Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke dunia blog saya.Seorang ummi,isteri,anak dan kawan yang baru berjinak dgn dunia blog.Semoga yang baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik kita buang jauh2...semoga kita memperolehi keberkatan.Amin...

Ahad, 10 Mei 2009

IBU, UMMI, MA, MAMA, MEK, MAK, MOM....

10 MEI 2009, AHAD, 2.44P.M WAKTU MALAYSIA


Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku,

Bila kuberduka engkau hiburkan selalu,

Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku...


Rasanya umum mengetahui bait-bait lagu di atas. Tak kira apapun panggilan kepada insan tersebut, maksudnya tetap sama dan tak akan berubah walau perjalanan waktu sentiasa bertukar. Peranan seorang ibu memang sangat besar tak terbanding dengan seluas lautan atau setinggi gunung. Ibulah yang mengandung, melahirkan, menjaga dan membesarkan seorang anak.Walaupun kehadiran seorang anak tidak akan ada tanpa kehadiran seorang ayah namun peranan seorang ibu tidak dapat disangkal lagi.


Dari tertanamnya benih di dalam rahim seorang ibu, proses persenyawaan terus berlaku sehingga membentuk satu jasad yang diberi nyawa dan roh oleh Ruhul Kudus iaitu Allah yang Agung. Dari permulaan itu, seorang ibu dengan penuh rasa gembira bercampur perasaan yang kadangkala cemas dan gelisah menanti saat-saat kelahiran yang belum tentu hidup atau mati, sempurna atau tidak kelahiran itu sehingga tidur pun kadangkala tidak selena tidur sang suami. Apalagi bila tiba trimester ketiga, ketika bayi mula menendang perut si ibu; saat itulah si ibu mengaduh kecil walaupun dalam hati sebenarnya amat menunggu-nunggu saat tendangan itu kerana itu bermakna ada jasad yang bernyawa di dalam perutnya.


Sehingga saat hendak melahirkan, perasaan yang bercampur-baur itu semakin mendebarkan jantung.Saat itu dirasakan nyawa bagai di hujung tanduk, kesakitan yang tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata atau digambarkan dengan perbandingan si pelakon di layar tv, tetapi bila keluarnya seorang bayi, kesakitan itu bagai hilang dibawa angin. Rasa kepuasan kerana berjaya melahirkan seorang insan ke dunia ini. Namun perjuangan masih belum selesai rupa-rupanya...di saat bayi mula membuka matanya itu, bermulalah perjuangan yang sebenar-benarnya. Dari sebesar tapak tangan, ibu berikan air susu(kalau yang minum susu formula tentu merasakan kelainan sedikit), perasaan kasih sayang itu mula terjalin secara biologinya. Kadangkala tidur malam si ibu terganggu dek rengekan kecil si anak. Mungkin inginkan susu ataupun belaian dakapan manja seorang ibu. Pada masa inilah kasih seorang ibu tidak terbelah bagi; sanggup korbankan masa rehatnya, tidurnya hatta masa makannya semata-mata memenuhi kehendak seorang anak. begitu besar nilainya pengorbanan seorang ibu semasa menjaga si anak kecil. Tangisan si anak kecil seumpama lagu bagi si ibu...


Sehingga kini aku merasakan segala jerit payah ibuku membesarkan anak tiada bandingannya dengan aku yang masih lagi mencari erti kasih seorang ibu kerana aku merasakan aku bukanlah ibu yang terbaik namun aku tetap berusaha memberi yang terbaik buat anak-anakku. Walaupun aku begitu teruja melihat perkembangan anak-anakku di depan mataku sendiri tetapi aku tidak dapat lari dari tekanan emosi dalam diri ini yang kadangkala terbit dari diriku sendiri atau luaran persekitaran diriku. Melampiaskan kemarahan kepada anak-anakku akhirnya menimbulkan rasa bersalah yang amat sangat. Tapi bak kata pepatah; sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Apapun berpada-padalah asal tidak melampaui batas kemanusiaan. Pesanan untuk diriku sendiri juga.Wassalam


SELAMAT HARI IBU...

1 comments:

cik adha on Khamis, Mei 05, 2011 6:29:00 PTG berkata...

salam kenal...kasih ibu hingga ke syurga...

Catat Ulasan

ok la tuuu..