun, janji kita belajar. dapat ilmu, tak rugi kan..

mummy 3D's on Khamis, Mei 28, 2009 2:31:00 PTG berkata...

okaylah tu mas... masukkan gambar2 ...lagi cun blog nih... mas buat master apa?

Catat Ulasan

ok la tuuu..