Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Isnin, 11 Mei 2009

KEK PISANG OREN MAK MAH


KEK PISANG OREN MAK MAH


BAHAN-BAHAN



  • 100 GRAM BUTTER

  • 100 GRAM GULA AISING

  • 5 BIJI TELUR

  • 125 GRAM TEPUNG GANDUM NAIK SENDIRI

  • 7 BIJI PISANG BERANGAN SAIZ SEDANG(dilenyek)

  • 1 BIJI OREN SUNKIST (AMBIL JUSNYA DAN SAGAT KULITNYA)

  • 1/2 CAMCA TEH PERISA PISANG STAR BRAND(kalu korang x taruk pun tak pe)

CARA MEMBUATNYA



  1. Putar butter bersama gula sehingga gebu. Setelah gebu, masukkan telur satu persatu sehingga sebati.

  2. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.

  3. Setelah itu masukkan pula pisang yang dilenyek.Putar lagi

  4. Masukkan pula jus oren bersam perisa pisang.Kemudian masukkan kulit limau yang disagat. Kacau rata.

  5. Panaskan oven pada suhu 18o darjah celcius.(lebih kurang 15 minit)

  6. Pada loyang atau acuan lengserkan sedikit butter.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.

  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30-40 minit(bergantung pada jenis oven).

SELAMAT MENCUBA...

2 comments:

Aliza on Selasa, Mei 12, 2009 1:56:00 PTG berkata...

sedap nampak kek mu tu...
ngan pisang ape lg leh wak ek??

mummy 3D's on Khamis, Mei 28, 2009 2:33:00 PTG berkata...

sedapnyerrr...boley try...

Catat Ulasan

ok la tuuu..